Happy New Year!!!

hohoho! Esok adalah 1 januari 2010. Means, esok dah start tahun baru! Weeee~~~

so,azam taun baru ni apa ya? Huhu..
1st of all, saya musti majukan diri sndiri. Ciwah! In terms of rohani dan jasmani la.. Rohani tu penting. Klu saya rasa jauh dgn Allah, kompom apa2 pn yg saya wt,mesti xjadi or saya xkan tnang. Wlupn tngah eennnjoy habes2an.

2nd, musti r nak tambah brat badan. Huhu..even skang brat mmg dah btambah,tp nak bagi btambah lagi. Huhu.. Mana xnya..lemak ja btambah. Isi?? Huhu.. Ri2 p gym ngn along. Sesaja la. Gym is not for d fat only ok. Org kurus pn bley. Sbb saya p gym utk bsenam. Utk kesihatan. Haaa.. Dh lama x exercise, apa lagi, termengah2 la. huhu..tapi lps kuaq gym, dan lagi drive p bangi. hahahah..blajaq bawak keta kot area2 cni dulu. Nanti dah ok baru dapat pelepasan bawak jejauh.hohohoho..

3rd, hurmmm...cari bf baru??? hahahah! siot ja. Sapa la yang nak kat saya ni. xdak yang pandang pon..nothing interesting in me lorhhh..unless klu org tu pandai menilai, dia tau r kelebihan saya kat mana. ciwah!! haaa..relate to azam ni, means, i want to vanish him 4 ever lah. Cmna nak wat? hihihihi... tengok ja lahhh..huhu..

4th, errrr...nak grad dengan jayanya!! weeehooooo!!! of course! grad n trus dapat kerja. perrhhh!! tu memang diimpikan. Tapi tengoklah kat mana rezeki saya nanti. huhu..

5th, hurrmmmm apa lg eh? cari suami bley? wakakakaka!!! gatai no budak kecik ni. hahahaha!!! xdak lah. prinsip saya, saya tak suk couple2 ni... istilah couple tu sbnaqnya salah 1 muslihat kafir untuk pengaruhi fikiran umat Islam jgk. Mcm abg angkat or kakak angkat or adik angkat. Mana da suma tu...angkat2, lama2 terangkat kot. hohoho... kalau dah ada jodoh, cek tak bleh tolak. wakakkaka!! tapi masalahnya x jumpa sapa2 g pon..klu bkenan pun, org tu macam jenis x layan pmpuan ja. Nampak macam pendiam. Silap ari bulan, tngk2 dah ada yg punya, sedih la saya nanti..hihihi...g pun, saya bukan reti nak approach dulu. segan ah!

ok2. stop talking bout it. dah ngarut dah tu. Apa la anak dara ni. cakap pasai kawen plak. Asik pikiaq nak lepas dari masalah, padahal tanggung jawab menggunung dok tunggu. huhu..

6th, errrmmm xdak yg 6th kot...hurmmm myb yg ke6 ni, i juz wish dat suma apa yg saya hajatkan, Allah makbulkan n semoga taun 2010 ni memberi 1000 kebahagiaan, bukan lagi 1000 kedukaan macam taun2 sblumnya...amiinnnn...

Against all odd. haha!!! tengah tensen sbnqnya...

Have u ever made a promise to ur luv 1? A kind of promise yang menunjukkan rasa cinta kamu pada dia. A kind of promise yang kamu sendiri tak pasti mampu dilaksana atau tak, tapi kamu buat jugak.

I did. Saya pernah. Berjanji untuk setia dan takkan pernah lupakan dia selama2nya. N I've promised him, i'll do anytg juz to make him happy. Skali pandang, macam remeh. i don't care what people are going to say about me. Cz i know who i am n i know wt m doin. Nak kata saya buang masa sebab masih pegang dengan kata2 tu?Cakaplah. Promise is promise.Orang menilai kita berdasarkan utuhnya pegangan kita pada janji yang kita buat.So, itulah yang saya buat.

Yep,I admit. Smtimes, pegang pada janji yang dianggap bodoh oleh sesetengah pihak, memang satu tindakan yang sangat bodoh.huhu..but thank you very much. I appreciate it.


MHMN...dia pnah jadi sm1 yang terbaik dalam hidup saya. No one can replace him. Nobody, for now. I still keep my promise. But instead, m still hoping that 1 day, i cld have my own beloved as d others.Is that wrong? I don't think so. Perhaps u wld say that m still hoping 2 b with him. Maybe. Juz maybe.U want to know why? cz every time i try not to think about him, he will come into my dreams. believe me, it's hard and hurt to get through it. But plz don't think m weak jz bcz of it. M not weak. It's juz, mayb it's bcz when i've made d promises to him, i knw that i cld hold 'em forever.

Jopefully, he won't read my blog. I don't want him to know anytg bout me. Even i know dat he wouldn't read it at all. Hohoho.. yep! m very2 sure he won't read this. Bcz i think, there is no reason for him to read my blog. Ehey!! wake up! who m i to him??? nobody,okkay.

Alhamdulillah..skang, instinct saya pasal dia dah tak banyak. Kalau dulu, ada ja yg merisaukan saya. Pasal perubahan dia, pasal makcik nora.. Skang, saya rasa dia dah boleh fikir betul2 mana baik, mana buruk. Berseronok tu biasa.. Zaman remaja hanya sekali. Biar dia enjoy zaman remaja dia. Kalau sebelum ni dia asyik sibuk dgn halaqah, bgaul dngan orang2 yg bkerjaya, orang2 bjawatan, orang2 berumur, fikiran dia jadi lain. matang. I luv it. Tapi bila dia terlalu serius, dia xdapat nikmati zaman muda dia betul2. Tapi apa yang buat saya tersenyum, apa yang saya cakap dulu, yang pnah dia bantah dulu, yang pnah dia ptikai dulu, skang dia dah wat pun..huhu..
2 b honest, saya tak rindukan dia yang main gitardan menyanyi bersama saya. Tapi saya paling rindukan, saat dia bertegas dengan saya,saat dia bersemangat sampaikan ilmu pada saya, saat dia bsmangat bimbing saya. HUrmmm..cakap pasal mein gitar, teringat pulak masa birthday dia yg ke 21 lepas. Lama gayut kt tepon. Sambil dengar dia mein gitar. Bila tfikir, kalau la saya dapat dengar dia main masa birthday saya nanti......hurmmm..xpa2. 4get it. bnda xkan jd knyataan. huhu..


Banyak kan yg saya teringat pasal dia. Kalau pasal saya, agak2 dia ingat x? hurmmm.. i don't think so. Sbab dia sniri cakap, anggap ja x pernah kenal. n saya xkan lupa setiap kata2 dia yang terakhir... Mungkin betul, saya bukan ditentukan untuk jadi sesiapa bagi dia walaupun sebagai sahabat. sebab untuk buat dia tersenyum pun, saya perlu tinggalkan dia. Maybe Allah dengar doa saya dulu. disebabkan tak tahan tengok dia merana, saya bdoa pada Allah, berikan kebahagiaan pada MHMN. dan sbagai balasan, saya sanggup tanggung beban yang dia tanggung. Sungguh, Allah Maha Mendengar... dan Allah dah makbulkan. Jadi saya xboleh mengeluh. Cuma bpegang teguh dgn "derita saya adalah bahagia baginya..". huhuhu..yep! dis is wt yg blaku skang.

See! I keep talking about him.Gosshhh!! I don't want to be like dis 4ever..I juz want to be happy..But y can't i??HUrmm..now, m in deprssion of doing my thesis. I admit, m a kind of person yang teramatlah bendul, lambat pickup smtg new for me.Yep. Takaful is not really new to me since i've learnt about it before. but now, m in d real world..real world of working.m afraid, if i can't do my very best,i can't make everybody satisfy with me, with my work.n m alone...lonely.
i need to find the strength. Kekuatan yang dapat bagi saya semangat supaya saya tak putus asa. I need sm1. I need MHMN. But 1 thing for sure, he will never ever come back to me even as a friend.
Ntah macam mana saya nak buktikan pada smua,terutama dia, yang saya x lemah. I have to get through this on my own.
In front of the others, i keep smiling.Tapi jauh dalan hati,xdak sapa yang paham..
2 be honest, i miss 2 b myself yang dulu...ada dia,ada pmbakar semangat, ada org yg slalu kongsi suka duka, ada org tmankan bjaga malam sambil wt keja, ada org kejutkan buat solat sunat tgh malam. Tapi bila ingat balik apa yg dia cakap,semua tu buat saya sedar sapa saya.

Ya Allah..tolong hilangkan beban didada ni..tolong..makin hari makin parah semua ni.Tapi say tak boleh lemah. LEmah bererti saya kalah.Saya xnak macam tu..xnak..xnak..kat mana say nak cari diri saya yg dulu balik?? Aduhhh.....keep praying n working on it....semoga Allah makbulkan semua doa dan berkati semua usaha saya. Amiinn..

Dah sebulan ye..

diam xdiam, sdaq x sdaq, dah sbulan saya praktikal. So far, alhamdulillah.. Bz? Banyak keja? Saya faham,yg tu memang saya kena tempuh. Cabaran? Cabaran jangan cakap la.. Tp rasanya,cabaran sebenar tu belum lg kot.. Mybe masa nak pindah office nanti. Time tu,kompom2 nk toleh kiri kanan pn dh xsempat. Ciwah! Prumpamaan mlebih2 sgt. Hoho.. Tp rasanya,mmg mncabar time nk pindah nanti. Masa sy keja kt kajang dulu, supermarket tu nak pindah ke sarawak. A'ly nk tutup. Hoho.. Memang bz r time tu.. OT ari2. Spttnya msuk keja pkl 9, klu OT, msti la smpai malam. N still ingat lagi, hari2 terakhir keja kt c2, memang smua org sibuk. Saya pulak, dari pagi sampai ke malam mengadap komputer, jaga kaunter, n kira stock. Perhhh!!! mantap gilak ah. Sampai berpinau mata. huhu..
N last day jugak, keja dari 8 pagi sampai la pukul 2 pagi. perhhh...!! pengalaman tu..huhu..tapi best. hihi

Pngalaman saya praktikal ni, banyak jugak saya dapat. 1st thing, saya cuba sesuaikan diri dgn semua orang. Macam2 orang saya jumpa dan macam2 perangai juga. hoho.. so, saya mula faham sikap sebenar manusia yang pelbagai ni macam mana.

So far, sesi pembelajaran saya, alhamdulillah. Yang penting kena rajin tanya dan rajin blajar. Tapi skang, rasa susah saya nak kekalkan amalan tido lambat saya masa student dulu..huhu..klu boleh, mmg nak apply. Tapi tengok la. Balik keja, sampai umah pun dah pukul brapa. Kalau jam, mau isyak baru sampai umah. huhu

Esok malam saya nak balik kedah. Sebelum ni kan tgempar kes kemalangan bas Sani Ekspres tu..huhu.. teringat masa saya nak beli tiket bas. Cakap kat along, teringin nak nel bas dble decker, tp duk tingkat bawah. Sebab tingakt atas dah slalu dah. Pstu seb bek bas tu xdak dble decker. Tengok2, pstu trus kuaq brita pasal eksiden tu. Perhhh!! seram dowh! baru tpikiaq nk duk tingkat bawah, dah ada eksiden n kna pulak pnumpang tingkat bawah. siap ada yg putus kpala g. hoho..ngeri2...

Saya slalu cmtu. Kadang2 tfikir smtg, then msti smtg bad happen. MAcam dulu lah. Nek moto ngn Nad. Pastu lalu kat masjid. Tepi masjid tu ada kubur. Saya terpikir la apa agaknya ahli2 pkuburan tu tgh buat? mungkin tgh tengok manusia2 yang masih hidup ni n cuba bagi peringatan supaya bsedia sebelum mlangkah ke alam barzakh. Tup2, xsampai 10 minit, kitorang almost eksiden. Actually memang dah kena pun. Ngan merc compressor plak tu. huhu.. HAbis patah wing motor nad. Saya pulak, dah la tangan pegang laptop. Kalau saya tak panggil nama nad, n nad tak sempat brek, memang teruk la ktorg kena. N mungkin saya boleh melambung ke depan n ntah2 saya ddah xdak dlm dunia ni. huhu...
tu la kisahnya..

k lah. it's time to sleep. Juz lepas geram dah lama x mnulis n upload balik luahan yg xdapat di upload sebab line wifi bengong 2 3 ari ni. hahahaha..wokies! daaa


ohohoho..apa2 tulisan saya bkenaan dia, jz ignore it. Tu skadar luahan hati kala kebingungan. Besa laaa..org yg kita sayang..mana bleh lupa..huhu..k2. stop2

iF my HeArt StOp bEatiNG..

if my heart stop beating, i wish to be in the heaven for sure..
if my heart stop beating, i wish my parents glad for having me as their daughter..
if my heart stop beating, i wish i'm smiling while dying ( mati dalam iman lorhhh...huhu)
if my heart stop beating, i wish i've done all my responsibilities as a muslimah, as a daughter, as a friend, and as me,myself..
if my heart stop beating, i wish I've achieved all my dreams all this while..
if my heart stop beating, i wish all my friends and that 'someone' will forgive me for whatever i've done to them
if my heart stop beating, i wish at that moment, i could tell him, i could convince him that........

i wish, i wish, n i wish..


Duhai angin..sampaikan suara hatiku ini pada mereka semua..sampaikan pada mereka dengang alunan mesra darimu..biar mereka tahu kata hatiku yang sebenar..biar mereka selami isi hati ini sedalamnya daripada biarkan mereka menilai sekadar luaran cuma..biar mereka fahami dan kenali siapa diriku sebenarnya..

luv, hugs, n kisses to all of them...

Berapa langkah ja lagi...

Berapa langkah nak p mana? hurmmm..mesti la tinggal berapa langkah ja lagi dah nak masuk 22 taon...huhu..My birthday taon ni sure busan. Kalau taon lpas2, ada jugak urang tu kirim barang. Buku ilmiah. Ada jugak p celebrate. Enjoy2 kat Lostworld. Jejalan kat Ipoh. Kali ni??? hurmmm..celebrate sesorang je la kot.. huhu..sdeynye..

Tapi xpa lah..suma tu dugaan kecik ja tu.. Alaaa..kalau setakat birthday tu xdak apa sangat lah. Juz ari bermulanya pertambahan usia...ciiiwaahh!! pujuk ati sniri. hahah! Siot ja. heh

Tapi tu lah. Kali ni xtau nk wat pa. Mayb nak ajak Kak Zati jejalan kot.. or..mayb nak p lawat Makcik Nora. Hurrmmmdah dkat sbulan x contact ni. Skang pulak makcik dah p viet. Xpa lah. Asalkan makcik sehat wal'afiat, pun dah ok. Tak la risau sangat. Nanti pakcik dah balik viet, hafiz plak dah balik kampus, tinggal makcik dgn fuzail n iwan ja. Gpun, makcik cakap Hafiz dah mula amek perhatian pasal kesihatan makcik, xla risau sangat. At least, dia ikut pkmbangan mak dia. Xkan la saya yang nak kena tau lebih dari hafiz kot. Tapi insya Allah..saya tau dia macam mana. Macam mana pun prangai, family tetap dia jaga. Sifat bertanggungjawab tu memang ada dalam diri dia. Kalau opah dia ada, mesti bangga dengan cucu kesayangan dia tu. huhu..

Ni baru balik keja. Baru bukak site Prudential BSN yg Encik A**** suggest kan tadi. Baru baca sikit, tetiba gigi diserang kembali oleh tukul2 besi yang tak nampak dgn mata kasar. Hahaha! Sakit weh! Rasa macam gigi kena ketuk2 ngn mertun tu ha...Adehhh..apa lagi, trus tlan ubat lah. Padan muka sniri. Ubat doktor suh abiskan, tanak..wat dunno je..hah. Bila sakit, baru nak makan. huhu..

Untuk taon dpan, dah ada planning. Rasanya orang len yang plankan untuk saya ni..hahah!! Tak pa lah..tu rezeki.. Insya Allah kalau projek tu bjalan lancar, saya memang takdak masalah untuk kerjaya masa depan nanti. Kalau tak pun, persediaan skang memang dah kna wat. Insya Allah kalau xdak aral melintang..Jangan disiakan peluang yang dah ada. Mana tau, untung2 1 ari nanti dapat expend biznez family sniri?? Trus ceburkan diri dalam dunia korporat? company MSC plak tu. Peluang baekkk pnya. Sapa xmau?? huhu.. So, saya pun xbleh la bhenti blajaq cmtu ja. Insya Allah jugak kalau ada peluang, saya nak sambung buat master. Mudah2an apa yang dirancang mendapat keredhaan Allah.. Benda baik, mesti banyak halangan. Tapi kalau usaha berhasil, hanya Allah yang tau perasaan tu. huhu..

K. My gigi dah makin berdenyut2. Page prudential pun sempat tengok sikit ja. Intro n product. Kalau bangun awal sok bleh la tgk lagi. Wokies! wanna go to bed now. Daaa!!!

Amaaaazingggg!!!

Wohohoho..sedar tak sedar kan? Ape bendenye? hahahahahha!!! xsdaq ka, dah xbanyak sebut pasal urang itu dalam blog ni? hahahahah! Alhamdulillah.. syukur lah kalau dah macam tu.. tu maksudnya Allah memang mendengar doa saya. Alhamdulillah...

Saya tau camna bleh jadi mcm tu. huhu.. sebabnya skang saya asik sibukkan diri dengan kerja. hihihi..So, xdak la masa nak pikiaq pasai menda bukan2 lagi. hohoho...besh3x! Dah xmo dah fikiran serabut macam dulu. Dah hepi dah.. takesah sibuk. takesah keja banyak. Suma tu wat saya tenang dari perkara yang menyerabutkan otak. huhu..

Saya akan buktikan, saya tak lemah. Saya akan buktikan! yeaahhh!!! juz wait n see.. I'll prove that u r absolutely wrong. Jangan disangka kamu kenal saya lama, kamu kenal saya sepenuhnya. Mungkin saya berlembut, tapi jangan disentuh titik ketegasan saya. Enjoy ur life!!! senyum selalu!! Thanx for everytg cz suma tu mengajar saya erti kehidupan dan nilai persahabatan yang sebenar serta mematangkan saya. Thanx, fifi!

waaahhhh!!! dah sminggu tak update blog. huhu..

Dalam sminggu ni, ada banyak pkara yang blaku. 1st n foremost, of course la hidup ni makin mencabar. ceeeewah!! ya lah.. since saya tengah praktikal skang, so dah terdedah dengan dunia luar la. Tu pun bukan sepenuhnya lagi. haaaa...tapi, tu pun dah rasa dah cabarannya camna. Memang kena kental r semangat tu..tak leh lemah2..huhu..

What to say, huh?? huhu.. dah xpandai nak merapu dah. heh. ok. Dis week n last week, memang agak kelam kabut. Why? Sebab minggu2 tu la kenuri Kakcik.. agak penat lah..sebabnya bulan 6 ritu baru ja knuri angah. Pastu bulan ni, cik punya turn plak. Mama pun sampai dah penin pala dah. huhu..So, bulan ni, memandangkan saya dah masuk praktikal, saya pun sama naik penin pala gak la. hoho..

Kalau boleh, tak mo r mintak cuti...Sebab saya kan baru lagi..gpun, if possible, memang tanak amek cuti. Rugi kalau cuti. Banyak benda yang saya akan terlepas. Macam kawan saya, Sya, dia xpa la..department dia lain.. Dia cakap, dia xla macam ktorang yg len. Asik kena kuaq antaq dokumen. Dia juz stay kat work station dia, wt keja dia ja. Kenai oranv pun xramai. Juz knai kat department dia ja.

ok. Tu pasal kt office. Next, kita cita pasal knuru kakcik plak. Knuri kat Kedah, besa2 ja. Nothing interesting to tell. hoho..Tapi kat Kuala Kurau....perhhhh!!! Memang mantap habesss!!! Camni citernye.. Kat Kuala Kurau, kitorang stay la kat homestay yang family Abg Mie sediakan.. Masa tu, suma dah sampai. Mama, papa, angah, Kak Aida, Makwa, Kak Tah, Ummi abg syed, Walid, n Hazirah. Tinggal saya, along, n Abg Syed ja xsampai g..

Perjalanan dari kajang agak lama. Memandangkan jalan jam, pastu menyinggah pulak makan mee udang, memang lambata lah sampai. Dalam pukul 9 lebih baru sampai. sesampai ja kt homestay, sembang2 jap ngn dorang, solat, trus tdo. Tak bleh tahan..sebab sakit gigi. So, dah telan ubat tu, bek tdo trus. So, tido lah saya sesorang dulu dlm bilik tengah tu.. kat homestay tu ada 3 bilik. Kaum2 hawa suma tdo dlm bilik. Kaum adam, tdo dpan la jadi bodyguard. hohoho...

Malam tu, tdo tak la nyenyak betul. Sebab sejuk sangat. Then tengah malam tu, kekadang rasa macam ada menatang gigit badan. Riso gak laa..Tapi tdo tetap tdo. Mata still pejam sampai ke pagi..hoho..

Pagi tu, bermula lah terbongkarnya kisah malam semalam..... hihihi.. Heboh r satu umah tu dengan cerita homestay tu dilawat oleh bodyguard tak bertauliah...
Mula2, Mak Wa yang bukak cita. Dia tanya malam tadi ada dengaq apa2 dak. Sebab kata dia, dalan pukul 3 pagi, dia dengaq bunyi macam cicak. Tapi bila dicari2, xdak pun cicaknya. Mama selak langsir, pun xdak kelibat orang.

Pastu Ummi plak cita. Ummi cakap, Ummi tau dah ada benda dalam umah tu. Sebab masuk ja umah, Ummi lawat setiap bilik. Kat bilik mama, suma perabot diselimuti kain putih. Pastu, kat katil tu, Ummi selak je kain putih tu, ada bau kapur barus. Pastu Ummi cakap kat Hazirah, " hurmmm Cik Minah duk tdoq kat sini ni..jom2 kita kuaq". So, depa pun kuaq la ddari bilik tu...Pastu, Ummi cita lagi, tengah malam tu jugak, ada benda duk mein ketuk2 pintu bilik blakang tu. Pastu bunyi orang lalu kat blakang umah. Ummi selak langsir, tengok kat luaq, rumput rendah ja. Memang xdak kelibat apa2.

Pastu, cik plak sambung cita, masa saya duk tdoq sorang2 tu, dia masuk bilik. Langsir tingkap tu terselak sikit. Kakcik nampak ada kelibat putih kat kuaq. Nak kata bayang2 dia sniri, cik tak pakai baju putih pun. Kat pintu pun mana ada bsangkut apa2. Kat luaq tu pulak sempit. Sebab ada kebun jagung. Takkan orang nak lalu kat situ plak.

Huhu..penuh misteri. Nasib baik malam tu saya tdo mati. Xsedaq apa dah. Duk tsedaq gak, selimut tu sbenanqnya saya tarik habis sampai ke muka. Tapi kekadang bila tsedaq, elok ja selimut tu jadi paras dada. Kalau saya yang bukak, kompom ada kesan lipat kat atas selimut. Tapi ni tak, elok2 teletak ja. Macam selimut tu ditarik dari bawah. huhu.. Gerun gak la..

So, pagi tu memang heboh la pasal bodyguard tak bertauliah tu.. Habis kenduri, kakcik call...cik cakap, memang umah tu ada penunggu. Sebab tu tuan umah tu wat homestay. Xduduk situ dah. Pas2, family Abg Mie pun memang tau dah. Abg Mie ja yang tak tau. Depa pun tdesak dah cari homestay sbab dah xdak. Xpa lah..sep bek ja menda tu kacau camtu2 ja. huhu..Gerun gak r dengaq cita2 tu..Lepas dengaq cita tu, nak masuk bilik blakang lama2 pun dah x brani. hohoho..

Wokies. So, tu ja lah. Walaupun dah 3 ari sakit gigi ni x lega2 lagi, hidup musti diteruskan. wakakakaka!!! xdak kaitan langsung! huhu..tapi tu laa.. ni nanti nak kna wat appointment ngn dentist. Xleh tangguh2 dah. Kna p wat treatment. Kalau tak, nanti sakit lagi, susah..apa kerja pun xleh wat sebab kalau sakit gigi ni, sebatang sakit, semua rasa sakit. PAstu tangkap urat kepala pulak. Haishhhh..sabaq2...huhu..

antara sedey,bahagia,dan kepenatan.

sedey sbab rsult jatuh sem ni. Tp bley cnsider la cz final year. Memang mencabar. Duk bayang 2 paper sangkut. Siap dh bwak notes mai kajang dah. Kot2 sangkut,dan la nak baca. Huhu.. Bab rsult,memang saya pkir -ve. Heh.

Tapi....

Alhamdulillah sebab cgpa still 3 pointer. Dan Alhamdulillah jugak,exam lulus,xdak sangkut2. So,saya dapat teruskan praktikal saya kt takaful ikhlas. Hehe..so far,saya enjoy dengan kerja saya. Saya xkesah banyak keja. Asalkan otak saya sentiasa bjalan. So dat otak saya xkan ada masa pikir menda bukan2. Hoho..
Alhamdulillah jugak,saya dapat sesuaikan diri dgn rakan sekerja. Kalau dorg ramah, 2 kali ramah la sy. Kalau dorg pendiam, 5 kali pendiam saya.hahah.

Happy juga,sebab start esok, ada 4 kali jumaat cuti. Heh. Means, 4 ari ja keja. Hohoho..

Tapi yg xbestnya, esok kena balik kedah. Cik kawen. Knuri ahad. Ptang ahad da nak kena balik kl. Sampai pagi. Trus masuk office. Kat office,ada keja banyak. Pas2 nak wt report lg. Adeh..mau pengsan saya. Balik keja pkl 5.30. Pukul 7 bru smpai umah,klu x jam. Wahh..penat gile ah! Huhu.. 2 la cerita tajuk ni..heh

1st time nengok teater...huhu..Natrah..

Semalam, first time p tengok teater. Sebelum ni tak pnah2 pun jejak kaki p tengok teater. Tak minat. Panggung wayang tu ada lah. hoho.. Tapi dah angah ajak, p ja la. Hehehe.. gpun, busan stay kt umah cuti2. Nak gak jejalan. heh.

Kisah Natrah ni sebenarnya kisah sejarah. Pasal seorang anak gadis keturunan Belanda yang terpisah dari ibu bapa kandungnya sedari kecil. Masa tu ada perang kat Singapura. Sorang wanira berbangsa Inggeris, Adelaine, menyerahkan bati kecilnya, Maria, pada Aminah, kawan baik Adelaine ni..

Memandangkan keadaan tengah huru hara masa tu, Aminah pun bawak la Maria ni ke Kemaman...Kat situ, xdak dah nama Maria. Tapi Maria dipanggil Natrah. Natrah dibesarkan seperti anak2 Melayu yang lain. Dibesarkan secara Islam. Solat, mengucap, mengaji Quran, suma dia tau. Tapi besalah..orang dulu2 ni, bab aurat je kurengnye. Huhu..



Nak dijadikan cerita, Natrah ni jadi rebutan antara parent kandung dia dgn Aminah..Aminah xmo kasi balik sebab dia cakap tu dah melibatkan aqidah Natrah. Dia takut kalau Natrah diambil balik, aqidah dia rosak.

Tapi, kalau ikut perasaan Adelaine, ibu kandung Natrah sniri, mesti la nak anak dia ikut cara dia. Dia nak Maria tu kekal kristian khatolik. Sampai naik court lah hal tu. Salah Aminah, bila nikahkan Natrah dengan Mansor Adabi di Singapura. Kalau dorg dinikahkan di semenanjung Malaysia, memang xdak hal lah. Orang belanda takleh kacau. Sebab tu penjajah tu perdaya Aminah suh bawak Natrah p Singapura..

Cita ni menarik gak la. Sebab dalam cita ni, saya dapat tengok semangat orang Melayu dan Islam masa tu kuat untuk pertahan aqidah saudara sendiri. 'Pemimpin2 dan ulama' tak berani masuk campur hal ni'. Lebih kurang camtu la bunyi skripnye masa pemberontakan lepas kes Natrah dibicarakan. Keadaan tu memang kontra ngn skang. Dulu, kita kuat pertahan aqidah umat Islam. Skang, kes murtad belambak2 tapi tak pulak ada tunjuk perasaan atau rusuhan camtu. Semangat untuk pertahan agama tu hilang. Paling ketara bila orang yang ada kuasa buat2 bodoh macam tak tau apa2. Sedih giler ah.



Kalau dihayati cita ni, memang kita akan dapat nilai kualiti cerita ni. Ya lah. Cita ni pun sbnaqnya dari cita betoi. Kisah benar. So, memang ada moral values nye lah. Last kisah Natrah ni, memang sedih..bukan sedih sebab jalan cerita or camna lakonan dorang tu. Tapi..ending hidup Natrah lah. Akhirnya dia mati dalam kristian. Sebab last2 hak penjagaan dia dapat kat parent dia. Dia trus kna hantar ke convent. So, akidah dia makin lama terakis...


Bagi saya, hidayah tu hanya Allah yang mengetahui siapa yang layak. Nak kata dia dapat hidayah masa kecik, saya rasa tak jugak. Sebab dia macam anak orang melayu len jugak. Dibesarkan cara ISlam, maka ISlam lah cara hidupnya. Mungkin, ilmu yang masih sikit serta iman yang masih tipis buatkan akidahnya terhakis bila dia masuk convent.
Hanya Allah yang Maha Mengetahui tentang segalanya..


So, abes je teater tu, tak dapat nak bergambar ngan pelakon2 die. Sebab ramai giler beratur. Panjanggg!!!! Pastu dah lewat pulak. Sy pun xmo lah buang masa beratur semata2 nak bergambar ngan artis tu kan. Wat pnat diri sniri ja. Tapi, saya still amek gambar jugak kat sekitar ruang legar Istana Budaya tu. HEhehehhe...

Element - Cinta Tak Bersyarat

video


Video ni my fren yang bagi link die. Hehehe..Thanx ye,Imran. Dahhh...skang saya plak yang suka lagu ni. Hahahahah! Tapi xleh dengaq slalu sangat. Kang feel terlebih, tangkap leleh kang. Hohoho..So, enjoy it!

POlitik. POlitik. POlitik.

Ape ke bestnye politik ni? HUrmm.. maybe best kalau dilaksanakan dengan cara yang betul. Tapi makin menyampah bila makin dikotorkan. Huhu.. Contoh paling terdekat, kompom2 la saya amek Malaysia..huhu..

Dulu, lepas abeh pilihanraya, saya tengok stesen TV ada la jugak tunjuk pasal orang yang berkenaan dalam parti selain dari parti BN dan UMNO ni. Skang, wekkkkkk!!! Makin menyampah dan makin nak muntah! Dahhhhh xde dah pasal orang lain. Asik2 citer pasal kutuk pembangkang. Mencik r...bukan apa.. Orang len sniri dah boleh pikir.

Baru2 ni timbul isu Nik Aziz doa yang tak baik ke atas Najib. Atas alasan Najib zalim. Hurmmm konsep zalim tu luas gak tu.. dari konsep yang digunakan dalam doa tu, saya faham maksudnya. yakni merampas hak orang lain yang lebih berhak pada sesuatu perkara tu. Skang kan tengah hot pasal isu minyak kat Kelantan.. Kalau dah memang sah dorang ada hak, kenapa nak nafikan hak dorang tu? Jangan la fikir kawasan tu ditadbir parti ape2 ke. Kan ke skang hot jugak dengan konsep 1 MALAYSIA... Abeh tu, mana 1 MALAYSIA nya kalau camni hasilnya?

Pasal doa tu, asal la dorang nak takut....Kalau tak buat, tak yah la takut...Berani kerana benar. Takut kerana salah. dan berpeganglah pada hadith Nabi Muhammad s.a.w., qulil haqqu walau kaana murran.

Entah lah. Yang pasti skang ni, dua2 saya dah x sokong. Cumanya, saya berat lagi ke arah PAS sebab at least dorang tak jahat macam parti laen. huhu.. jahat tu luas gak maksudnye ye. Maksud saya, biar saya sokong yang memperjuangkan Islam. Tapi kan, saya pun dah pening. Sebab skang, PAS pun dah macam bcanggah pendirian dorang. Dah bergabung ngn PKR n DAP. Esok2 kalau menang, saya pasti mesti akan timbul perbalahan dan macam2 maslah. Bagi saya, paling utama, tukar dulu sistem perlebagaan Malaysia ni. Kalau guna hukum Allah, undang2 yang dah ditetapkan Allah, tak ke smooooothh je perjalanan hidup kat dunia ni? Banyak je pengajaran dari kisah2 para anbia dan sahabat hingga lah tabi'tabiin untuk diambil. Tapi zaman skang, asal nak tegak je hukum Allah, ada lah golongan terlaknat yang menentang. Yang 'power'nya, orang Islam sendiri!!! konon nak bela nasib kaum lah. Kalau yang ni, refer kes...sapa ya nama orang yg mintak dihukum sebat tu? hah! Kartika! refer kes dia. Ada ja yg halang hukuman sebat tu. Padahal org tu sniri dah rela. Dan dia terpaksa menahan seksa jiwanya sebab tak dapat jalani hukuman tu demi menebus dosanya. Contoh kalau zina. Hukuman untuk zina kan rejam. Nampak zalim. Tapi, kalau si penzina dah dapat hukuman tu, hukuman di akhirat dia dah terlepas. Itu lah lengkap dan terbaiknya undang2 Allah. Biar terima hukuman di dunia, tapi bukan akhirat. Tapi org zaman skang, lebih rela tak terima hukuman dunia. Akhirat pun dorg tak takut agaknya, Adehhh

Pasal politik tu, hurmmm...dah naik mual tengok TV skang. Saya dah lama tak tengok TV. Kadang2 bukak la nak tengok berita. Tapi berita pun macam hampeh. Banyak politik. Bosan. Benci. Propaganda je suma. Suma asik nak tuding kat pembangkang. Propaganda nak jatuhkan pembangkang. Haiiiisshhh..kadang2 macam budak2 nengoknye. Ada yang gelarkan badut sarkas. Betul jugak tu. Badut kan slalu wat lawak bodoh bagi orang gelak. Memperbodohkan diri sendiri. Hahah! Tapi saya xsuka badut. Takut...huhu..

k2. Tu je la. Tah hapa2 dah saya ngarut ni. pokoknya, saya tak suka politik di Malaysia skang. Mengarut je lebey..suma xleh pakai. Kalau betulkan balik perjuangan, pastikkan selaras dengan prinsip syariah, saya akan turut serta. Ni, nak daftar mengundi pun xtau bila. Sebab kalau daftar pun, saya sniri tak yakin dengan pemimpin dan bakal pemimpin skang, tak kira lah parti mana pun. Bukan salah saya kalau tak mendaftar. Pilihan memang ditangan saya. Saya berhak memilih pemimpin saya dan saya berhak memilih siapa yang layak. Tapi saya rasa, takde sapa yang layak skang ni. Ulama makin kurang. Yang tinggal cuma perosak. Habis tu macama mana? Lu pikir la sniri. hahah!

To be known or be yourself?? To be the black sheep or still your own self?

Kadang2 hidup ni betul2 menguji....sampai skang,saya masih mencari hala tuju yang sebenar dan apa yang akan menggembirakan saya. Buat masa ni, saya bagaikan Kambing hitam dalam keluarga.Selalu diakat menyusahkan. Hurmmmm...kadang2, ada jugak yang kecik ati sebab skang saya dah berubah. Makin garang. Makin tegas. Entah..apa yang jadi dulu, merubah hidup saya. Orang selalu judge saya dari luar. sedangkan orang tak tau apa yang sedang saya tanggung..Dorang tak tau, saya sedang bertarung dengan diri sendiri. Dorang tak tau, di sebalim senyuman saya,saya usaha untuk terus hilangkan parut di hati. Luka tikaman dulu masih terasa. Mungkin luaran nampak sembuh.Dalaman masih berdarah. Entah kenapa bertubi2 tikaman yang dapat. Dulu, masa kat umah sewa. Pastu kena pulak dengan orang yang saya percaya penuh. Masa kat umah sewa, tak dapat nak gambarkan perasaan tu. Lepas berbincang, tak dapat tahan sebak. Sebak sebab sampai pecah belah kawan2, taknak bersatu. Sebak sebab saya tak dapat selamatkan persahabatan tu. Masa solat, air mata tak henti2 mengalir. Dada berombak tahan sebak. Pipi asik basah.


Orang bleh judge saya dari luar. Tapi orang tak pernah hargai persahabatan yang saya hulurkan. Orang tak pernah hargai bila say nak betulkan keadaan. Kenapa manusia macam tu? Kenapa bila kita terlalu baik, ada yang suka ambil kesempatan? Kenapa ada yang suka tumpang kesenangan kita tapi bila susah kita ditinggalkan sendirian? Peristiwa tu memang meniggalkan kesan.Walaupun semua orang tau saya tak salah dan saya dianggap sebagai pesalah oleh penyebab masalah,saya tetap mintak maaf. Saya jatuhkan ego saya demi nak tengok kawan2 berbaik balik. Tapi apa saya dapat? Mohon maaf untuk sesuatu yang bukan salah saya.Mengalah bukan bererti kalah. Tapi, bila asik mintak maaf untuk perkara yang bukan slah saya, saya mula fikir di mana maruah saya? Kalau macam tu, dorang akan senang2 pijak kepala saya.Tapi bila fikir balik, biarlahh..Saya dah buat sehabis daya. Saya dah cuba sebaik mungkin.


Orang cakap, jangan disimpan kawan yang makan kawan. Jangan disimpan kawan yang menikam kawan dari belakang. duri dalam daging. Gunting dalam lipatan. TApi itukan namanya dendam? Kenapa taknak maafkan ja? Manusia skang terlalu ego. Perkataan maaf susah sangat nak diungkap. Kalau cakap pun, tak sungguh2. Tak ikhlas. Ikhlas? tau ke ape tu ikhlas? Bukan ke memaafkan itu perkara mulia? BUkankah tangan yang memberi lebih mulia dari tangan yang menerima?

Tapi ternyata peristiwa tu bukan setakat tu saja..Saya sangka, cukuplah sekali saya ditikam. Tapi...KAli keduanya muncul jua. Lebih hebat bila orang yang paling saya percaya, paling saya lebihkan dari kawan2 saya, dia jugak yang tikam saya. Masa tu, memang semangat trus hilang. Tak mampu senyum. Makan minum tak peduli. Asik berkurung dalam bilik. Bila cuba betulkan keadaan, diherdik pulak. Direndah2kan diri ni. Sedangkan dia tak faham, saya nak jaga hubungan saya dengan dia. Kalau tak pun, persahabatan yang terjalin jangan diputuskan. Tapi entah kenapa, suma ni boleh jadi.

Last mesej dia cakap dia taknak heret saya ke neraka sekali. Tapi pada mulanya dia cakap dia dah bosan dengan saya. Keliru kan? Tapi saya pegang pada jawapan bosan tu lagi. Neraka tu, mungkin sekadar nak pujuk hati saya atau taknak saya salahkan dia. Saya tak salahkan dia..tapi bila berkali2 dia cakap sayalah punca segalanya yg berlaku dalam hidup dia, macam mana saya nak pertahan diri saya lagi? Sedangkan itu salah bersama. Dia patut sedar tu. Apa lagi yang saya boleh buat bila kali kedua saya dipandang macam tu? Seolah2 saya ni pembawa sial dalam hidup semua orang. Saya kena pertahan diri saya jugak.

Bosan? Saya pelik bila dapat jawapan tu. Baru saya terfikir betapa walau sebanyak mana sayang yang kita curahkan, betapa banyak pengorbanan yang kita buat, hati manusia tetap hati manusia yang sentiasa berubah2. Bosan deengan maslah saya. Sedangkan saya cuma ada dia yang faham tentang masalah yang berkaitan rohani dan hubugan dengan Allah sebab dia pernah alaminya. Ntah lah. Kadang fikir, kalau lah saya tinggalkan dia terkapai sorang2 masa dia xdak kawan dulu, masa dia sorang2, ada maslah,cakap benda yang sama dia cakap kat saya, ntah apa yang jadi.




Saya selalu dengar maslah kawan2. Cuba tolong masalah kawan2. Tapi masalah saya? Hanya allah yang tau macam mana saya berjuang sorang2 macam ni...Lumrah alam..Manusiamemang selau lupa bila dah senang. Manusia takkan hargai selagi tak hilang. Manusia, buat baik 1000 kali tak dipandang. Tapi kalau buat jahat sekali, 1000 tahun dikenang.

To be the blacksheep or to be yourself? Sometimes, be either one could hurt you. You have no other choices to pick. But the only way to get out of the hard things, is to go through it. Once you pass it, you'll find that there'll be the light that will brighten your day...and for me, i'm still on my way to get through it. Alone... All my family and friends are still in my heart. But am i still in their heart too, no one can answer it but them.

Yeayyy!!! Cuti. Cuti. dan Cutiiii!!!!!!!!!

Hohoho...Ari ni cuti. Esok pun cuti. My working day 5 ari ja sminggu. Naseb baek...sbab ada private company yg working days nye 6 ari sminggu. Sabtu kerja skerat ari. sep bek tempat kerja saya tak macam tu. huhu..

Pastu, start next week, ada 4 kali cuti jumaat!!!! yipppeeee!!! tu yang bestnyer tuh. hahahaha!!! best giler! keja 4 ari ja tu... huhu.. Tapi, cuti, cuti jugak.. tapi xleh cuti sangat.. sbab nak kena study pasal produk family..kalau tak, nanti kalau bos sawak p briefing ke ape ke, langsung tak paham. Ye lah. Dorang suka guna short form. Saya mana la tau menda pa yang disebut. So, saya kna study lah. Bos cakap, nanti nak kna wat budget utk department. Hadoi...takot...makin lama makin adventurous la my work ni. Risau tak daoat perform well.

Ya lah. Saya dapat praktikal ni pun, tak semestinya saya akan ditempatkan di department yang berkaitan dengan apa yang saya belajar. Tak semestinya finance department. Tapi duk kat FAS pun, dah ok dah. Dari penghayatan saya, saya rasa awal2 ni dorag tengah uji saya. Dorang memang tak garang. PErangai gila2. Tapi, disebalik tu, kalau saya naik skali, means banyak yang saya akan terlepas. Kat situ, saya kena terus belajar dan banyak bertanya. Kalau saya tak tanya, dorang takkan senang2 bagi maklumat. Kalau tanya pun, kadang2 ada jugak dorang mngelat. Konon tak penting untuk tau. Tapi sebenarnya sayya kena lah tau. Dah banyak kali tanya. Dapat jawapan sama. Tapi lepas submit logbook kat boss, boss cakap "kamu kena tanya. kalau tak, kami takkan bagi maklumat sesenang ati camtu." Dah dapat teguran dari boss, saya tekad. Kalau dorang ngelat gak pasni, saya nak kacau sorang2 dalam department tu. Dari Encik Adnan sampai la Encik Zam. hohoho...saya mesti teguh pendirian!

Semalam dah bawak balik suma brochure n corporate info Takaful n FAS. Kena study lah. Isnin ni saya nak suh Encik Syah sambung explaination lagi. Sambung dan sambung dan sambung. Sampai saya faham dan sampai saya expert dengan FAS dan Takaful. Insya Allah..

Tapi kan, ada sesuatu yang saya dapat tau kat sini. Suma lelaki, sama ja. huhu..Memandangkan department saya cuma saya n Kak Rini ja ladies, so yg gentlemen ni, pepaham la cmna. Sebab dorang ramai lelaki, klu cakap tu, adehhh..,"merapu". Pepaham r konsep merapu tu cena. huhu..kekadang sampai tak pasal2 nama saya naik skali. adehhh..huhu..tapi saya tak kesah sangat sebab dorang tu dah kawen. Tak pe r ckp cmtu. Dorang dah ada pengalaman. Kalau org yg xkawen dk ckp cm2? x ke xbaek..buat dorg membayangkan dalam otak. Berdosa tu. Otak takkan bayangkan kalau lidah tak menyebut dan hati tak terlintas perkara camtu.memacam! Tapi apa2 pun, even penat keja, saya enjoy dengan suasana kerja saya tu. Mudah2an Allah permudahkan segala urusan saya. Amiinn.. Saya nak buktikan pada semua, saya mampu berdikari dan saya boleh berjaya.

Next week balik Kedah. Jumaat pagi, Insya Allah. Tapi nak balik mai sini balik yang masalah. Suma amek cuti hari ISnin. Saya x amek cuti. Xmo amek. Sebab nanti bulan satu dah nak amek cuti empat hari. Tu pun belom tentu dapat. So, Isnin nanti memang kalut gak la. Saya kena balik sini naik train. Sampai KL sentral, trus p keja. Penat gila seyh! Memang kena prepare awal2. Silap ari bulan, bleh pengsan saya kt office. Ya lah. Ahad tu kenuri. Petang tu dah berangkat. Esok trus masuk kerja. Petang baru balik. Habis keja pukul 5.30. Flight angah depart pukul 5.20. Nak kena tunggu angah sampai dulu. Angah sampai dalam 6.10. Nak tunggu Angah sampai PJ lagi. Perhhh!!! Kalau Angah amek KLIA Express p KL sentral, pstu nek LRT p Asia Jaya, tu tak pa la. Kalau Angah nek keta dari KLIA? mau la berjam2 plak tunggu coz jalan jam time2 camtu. Adehhhh..

So, rasanya nak kna call member2 kt situ gak la. Ajak teman jalan2 jap. P la memana pun around PJ tu. Sementara tunggu Angah. Pastu Selasa, confirm collapse trus. Hahahah! Mintak2 jangan la. huhu..

Hari ini punyer ceritera....

hohoho!! semalam kepala bengong sket. Tengok ja la posting smalam. Macam hampeh. Taaaaakkkkkkk abeh2 pasai dia. nyampah! hahah! tak lah..juz, saya pun burink gak asik2 dia. Asik2 dia. Xdak orang len ka. huhu..

Semalam jadi gu tu sebab semalam terasa kepenatan yang teramat sangat. Maybe dah lama x mngadap figure, pastu smalam kena pulak kira stock order dari agent2 sluruh Malaysia, perrrhhh...agak bingungs la...huhu..tepat2 5.30 baru siap. So kiranya smalam kuasa otak tu banyak la guna. Sampai kat KL central tak la lambat. Tapi along yang lambat. 6.30 baru dia sampai sebab jalan jam. Masuk keta, badan lembik trus. huhu..bercakap pun, berat je mulut. huhu..

Sebab tu la saya menulis ntah hapa2 smalam...sebab penat, otak tension walaupun rasa ok.. huhu..

Tapi hari ni........, waaaahhhh!!! walaupun banyak benda yang dibuat kt office tadi, tapi saya enjoy saja. hehehe...walaupun bz, tapi hepi. Sebab at least saya ada benda nak di buat. Otak asik bekerja. Jadi saya takkan punya masa pikir menda len. hihi..

Petang tadi, my manager, encik Adnan, kenakan saya. Huhu..dia suh kenalkan diri kat staff2 department depan tu...Dalam office saya ada tiga department. Malu la saya..segan! Sebab department tu suma laki. Department saya pulak, saya dengan Kak Rini ja ladies. Huhu..Tapi, antara tiga2 department, of coz la my department yang paling havock! huhu.. gila2 staffnya. x boring. Wat keja, wat jugak. Time serius dorang serius. Time wt keja, dorang serius gk. Tapi time xdak keja, tunggu lahhh..ada ja benda jadi isu. huhu..

Suma staff kat situ panggil saya kiki. Kawan saya kat department sebeelah, nama bibi. Pastu, habis la nama kami dua orang jadi mainan ngan staff2 kat situ. huhu..dorang pun nak create nama macam kami. Tapi gurau2 ja la. Riri lah..Syasyi lah..huhu...memacam!

So far, alhamdulillah saya boleh bawak diri. Saya ni jenis lambat sikit tangkapnya. Tapi sekali saya dah cekap, memang cekap sungguh. Yang tu saya akui sebab saya cakap dari pengalaman saya masa jadi cashier dulu. huhu..saya memang akan tanya banyak kali sebab saya cepat kompius. Takut salah, saya tanya lagi. Tanya, dan tanya, dan tanya. Alhamdulillah, boss, manager, staff2 kt department saya, banyak membantu. Dorang tak garang sangat. Mungkin garang bertempat. BIla ada salah, ada jugak dorang marah. Tapi saya faham. Saya boleh terima. Sebab itu pun sebahagian dari pembelajaran saya. hihi..

Lagii seminggu result nak kuar...rasa takut dan gementar...Saya doakan agar takdak la paper yang sangkut. Harap sangat2! Saya taknak ada effect untuk sem terakhir saya ni..Saya nak kekalkan result saya tu..kalau boleh biar naik, jangan turun. Maintain xpa. huhu..

OK. Till here. Saya nak mandi, nak solat, nak iron baju siap2. Esok pagi ada tazkirah sebelum kitorang start bekerja. hihi..Syukur alhamdulillah dapat tempat yang melaksanakan ciri2 keislaman tu..

Semalam dan hari ni...

Semalam...baru saja kami berkenalan di ruang maya..ruang yang tiada sempadannya..tanpa bersua muka, tanpa mendengar suara..
Semalam...baru saja ku lihat dia ukirkan senyuman itu..senyuman yang pernah menjerat hatiku..
Semalam...Cerianya dia ceritakan kisah zaman kanak2nya, zaman persekolahannya..
Semalam...Gembiranya dia bila dapat luangkan masa bersama...
Semalam...sukanya dia bila hubungan kami direstui keluarga...
Semalam...Yakinnya dia mencipta janji setia...
Semalam...Pastinya dia untuk tunaikan janji2nya...

Tapi hari ni...

Hari ini...apa yang berlaku semalam adalah kisah silam..
Hari ini...perkenalan bertahun lama hanya sia2..
Hari ini...senyumannya hanya dapat kulihat dalam mimpi saja bukan lagi di alam nyata...
Hari ini...Tiada lagi kisah2 yang diceritakannya seperti dulunya...
Hari ini...aku pasti dia takkan pernah ingin melihat aku walau dengan sebelah mata...
Hari ini...tiada peduli lagi baginya walaupun keluargaku sering bertanya tentangnya...
Hari ini...segala janji setia dimungkiri begitu saja...
Hari ini...tiada lagi keyakinan mahupun keinginan untuk menunaikan janji2nya...

Semalam adalah kisah silam...satu masa dimana saya hanya ada dia sebagai teman saya..Teman yang satu2nya saya percaya untuk bimbing saya. Teman yang paling saya sayangi seumur hidup saya..

Semalam adalah kisah silam...satu masa dimana kami punya diri masing2. Saya ada dia dan dia ada saya. Rakan2 yg lain, saya xlebihkan sepertimana dia. Susah mana pun saya, andai dia dalam kesusahan, dia jadi keutamaan saya...sebab saya pasti dia perlukan sokongan dari saya...

Semalam adalah kisah silam...
Dimana semuanya ada dia..hidup saya hanya ada dia...segala2nya dia...
Entah dimana silap saya. Entah dimana x cukupnya. Segalanya saya dah korbankan demi dia. Tak pernah saya tinggalkan dia sendirian kesusahan. Namun, bila diri dilanda masalah yg sama, dia menyampah dengan masalah saya sedangkan dia dulu pernah alaminya..
entah di mana silap saya sehingga xddapat lagi saya padamkan api kebencian dalam hatinya...
Entah dimana silapnya...


Mungkin selama ni saya cuma menipu diri sendiri. Bahagia dalam derita. Saya bahagia bersamanya tapi saya bertahan walaupun hati diluka. Mungkin dari situ, hati saya mula sengsara. Namun kerana sayang, saya cuba mencari bahagia semata2 taknak dia rasakan ada kekurangan yg dia berikan pada saya sedangkan saya dah rasa cukup dengan segalanya..

Salah saya....
Mungkin salah saya melangkah kaki kedalam hidup insan yang tak pernah alu2kan kedatangan saya...Mungkin, bila saya dah tiada, dia akan terima maaf saya seadanya. Mungkin bila saya dah tiada, dia akan mula hargai pengorbanan saya untuknya.
Mungkin....kata2nya dulu cuma untuk menyedarkan saya bahawa saya langsung tak layak bersamanya walau sekadar teman biasa...
Pedih untuk menguburkan perasaan tu, walaupun ikhlas dihati bersamanya adalah kerana Allah ta'ala..cuba tanamkan sedalam2nya, asalkan x kehilangan dia walau sekadar teman biasa..Tapi, ntah knapa, ntah dimana kurangnya, ntah dimana silapnya...




Bosan kan asik baca pasal dia? huhu.. skang, blog ni ja lah peneman saya. suka duka, suma dicurahkan pada blog ni. Blog ni ja la teman setia saya yang xkan bpisah dari saya bila saya menangis, ketawa, sedih, mahupun gembira. Disebabkan peristiwa lalu, saya takut untuk percaya pada sesiapa lagi..memang sunyi..tapi ni lah hidup saya..

Bukan saya tak pernah cuba lupakan dia. Dah sehabis daya saya cuba. Kadang2, bila dah boleh melupakan, pasti dia akan muncul dalam mimpi semula. Semuanya mimpi yang menyenangkan hati. Dalam setiap mimpi, pasti ada senyuman darinya. Bangun dari tidur, tak dapat tahan sebak didada. Saya dah xdapat jumpa dia. Dia pun dah xnak jumpa saya. Dia dah buang saya dari hidup dia. Tapi dalam mimpi, dia buat saya bahagia....

Saya terus bertanya, kenapa bila saya mula melupakan, dia pasti muncul dalam mimpi semula? Kenapa Allah tak tolong saya lupakan dia? sedangkan saya yakin, dia dah bahagia dengan insan yan dia sayang. Insan yang bertakhta dalam hati dia. Insan yang dia cintai sepenuh hatinya. Tiada tempat untuk saya dalam ruang hidupnya. Jadi, kenapa mesti saya dipertemukannya walau dalam mimpi?

antara suka dan sengsara...dalam hati, teringin nak rasa kebahagiaan tu semula...bahagia bila bersamanya..tak pernah rasa kekurangan pada dia walaupun ada yang dia lukakan hati saya. Kelemahannya saya terima dengan hati terbuka. Tapi kelemahan saya lah yg menjadi punca saya kehilangannya.

Dalam hati terdetik, andai ajal saya dah tiba, sebelum saya pergi, saya harap sangat dia dapat maafkan segala kesalahan saya yang membuatkan dia benci saya,buang saya. Saya harap sangat dia maafkan saya seikhlas hati dia. Sebab saya pasti, antara semua kawan2nya, saya lah yang paling dia menyesal jadikan sahabat.

Mungkin dia jugak jemu kalau dia baca semua ni. Tapi dia tak penah tau, saya tak penah jemu ada dengannya susah dan senang. Walaupun jauh, walaupun saya bukan lagi sahabatnya,saya tetap mendoakn yg terbaik untuk dia...semoga dia bahagia disamping insan yg tersayang...

Semalam saya call Makcik Nora. Saja nak bertanya khabar, nak tau perkembangan makcik. Tapi terputus bila tengah sembang. Tak pa lah. Asalkan sempat jugak saya tau perkembangan makcik. Sebab saya rasa, cukuplah... Hafiz dah peka tentang kesihatan makcik. Hafiz pun dah rajin call makcik. Harap2 pasni makcik x bosan lagi. Insya Allah Hafiz ingat tanggungjawab dia. Insya Allah, sekurang2nya kalau bjauhan pun, Hafiz tak lupa tnya khabar makcik, peka dengan kesihatan makcik. Nampaknya saya tak perlu risau sangat dah. Cumanya, saya nak tunaikan janji kat makcik nora ja. Saya kena p sana jumpa dia jugak nanti. Kemudian, saya akan teruskan hidup saya. Sedih...sebab dah rasa rapat dengan makcik. Mesra bila bersembang. Rasa macam dah lama sangat kenal. Tapi saya taknak Hafiz pikir bukan2 pasal saya. Dia dah buang saya, dia taknak saya ganggu hidup dia. Saya tak patut berhubung dgn family dia jugak. Saya taknak dia pandang rendah saya lagi. Tu ja.

Hurrrmmm dah pkul 10 lebih. Saya kena tido. Esok nak bangun awal pegi keja. Mudah2an Allah akan tolong saya lalui semua ni. Amiinnn..

My first day @ Takaful Ikhlas

mulanya,saya ingatkan wt praktikal kt takaful,kat branch pun xpa. Tapi rupa2nya, kena wt kt HQ, which is kt PJ.. Huhu..xjauh beza la dengan insage(MSC) sbab insage pun kt PJ tp kat Pusat Dagangan Phileo Damansara. Jauh lagi la. Lagipun,takaful ni dekat je ngan umah angah. Jalan kaki pun bley. Tapi sementara awal2 ni, stay umah along dulu. So, pagi2 kuaq,kna p KL Central nek LRT. Perhhh! Brasak ramai2,baru skang rasa peritnya p keja. Huhu..

Nak dijadikan cerita, 1st day ni memang dah ada dugaan. Patutnya saya kena lapor diri pkul 9. Kalau ikutkan, sebelum pukul 8 pun saya dah bleh sampai stesen asia jaya. Kuaq umah pukul 6.40pagi. Tetiba keta along wt hal. Bateri kong. Memang xleh start langsung. Saya dah gabra. Masa duk bjalan. Last2 mntak tolong hamzah antaq saya p KL central. Sampai KLcentral dah pkul 8.40. Memang cuak gile! Dalam hati xstop baca ayat 100dinar n surah yusuf. Takot! Pastu plak smalam masa p kl central, masuk dari parking lot. Ari ni,masuk dari main entrance. So,memang pening gak la. Dah la tngah kalut,gabra. Tu pun silap plak p turun tangga p KTM. Hadoii..pa lagi,cpat2 la naik balik tangga,turun balik tangga yg btoi. Huhu..dah macam katun dah tadi. Huhu.. Beli tiket, pkl 8.50 baru naik tren. Pergghh! Lelah didada xkebah tau! Dah semput rasa nak pengsan dah tadi. Huhu.. Last2,pkl 9.10 baru smpai wisma takaful. Adehh..sep bek dah call encik zailani in4m awal2 keta rosak.fuhh..tapi risau gak. 1st impression kan.

Masa briefing tadi,saya tertarik dengan cara kerja dorang. Etika pakaian ditekankan. Aurat diutamakan. Pakaian ketat2,jarang2,pendek2,x digalakkan atau dibenarkan. Kalau ada yg pakai,mmg kna tegur dgn bos.
Solat dijaga. Saling tegur menegur dan m'peringati ketika waktu solat.
Masa solat asar,masuk je waktu, suma operasi dihentikan tmasuk msyuarat2 penting kat situ. Suma staff akan solat bjemaah dari big boss smpai la despatch.
Xkira lah bjemaah kt surau or dalam office.

Bila suma kerja blandaskan syariah, hati pun tenang. Kerja pun senang hati. Rezeki pun berkat. Company pun berkat. Kan bagus macam tu. Saya tanya,boleh pakai jubah hitam x? Encik zai cakap boleh. Wahh!! Lagi saya suka sbab nanti boleh la saya berjubah. Hihi..

Habis briefing ngn encik zailani,saya ditempatkan di department family agency sales. Staff kt situ, suma baik2. Encik sham sy pnya supervisor kt situ. Then, ada kak rini,kak long dari dptment bjiran, encik adnan,encik azhar,encik azuan. Stakat ni,yg tu lah dalam dptment sy yg sy kenal. Ada lagi.. Kak syah secretary encik wan rosli, encik kamarul bhagian IT, lagi...hah! Encik zul manager marketing,saya xjumpa lagi. Dia yg banyak tolong saya utk dapat tmpat kat situ.huhu..

My colleage sumanya baik2,ramah2. Especially encik adnan n encik azhar. Dorang cukup excited nak tolong saya buat research report. Huhu..bertuah rasanya.

Tambah lagi, encik zailani cakap, klu prestasi saya bagus, dorang nak serap terus masuk keja. Sbab dorang memang cari orang muda2. Sbab smangat tinggi. Staff2 kt situ pun ramai muda2. Hensem2 lagi. Aduhh.. Huhu..insya Allah..saya akan usahakan yg t'baik. Mudah2an ada rezeki dapat dserap trus.

Kesimpulannya,walaupun awal pagi tadi ditimpa musibah, namun sapa tau Allah nak bagi ketenangan dipenghujungnya. Esok, saya ada task baru utk dpelajari. Haduhh..penat hari ni xhabis lagi. Nak mandi,nak iron baju, surf d internet nak cari bahan research, then tdo.. Esok bmula keja btambun dan kena ingat banyak benda dan banyak orang. Huhu..

Esok adalah permulaannya!!!

wahhh! Nervous giler seyh! Esok da kena lapor diri kat Takaful Ikhlas. Aiyoyo.. Huhu.. Suma prasaan bcampur baur. Suka,gementar,takot,teruja. Huhu.. Mana tak nya. Ni lah kali ptama saya dapat rasa suasana bkerja yg sebenar. Tdedah dengan dunia luar. Sbelum ni macam ada dalam balang kaca. Tapi esok, sy sniri akan mulakan pngembaraan di dunia luar. Huhu..

So,tadi dah p tengok tempat keja tu dengan along. Blajaq cena nak p sana. Sebab smentara saya stay kajang ni,saya kena naik LRT dgn bas ke tempat keja. Balik pun. Cuma balik,tambah lagi 1 transport,which is komuter. Huhu.. Takut gak sbab xbesa g. Tp insya Allah saya boleh.

Then beli spasang kasut habuan pegi keja. Sbb most of my shoes suma wedges or high heels or stilletto. Huhu.. Entah. Memang jenis heels n btali yg saya suka. So,bla ada majlis formal,kalut la cari kasut. Huhu..

Da pnat bjalan,ktorg p makan. mcD. Hehe..n macam besa,my order is 1 set of double cheese burger plus 1 add one double cheese burger. Hahah! My sis? Dia mkan prosperity ja. Tbalik plak. Sy yg makan banyak. Huhu..

So,malam ni nak kena iron baju siap2, kemas beg siap2. Dan esok,bermula lah hari baru saya.. Mudah2an Allah pmudahkan segala urusan saya. Aminn..

Kenapa perlu begitu?

Perasan tak,manusia zaman skang, ramai yg hipokrit. Malah, manusia zaman skang lebih takut dengan kata2 manusia, lebih takut dibenci manusia, dari dibenci ALLAH s.w.t..

Contohnya, saya tengok ramai anak2 muda yg sebaya saya, tpengaruh dengan budaya sosial sekarang. Dorg suma mudah tpngaruh dgn kawan2. Nak salahkan mak ayah? Tak boleh jugak..kadang2 didikan dah smpurna tapi? Sbenarnya smua tu terletak pada diri sendiri.

Sedih saya dengar cita rum8 saya pasal kawan dia. Kawan dia mulanya sorang yg baik. Bertudung. Xpenah pegi tempat2 tak elok. Xpenah bsosial. Kawan lelaki pn xbesa dia bgaul. Tapi satu ari,dia tanya kawan saya,best ke pegi night club? Then kawan saya pun cita lah.. Xlama pas2,imej budak tu trus brubah. Tudung tah terbang ke mana. Seksi habis! Pgaulan pun dah tak terjaga.

Sayang kan? Dari baik,berubah macam tu? Sedih. Manusia,tak kuat nak hadapi cabaran melawan nafsu. Nafsu tu perlu dilawan! Bukan diturut! Nafsu perlu dijadikan hamba. Bukan tuan. Bagi saya,mungkin golongan mcam ni,yg ramai tpngaruh dgn kwn2 ni,mungkin dorang taknak dikata ketinggalan zaman. Skema. Nerd. So,dorang pun berubah. Ikut je apa yg kawan buat.

Bagi saya,kenapa perlu takut?? Manusiakah yg bkuasa? Dorg ke yg nak tolong beratkan hisab kanan nanti? Saya pelik. Kenapa dorg bleh biarkan diri tpengaruh macam tu. Hurmm.. Alhamdulillah,stakat ni,saya dapat btahan lagi. Mudah2an Allah pelihara saya dari pkara keji dan mungkar. Biar saya berubah ke arah kebaikan. Bukan mengundur kebelakang. Rum8 saya penah jugak ajak ikut dorang kuar malam, p karoke dengan kawan2 dorg. Kawan lelaki. Tapi saya tak suka. Tak suka kuar malam,ke tempat mcm tu,dan ada lelaki. Nak karok saya x kesah. Tapi tanpa lelaki.
Dorg pun ada jugak ajak saya overnite. Tapi sy tolak. Sebab saya xsuka. N sy xnak cuba pun. Sbab sy tau,benda cm2, memang ikut darah muda ni,suka sangat lah. Sekali buat,nak lagi. Nampak macam xdk pa2. Tapi..bagi saya,biarlah. Saya masih nak jaga diri saya sebagai perempuan. Muslimah. Mungkin saya banyak dosa. Tapi saya tetap cuba untuk jaga diri saya. Nak cakap saya kuno? Kampung? Sy xkesah..da pnah dpandang rendah pun. Tapi saya xpeduli. Saya jarang mekap? Ape sy kesah? Saya nak,saya buat. Asalkan saya tau, mekap tu mmg mencantikkan. Tapi kalau luar cantik,dalam tak,buat apa. Nak bagi orang suka kita sebab luaran? Dalaman x elok buat apa. Nak dibagi manusia yg menilai? Esok akhirat Allah nak nilai,dah siap ka?

Kadang2,saya fikir,wlaupun kita tak suka satu2 benda baik,bukan jenis kita la kiranya. Kalau xsuka pun,pura2 suka pun kira ok what.. Hipokrit btempat. Sbab kadang2 kepura2an 2 membiasakan kita. Kalau kita pura2 wt bnda baek,lama2 xkan jadi pura2 dah. Mana tau bleh tukaq jadi ikhlas?
Yg penting, takesah apa org cakap, suma bgantung pada diri sendiri. Elakkan sifat mazmumah. Amalkan sifat mahmudah. Insya Allah,kita lah yang akan m'jadi pemuda dan pemudi harapan agama.

what would you do when you are angry??

urggghh!! I feel sucks when i'm angry. Geram sangat2. Rasa nak mencarut. Tapi rasa ja la. Tak carut g,k. Cz sy bukan dididik dengan carut marut ni. Tapi geram r. Bengang gile kalau marah. Saya ni jenis yang susah marah. Tapi,kalau kena tang titik sensitif, meletup tak ingat dunia tak kira sapa dah. Bleh bgegaq umah.

Malam ni saya marah gila. Dah la duk pikir satg nak nek bas sorang2. Tengah malam pulak. Siang tadi mimpi buruk. Duk pikir g pasal mimpi tu. Baru nak tenang fikiran,nak relax sblum p, nak tengok tv ngan mama,ada dah duk mnyucuk. Geram r! Bengang. Orang duk tenang2 kat c2,ada ja yg nak cari pasal. Apa ingat org p praktikal ni p saja? Slain nk cmpletekan degree,ni la peluang nak rasa mcm mana keja yg sbenaq2nya. Nak bagi elaun kat mama. Bukan praktikal saja2. Sy pun akan rasa susah jugak kt sana nanti.

So,what would you do when you get angry?
For me myself,apa yg saya wt adalah:
1) hambur habes2 dpan orang tu.
Kalau dah siap or xleh wt,
2) blah dari tmpat tu. P la mana2 pun
3) tdo. Lagi bagos tdo dari mlayan amarah. Kang ada yg x bdosa jadi mangsa kang.
4) mlayan game or online or blogging. Lepas marah kat blog pn bagus apa. Xdak sapa jadi mangsa. Hoho
5) karok la puas2. Jerit dalam bantal. Kalau kamu lelaki,pukul r dinding ke,cermin ke,sure best. Hahah
6) yg ni patutnya saya letak 1st td. Tapi sy sniri pun x wat td. X ingat apa dah. Istighfar banyak2..huhu..
7) bile sume di atas kome dah buat tapi x ok2 juge(aiceh! Kuaq pelat pahang plak. Huhu), better r g amek wuduk..padam api setan laknatullah tu yg duk hasut kome jadik jahat lagi.

Ok! Tu je lah. Sy dh wat ni. Mlepaskan kat blog. Hahah. hurmm..looks like it's time 4 me 2 get ready 2 leave. Nak siap2. My journey will begin shortly. Wish me all d best n dnt 4get 2 pray 4 my safety. Still haunted by d dreams..huhu.. Daa!

mimpi buruk..

astaghfirullahal'azim.. Istighfar saya sendiri. Masa tdo tadi, termimpi perkara buruk. Pkara buruk seakan2 benar. Macam kenyataan. Sesuatu yg buruk telah menimpa saya. Dan pkara tu merubah hidup saya. Merosakkan hidup saya. Memusnahkan masa depan saya! Na'uzubillahi min zaalik! Lepas kejadian tu, saya b'gegas capai telefon nak call dia mintak tolong. Tapi sy letak sbab sy fikir dia xkan tolong sy.
Terasa mimpi tu macam benar2 berlaku.. Bangun tdo,istighfar,dan terus terfikir malam ni dah nak brangkat ke sana. Macam mana bila ada kt sana nanti? Kat sana nanti kena bdikari. Dah masuk alam baru. Rasa takut mimpi tu jadi knyataan.. Ya Allah..lindungilah hambaMU ini dari pkara2 buruk,keji,dan mungkar. Amiin..

Diet vs. Gain weight


Ramai kawan2 saya yang nak berdiet. Tapi saya pulak terbalik. Nak gain weight. Hoho.. almaklumlah..badan sekeping..kurus n slim n maintain cenggitu je. Hahah!
Tapi, lepas p beraya umah Kak BB smalam, dengar dorang sembang2 pasal berat badan ni, timbul dah kesedaran dalam diri ni..huhu..

Mula2 sekali, masa Kak BB suh antaq gambaq untuk jadi model Dara.com tu. Saya cakap, saya ni macam xlayak je sebab kurus sangat. Pastu Kak BB dengan semangatnya cakap, jangan duk cakap macam tu sebab model2 karangkraf tu suma badan macam saya. Huhu..ya ka? Pstu Kak BB suh wat photoshoot, wat 2 copy. ! antaq kat karangkraf, satu g bagi kat dia cz nanti dia nak follow up ngn gambaq2 tu. Kak BB cakap memang dorang tengah cari model skang. Kak B nak tolong ke? huhu..Tma kaseh..OK lahh..tu satu.


Yang kedua dan membuatkan saya sedar, ada makcik tu cakap, kadang2 mitos makan malam bleh naik berat badan pun xleh dipakai jugak. Sebabnya makcik tu pun macam saya. Makan je lah apa pun. Makan nasi pukul 11 malam pun badan maintain je. Hohoho..kekadang pikir, even orang slalu cakap saya ni kurus sangat, tapi saya bersyukur. Sebab saya sihat. Dan kadang2 ada yang iri hati dengan saya sebab saya boleh makan sesuka hati saya dan bila2 masa ja yang saya nak. Kuantiti makanan? Hihihihi..jangan disangka saya yang kurus ni makan sikit je,ok. Mama sniri terkejut anak dia yang kecik ni bleh makan sampai tak ingat dunia. huhu.. Tapi memang pun. Kekadang kalau beli makan dengan Nad, ktorang jadi terbalik. Nad makan sikit, saya makan banyak. Ekkadang segan dengan pelanggan kat situ. Nasi saya ja dah macam sorang laki makan! Paham2 la camne laki makan. Huhu..penuh pinggan. Lauk banyak! hihihi..
Sebab tu duet macam air. Banyak habis kat makan. heh.


Then makcik tu cakap, kadang2 naik turun berat badan kita ni bergantung pada Allah jugak. Kalau Allah bagi badan macam tu, macam tu lah. Kita buat apa pun takkan berubah. Bila saya fikir balik, betul jugak. Bukan kah setiap insan itu dijadikan Allah sebagai ciptaan yang paling unik dan istimewa? Ada kelebihan dan kekurangan masing2. Mana ada orang yang ada kelebihan tanpa kekurangan dan mana ada orang yang ada kekurangan tanpa kelebihan. Itu lah kuasa Allah.

Selama ni, masalah berat lah yang merisaukan saya. Risau la konon2 nanti takdak sapa yang nak...hahahhaha! cam bengong ja. huhu..kesitu pulak yang dirisaukan. Ehei! betul lah, Saya kan perempuan..mestilah fikirkan pasal pasangan jugak..hihi..Tapi bila fikir balik, kalau saya dah memang macam ni, kenapa perlu diubah2? Dah la nak kena paksa diri. Tak nak lah. Saya dah hepi macam ni. Kekadang kawan2 pun jeles dorang xbleh pakai baju kecik tapi saya boleh. Without 'spare tyre'. hahaha..dan tambah pulak, bagi saya, biarlah orang nilai saya dari hati. Bukan dari tubuh badan mahupun kecantikan. Suma tu tak menjanjikan kebahagiaan yang abadi. Kecantikan takkan kekal. Bentuk badan bila2 boleh berubah. Tapi hati yang baik, yang suci bersih, yang ikhlas, susah nak cari kan? JAdi, biarlah saya utmakan penjagaan hati dari penjagaan luaran. Tapi jangan diabaikan terus. Penting gak luaran tu pun. First impression start from there. hihi..



Haaa..sebelum ni, disebabkan nak naikkan berat badan jugak, saya amalkan makan telur separuh masak selama sebulan. Sehari sebiji. kekadang dua biji saya telan. huhu.. Last2, alahaiiii..naik sikiiiiiiiiitttttttttt je. Huhu..entah2 kolestrol yang naik banyak dalm badan saya ni. Risau jugak. Kang tak pasal2 dalam usia muda ni dapat penyakit jantung. Tak ke niaya ja. huhu.. Insya Allah..mudah2an tak sakit apa2. Setakat ni sihat alhamdulillah. Sakit dalam perut tu memang dah biasa dah. Risau kalau effect usus. Sebab kalau datang sakit tu, jangan harap dapat bangun. Air mata ja jadi teman. Huhu..Tapi wat masa ni dapat bertahan lagi..hihi..

So, kesimpulannya, saya akan terus macam ni lah. Hidup seperti biasa dan terus berjuang untuk masa depan saya. Wahhhh!! Dah nampak stage nak amek ijazah nanti ni! hohohoho..tak sabo teman! hihi.. Mudah2an ilmu yang ditimba dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Insya Allah..Semoga Allah pelihara saya dari segala perkara keji dan mungkar yg akan merosakkan hidup saya. Amiinnn..

sedihnya tengok drama ni..

drama kt tv3,malam raya ptama. Sedih..berkisar sorang suami yang tak pnah hargai isteri dan anak2. Dia anggap isteri dan anak2 dia mnyusahkan hdup dia ja..isteri dah solehah. Tapi still wt scandal ngn pmpuan len. Pmpuan yg xtau malu plak. Last2,isteri dan anak2 dia mati kena bunuh, baru dia nyesal.

Cmtu lah manusia...ada yg baik,tak penah hargai malah dicaci. Manusia seringkali lalai. Goyah dengan fitnah dunia. Kadang2 memang dah baik. Semua ada. Lengkap. Tapi tak reti menghargai. Bila hilang,dah xdak dalam dunia,baru nak ingat.

Sedih tengok cita tu tadi. Memberi pngajaran pada saya spaya lebih m'hargai org2 disekeliling sy. Tapi..kadang2,ada yg tak menghargai kewujudan sy. Redha.. Smoga Allah pmudahkan segalanya untuk sy. Amiin..

ohohoho..Sesaje menulis.hihih

Haaaa..seperti yang disebut sebelum ni, raya ni pakai jubah je kan? Xdak baju baru. Simple je. Recycle la balik. Apa susah...Pakai jubah pun selesa je. Takdak masalah pun. Tambah2 jubah hitam. Senang nak match dengan tudung apa ja. heh. So, kt bawah ni gambar2 saya tadi. Sikit je lah letak..watpa bnyak2..huhu..









Pastu tadi p raya umah Syirah n Kak BB..Kakcik p gtau kak bb saya nak try masuk DARA.Com. Saja ja saya nak try grooming. Tengok macam best. Gpun dara.com x macam majalah Remaja. Mungkin sama tapi Dara.com islamik lagi. hihi..

Pastu kak bb suh try sebab dorang skang memang tengah cari model. Kak bb memang ada link dengan dorang. Aduhhh..segan la plak. huhu..Pastu nak kena wt photoshoot kt studio plak nanti untuk bagi gambaq. huhu.. Tak pa lah. Nanti saya p wt photoshoot tu. Xsalah mencuba kan. heh

Dah raya ka??

hurm? Da raya da? Sedar tak sedar kan? huhu..saya ja la. Ari ni tak la buat apa sangat pun. Raya haji taun ni pun simple sangat2. Sebab along ngn angah tak balik. So kat umah tak meriah la macam raya puasa yg lepas. Memandangkan dorang tak balik, persiapan pun ala kadar. Memang simple gila! Cz taon ni takdak kuey raya. N menu paling utama setiap kali raya, which is roti jala pun xdak...simple sangat2 kan? cuma ada kek coklat, rendang, ketupat, n lemang. hoho..Tapi, yang specialnya, suma ktorg buat sniri. Lemang je beli. Heheheh.. and taun ni, kek coklat untuk raya saya wat sniri!!! cewah! dah pandai wat kek dah..huhu..

Dulu xsuka bakery ni. Renyah. Lagi suka masak lauk2. LAgi best. Tapi bila pikir, kakak2 dah pakar wt kek coklat, saya je belom, bila lagi kan? G pun, dorang pun da kawen. T tak slalu balik raya sini. So nanti tinggal saya ja la. so saya kena lablajaq gak wt. Hiihihi..tapi bila wt and jadi pulak, memang best lah! pasni nak wat peach cake plak. HUrrrmmhhh!!! MOuth watering! hohoho!!

So, tup tap tup tap, dah raya dah..xrasa pun meriahnya. huhu..kat cni pulak, korbannya wt raya ke dua. Tapi taun i wat dua ekor lembu. Slalunya sekor ja. Heh. Pastu baju raya pun xdak. Macam besa, berjubah lah saya. hehe..tapi sok nak kena p umah Syirah amek cekelat ngn borang penempatan praktikal. Adeh..knapa? Alaa..dia xleh tengok org pakai jubah itam..takut kata dia. huhu..tapi takesah. Nak pakai gak. hihi..

Ni dah raya. Sok dah raya ke2. 2345hrs sok saya btolak ke kajang. Then rehat jap. Pastu ke PJ. Research tak start lagi. Tajuk, insya Allah dah ada 1 dalam kpala. Hopefully diterima. Literature riview tak wat lagi. Baca pun belum. Tapi rasanya banyak jugak maklumat yang diperlukan. Cuma tinggal nak fokuskan pada Malaysia dan tahun bila. Methodology? Ermmm..yang tu belum pasti g. Need to refer back to the journals. Hadoiii.. I have to divide my time wisely and equlally so that i could do both my practical training and research paper without any problem. Harap2 result elok, dapat habiskan degree dengan baik. Then dapat la sambung master, insya Allah. if i could do PJJ tu lagi bagoslah. Bleh kerja sambil blajar. Hihihi..mudah2an Allah pemudahkan segala urusan saya. Amiiinnnn!!!

SUKUK (Islamic Bond)

Yippeeee!!! SEtelah berfikir2 dan melihat berita, tetiba isu dorg pasal Sukuk, so saya pun rasa nak wt research pasal Sukuk. Hihihihi... Tapi tak tau g nak focus kt mana. Application in Malaysia ke...Risk involved in Sukuk ke..Performance of Sukuk ke.. Pastu nak fokus kat negara mana pulak. Malaysia ke..Kuwait ke...Negara bukan Islam ke...Pastu fokus lagi tahun ni ka..tahun lepas ka..2 tahun lpas ka..awal pengenalan Sukuk ka.. huhu..renyah kan wt research? Tajuk mesti specific.

Dulu masa semester 3 dah blajaq dah Research methodology. Itu baru wat research proposal. Tu pun dah bengong2. Ni pun memang la nk kena wt research proposal dulu. Dah VIVA nanti, Kena betulkan mana yg salah, then kna wt findings, then siapkan hard cover apa suma, jadi la research report yg lengkap.

Hadoi...risau gak ni. Sempat ke nak wt report time keja nnt? aduhhh..ps2 kna rajin balik jumpa lctrer lg. Ayoookkkk...!! memacam! huhu.. tapi kalau bleh nak wt yg tbaik untuk report ni. Sebab Encuk Jeff cakap, dorang akan pilih report yang tebaik untuk dibukukan. Nanti masuk Journal. So akan dapat merit. Nanti senang kalau sambung master nanti.

Pikir pasal master, ni pun satu gak. Mama nak suh sambung master. Ada baiknya jugak sebab zaman skang dah x pandang ijazah ni..so, saya pun rasa lebih bek sy sambung master. Lagipun, Insya Allah CGPA sy mampu untuk sambung master. Stakat ni boleh lg. Harap2 tak menurun. Tambah pulak untuk sapa yg da[at CGPA 3 ke atas, dapat biasiswa utk sambung master in same faculty kt UiTM. Insya Allah, I'll work on it.

Even risau gak, org cakap, pompuan klau ngaji tinggi mana pun, last2 ceruk dapur gak duduk, tapi saya rasa skang dah tak cm2 dah kot..zaman dah berubah. Pmpuan pun kena cari makan gak..hihi..tak kesah lah klu blajaq tinggi pun xdak yang nak. Kalau org tu pandai nilai dari dalam, dia xkan pandang suma title duniawi atau luaran saja. kan? So, sy tak risau lah. Bak kata Salmi, manusia skang lebih bgantung sesama manusia lebih dari pencipta. Salah hukum tu. Patutnya lebih bgantung pada Allah. Jangan takut dgn manusia. Biar dibenci manusia, tp Jangan dibenci al-Khaliq. I'll stick with those words.

Puasa Sunat

wahh!! Esok je lagi dah nak raya aji. Tapi..bahangnye tak rasa pon. Huhu.. Cumanya, ari ni saya puasa. Dikesempatan yg ada ni, saya ambil,saya guna,untuk muhasabah diri saya. Saya cuba buat yg terbaik mungkin untuk diri saya sendiri.
Baru je habes sahur dengan mama n papa. Bangun pagi ni, xdapat nak senyum. Dalam fikiran ada dia. Astaghfirullahal 'azim.. Tak habis2 lagi dengan dia. Sesak otak ni. Selalunya,bangun je dari tdo, saya mesti senyum. Senyum pagi2 kan satu petua utk maniskan muka. Hehe.. Tapi ari ni,sikit pn xdapat senyum. Mama tnya apa2, angguk geleng ja.

Hurmm mungkin sebab semalam dah nangis tpkirkan dia.. Dah lama sungguh xnangis. Rasa nak lepas kat sesorg. Tapi mesti lah xboleh.. So,lepas la saya sorang2.. Ditemani blog ksayangan ni jugak.

So,ari ni saya puasa. Saya harap Allah terima ibadah saya ni. Dengan ibadah ni,saya harap saya akan dapat ketenangan yg hilang dari diri saya sebelum ni. Dah banyak pikir. Mungkin ada lagi yg saya xlaksanakan. Untuk lupakan dia terus, saya perlu lupakan semua yang ada kaitan dgn dia. Makcik Nora pun. Susah jugak sebab dah rasa rapat dgn makcik. Tambah makcik tak sihat ni, rasa xsampai hati nak tinggal mcm tu ja. Insya Allah, nanti saya nak jumpa makcik. Mungkin utk kali terakhir. Nak peluk cium makcik mcm mana makcik peluk cium saya masa ptama kali jumpa dlu. Then mntak maaf utk sgalanya,n pesan kat makcik supaya jaga kesihatan. Xmampu nak putuskan ikatan silaturrahim yg 1 ni. Bukan nak ptuskan. Tapi demi kbaikan sy,sy perlu mnjauhkn dari semua yg ada kaitan dgn dia. Insya Allah.. Lagipun,makcik cakap, hafiz asik tanya bila nak jumpa dktor. Means,dia makin peka dgn kesihatan mak dia. Alhamdulillah..klu dia dah peka, sy x la risau sangat sebab nanti dia akan lebih tau keadaan mak dia dari sy. Itu memang tggjawab dia sbagai anak. Sy tau dia sorg yg btggjawab. Insya Allah,sifat dia yg 1 tu xkan berubah. Saya harap, kalau dia ada bkawan dgn sesapa, jgn takut kenalkan kt makcik. Supaya nanti dorg lebih rapat. Makcik pun xkan sunyi kalau ada org yg slalu cntact dia. Kalau buah hati hafiz,mesti la makcik lg suka.

Hurmm raya ke2 dah nak berangkat. Sebelah kaki dah mlangkah ke alam baru. Mudah2an saya kuat. Dan smoga,Allah terima ibadah puasa saya hari ni. Tenangkan hati ni,ya Allah...aku serahkan ketentuan hidupmu hanya padaMU. Dan walau apapun ketentuanMU, redha kan lah aku dgnnya. Aminn...

Hari Raya 'Aidil Adha. Semata2 korban udh-hiyah ke?

Lagi satu hari, dah nak masuk Hari Raya 'Aidil Adha a.k.a Raya Korban a.k.a Raya Haji.
Dah nama pun raya korban, mestilah kena buat korban. hihi..
Raya korban ni umat Islam sambut sempena memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim alaihissalam yang sanggup menyembelih putera baginda, Nabi Ismail alaihissalam, demi menuruti perintah Allah subhanahu wa ta'ala. Namun akhirnya Allah telah menurunkan seekor sapi sebagai ganti putera baginda.

Udhiyah tu pulak apa? Haaa..udhiyah tu ialah haiwan ternakan berkaki empat yang boleh di buat korban. Antaranya ialah lembu, sapi, kibas, unta, kerbau. Rimau? Rimau tak leh la..suma ni haiwan2 yang di ternak je. Kambing pun tmasuk sama lah.

OK. Selalunya. Raya Korban, dalam fikiran kita asik pikr sembelih lembuuuuu ja. Apa yang kita buat sempena raya korban ni? Kita pun boleh berkorban jugak kan? Korbankan apa yang kita rasa menghalang perjalanan hidup kita sebagai seorang muslim contohnya. Kita korbankan la perangai2 buruk kita, korbankan rutin2 yang tak berfaedah, korbankan sikap2 tak baik, korbankan akhlak2 yang tak elok, macam2 lah.





Saya pulak, mungkin korban saya yang paling utama adalah korban hati. Hahahahaha...Korban cinta laa..Cewah! Apsal? Alaaa..korang sniri dah baca post2 sebelum ni kan..so korang bleh tau la. hihihi..Taun ni, saya rasa tu lah pengorbanan saya yang paling utama. Saya kena korbankan hati dan perasaan saya kat dia. Kalau dia boleh, kenapa saya tak? Kalau dah orang tu pun dah anggap saya dah mati, buat apa saya nak ingat kat dia lagi? Lainlah kalau dia masih anggap saya sahabat. Huhu..kalaulah dia sanggup korbankan ego dia dan usaha betulkan semuanya macam saya buat dulu..hurrmm..k2. Dah2. So, tu lah ceritanya..hihi

Raya kedua nanti, malamnya, saya dah kena berangkat ke Kajang. Stay umah along jap. Blajar guna public transport untuk p keja nanti. Kalau rasa tak boleh, alamatnya kna stay umah angah trus lah. Lagi senang. Dekat pun dekat. Hoho.. Takut pulak rasanya nak start praktikal ni. Dah mula terdedah dengan alam pekeerjaan yang sebenar. Kalau dulu part time job, lain.. suasananya lain..

Tak pa. Insya Allah saya boleh. All d best for me! Doakan la saya dapat start buat research report secepat mungkin..huhu..da pening pikir tajuk n cari bahan. Wawawawa!! PAsni kena p library UKM slalu cari bahan la. huhu..

Solat Sunat Tahajjud. Antara cara bermonolog dan mendekatkan diri dengan al-Khaliq



Penah tak korang wt solat tahajjud? Mesti penah kan? Paling kurang masa qiamullail kat skolah. Ingat lagi masa saya skolah rendah dulu. Setiap minggu mesti ada qiamullail kat skolah. Masa akhir tahun lepas exam UPSR pulak, ada program Perkampungan di Sekolahku. Yang tu berminggu2 jugak lah. Seronok! Ya lah. Masa tu masih kanak2. Suci lagi dari dosa besar mungkin. hoho.. Setiap pagi, skolah ktorang adakan bacaan yassin sebelum kelas mula. Pendek kata, saya pernah buat solat tahajjud.

Tapi, makin lama makin besar, diri makin malas. Mungkin sebab dah makin terpengaruh dengan anasir luar menjadikan iman yang dibina sedari kecil menjadi lemah. Syukur Alhamdulillah, saya temui seorang sahabat ketika awal 16 tahun. Hubungan kami terputus bila dia tiba2 hilangkan diri. Dan bila kami dapat berhubung semula ketika saya berumur 17 tahun, kami menjadi rapat dan dia jugalah sahabat pertama yg mula menyedarkan saya kembali, mengajak saya, serta tak pernah jemu berkongsi ilmu pemantapan rohani dengan saya. Bersamanya, semangat saya kuat. Makin kuat untuk menjadi muslimah sejati. Dia tegas orangnya. Pantang ada yang salah, ditegur. Kadang2 marah jugak. Tak pa..salah saya jugak. Kami sering bergilir2 mengejutkan masing2 di tengah malam utk bangun solat sunat. Seronok masa tu. Sebab ada orang yg sama2 berjuang dengan saya.

Dan tadi petang, dalam perjalanan pulang dari Arau, saya dengar radio IKIM. Isu perbincangan hari ni mengenai arah tuju diri dan berkaitan dengan solat tahjjud. Menarik sangat perbincangan tadi. Sebab saya dapat banyak info berguna.

Mengikut seorang pemanggil, beliau ada terbaca, orang yang sangat lemah untuk bangun tahajjud di tengah malam, kemungkinan disebabkan hatinya dibelenggu dosa di siang hari. Dan disebabkan itu, orang itu sukar untuk bangun di tengah malam. Ada benarnya. Dan bagi saya, bukan setakat dosa di siang hari saja malah sepanjang waktu. Andai diri masih dalam keadaan berdosa dan belum bertaubat ke atas dosa2 tersebut, mana mungkin hati akan tenteram dan suci serta dekat dengan Allah.

Antara petua yang saya peroleh tadi, kalau rasa berat nak bangun, niat dulu seikhlas hati sebelum tidur untuk bangun solat tahjjud. Kemudian, baca surah al-Kahfi ayat 107 sebanyak 3 kali. Kemudian terus tidur tanpa melakukan sebarang kerja lagi.

Masalah yang sebahagian dari kita hadapi adalah niat memang dah niat. Terjaga pun sudah. Cumanya bila dah terjaga, menarik selimut semula. Ada yang melengahkan bangun, asyik snooze alarm, kemudian terbabas. Ada juga yang dah pun bangun serta solat tahajjud, tapi tak merasa nikmat solat itu.

Dari pernyataan pertama, pihak penyampai dan tetamu undangan tersebut memberi cadangan supaya apabila terjaga dari tidur, maka terus lah bangun, baca doa bangun tidur, ucapkan syukur kerana Allah telah memilih kita untuk bermesra dengannya, serta bangun ambil wuduk dan terus solat. Maka dengan itu Insya Allah akan terlaksana niat untuk solat tahajjud.






dari pernyataan kedua, saya pasti ramai yang merasai perkara sebegini. Malah saya akui, kadangkala saya juga turut merasainya. Saya dah niat, dah bangun, dah solat, namun masih tak temui ketenangan. Penjelasan daripada perkara tersebut, mereka katakan bahawa hanya orang2 yang terpilih sahaja yang akan mendapat kenikmatan sebenar itu. Iyakah? mungkin juga. Dan bagi saya, keikhlasan itu juga penting bagi mencapai kenikmatan tersebut.

hurmmm..dah banyak yang saya celotehkan kat sini. Jadi, kat sini saya kongsi perkara asas untuk solat tahajjud, iaitu fadhilat,niat dan doa. Walaupun asas, sikit, tapi mudah2an akan memberi ilmu dan manfaat pada semua. Jom kongsi sama2!


Solat Tahajjud ialah solat apabila terjaga daripada tidur malam. Sebaik-baiknya 1/3 malam yang terakhir iaitu dalam lingkungan jam 3 @ 4 pagi.

Di antara fadhilatnya :

1. Mendapat pengawasan Allah dan menampakkan kesan ketaatan di wajahnya.
2. Dikasihi oleh para ahli ibadah dan org mukmin.
3. Percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana.
4. Dimudahkan hisab ke atasnya.
5. Mendapat catatan amal dari tangan kanan.

Jumlah rakaat sekurang-kurangnya 2 rakaat.



Lafaz Niat Solat Sunnat Tahajjud





Sahaja aku sembahyang sunnat tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta'ala




"Ya Allah, bagiMu segala puji. Engkau penegak langit dan bumi dan segala isinya. BagiMulah segala puji'. Bagimu kerjaan langit dan bumi serta isinya. Dan bagiMulah segala puji cahaya bagi langit dan bumi, Engkaulah yang hak, dan janjiMu adalah hak, dan syurga adalah hak, dan neraka adalah hak, dan nabi-nabi itu adalah hak, dan nabi Muhammad saw, adalah hak, dan saat hari kiamat itu adalah hak, ya Allah, kepadaMulah kami berhukum. Ampunilah kami atas kesalahan yang sudah kami lakukan dan yang belum kami lakukan, baik yang kami sembunyikan mahupun yang kami nyatakan. Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Tuhan yang terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah."

Peach Cake Recipe

Yummy2!!! Once u taste it, hurmmmm...u'll want for another slice. hoho..really! no joking! my mom's once brought it home for us. And most of them, i've finished it. hoho...don't believe me? have a try on it.


Peach Cake
2 cups sugar
2 eggs
1/2 cup butter or margarine, melted
1 teaspoon cinnamon
1 teaspoon baking soda
2 1/4 cups all purpose flour
1 large can peaches (~28 oz.), drained and chopped

Preheat your oven to 350°F. In large bowl, whisk together eggs, sugar, and melted butter until creamy. With a spoon, stir in cinnamon, baking soda, and flour; mix until blended and moist. There may be a few lumps but that is ok. Add peaches to cake batter and fold in gently.

Pour cake batter into a greased 9x13 pan. You can get creative with this recipe and pour the cake batter into 3-4 greased cake pans and make a peach layer cake. I have never attempted this though and am not sure how well it will work. The moisture in the peaches tends to make this cake less firm than traditional cakes so it may not hold up to being put into layers. Worth a try though; even if it becomes messy, it will sure taste good.

Bake in preheated oven for 35-40 minutes. Make glaze for cake, recipes follows below. Check middle of cake with a toothpick, if it comes out of the cake clean then the cake is done. Remove cake from oven and let sit for 5 minutes to cool. Prick top of the cake with a fork to create holes for the glaze. Pour warm glaze over your cake and eat while cake is warm. Enjoy!

Peach Cake Glaze
1/2 cup sugar
1/2 cup evaporated milk
1/2 cup butter
1 teaspoon vanilla

Combine all ingredients in saucepan and bring to a boil over medium high heat. Once bubbly continue stirring for 2 minutes. Remove from heat and let cool slightly. Pour glaze over warm peach cake.

Almond Biscotti

Saya suka biskut ini!!! huhu.. Sedap! Sedap! dan Sedap! Bagi satu balang, xsampai 1 ari saya boleh habiskan. Memandangkan saya suka biskut ni, saya rasa bek saya wt sniri. Bleh makan banyak2 sesuka ati. Nak beli, mahal. hoho..So, ni la resepi yang saya dapat..Biscotti ada pelbagai. Tapi saya nak cuba buat yang ni dulu.




Ingredients
180g castor sugar
2 medium-sized eggs
1/8 tsp almond essence
1/4 tsp vanilla essence
40g ground almonds
135g whole almonds, rinsed and toasted
50g almond flakes

Sifted
180g plain flour
45g self-raising flour
Method
Put eggs, essences and castor sugar in a mixing bowl. Beat until mixture turns fluffy.

Gradually add sifted dry ingredients and mix in ground almonds. Stir in whole almonds and almond flakes. Combine until mixture turns into a sticky dough.

Divide the dough into two portions. Lightly dust your hands with flour and form the portions into two long rolls. Place the rolls on a lightly greased tray and bake in a preheated oven at 180°C for about 30-35 minutes or until lightly golden brown. Place the baked rolls on a wire rack to cool.

Using a serrated knife, cut the rolls crosswise into very thin slices. Arrange the slices on a baking tray and bake again in a preheated oven at 160°C for about 20-25 minutes or until completely dry and crispy. Halfway through baking, turn over the biscotti slices to ensure an evenness in the browning process. Transfer the biscotti to a wire rack to cool completely.

ISTAK Beer Halal???




I've never heard bout this kind of beverages product before. Tapi, lepas salah sorang dari kawan saya upload gambar this drinks, saya tengok tin dia memang macam tin arak. Harga pun boleh tahan! sampai rm6 setin. Mahal kan? Standard beer la.

Saya mula tertanya2, halalkah minuman ni yang kawan saya kagumi sangat dengan rasanya tu. Saya mulakan pencarian saya di internet. Nyata dan jelas pada lebel ISTAK, "non-alcohol beer". It's still a kind of beer,ok. Beer tu kan arak. arak kan nyata HARAM!

Dah nampak kan lagi satu cara orang kafir cuba memesongkan aqidah umat Islam? Menghalalkan yang haram. Bila adanya ISTAK, pihak Carlsberg pulak cuba untuk mencipta minuman yang sama iaitu beer halal.



Bagi saya, tak ada bezanya ISTAK ni dengan Carlsberg. Adakah bukti bahawa ISTAK ni halal? Kalau setakat ni company Islam, dapat masuk MIHAS, dapat sijil halal, masih tak dapat ubah pendirian saya. Company Islam. Sejauh mana yakinnya kita manusia yang menggunakan nama muslim itu benar2 muslim? Sejauh mana yakinnya kita syarikat Islam tu benar2 mengeluarkan produk halal? Sejauh manakah kebenaran kesahihan satu sijil halal sdangkan kat Mesia ni banyak sijil halal boleh dibeli?

Saya pasti, ramai lagi rakan2 saya di luar sana yang dah cuba minuman ni ataupun dah memang jadi pebret agaknya. Dan saya akui, ada jugak rakan2 saya yang dah sentuh arak yang sebetul2nya. Zaman sekarang, dunia dah makin hampir dengan penghujungnya. Makin hampir ke penghujung, makin banyak fitnah duniawi timbul. Makin banyak perkara2 lagho yang cuba meresap dalm jiwa anak adam. Makin banyak benda haram yang dihalalkan dan mengabui mata manusia.

Jadi, betul ke ISTAK ni halal? Diskripsi pada botol, "non-alcohol beer". Bila saya cuba cari di internet, saya terbaca, persatuan alkohol mengklasifikasikan ISTAK sebagai low-alcohol beer. Pulak?? Kan tambah mengelirukan. hurmmm.. Saya tahu perkara2 macam ni memang susah dibendung. Semoga Allah melindungi saya serta keluarga dari terpedaya dengan tipu daya kafir. Yang haram tetap haram.

Antara saya dan DIA

haaaa..baca tajuk, jangan ingat menda len,ok. Hehehe.. antara saya dan DIA adalah berkaitan hubungan saya dengan yang MAHA ESA. Kamu pernah terfikir tak? Dulu persoalan ni selalu timbul dalam fikiran saya. Saya selalu jugak kongsi dengan sorang yang pnah jadi kawan saya dulu. Sebab dia pnah alami yang sama. Tapi malangnya, bila tiba masanya saya yang rasa, dia dah tak faham prasaan bersalah bila fikir hubungan dengan al-Khaliq. Menyampah katanya.Tak kisah lah. Itu hal lama.

Tapi bila saya fikir, betul kan, iman manusia ni semacam roda. Kadang di atas, kadang dibawah. Kadang semangat sungguh beribadah, kadang malas je rasa. Lemahnya kita manusia. Bila saya bercakap dengan orang yang bagi saya dah mantap imannya, bila saya cuba suarakan apa yang saya rasa, pendapat mereka berbeza2. Contohnya Kak Hajar. Kak Hajar tak pernah desak saya untuk terus berubah. Malah perlahan2 dia cuba bimbing saya. Maklang pulak lain caranya. Memang lembut bicara tapi tegas bunyinya. Maksu pulak, rakan yang baru saya kenali. Kami sebaya. Tapi dia lebih dikenali dengan panggilan Maksu di uitm. Maksu pulak cakap, nak berubah xboleh slow2. Kita kena kuat, paksa diri. Kan? Pendapat tu semua berbeza kan?





Tapi bagi saya, satu perubahan tak boleh dipaksa. Sebabnya saya masih muda. Jiwa muda. Darah muda. Orang muda suka memberontak. Saya risau kalau saya paksa diri, saya tak dapat terima sesuatu yg baik dengan baik. Mana mungkin orang yang terpaksa dapat menerima sesuatu dengan ikhlas. kan?

Jadi, saya masih mencari jalan yang sesuai. Jalan itu ada. Ada di mana2. Cuma yang saya sedihkan, diri saya nyata masih lemah. Dan saya sendiri tak pasti bagaimana nak mengukur tahap kesedaran dalam diri saya. Nak kata lebih baik dari dulu, ada jugak. Kurang dari dulu, pun ada jugak. So, saya jadi buntu.

Tapi, untuk berubah, kita tak boleh bergantung pada sesiapa. Jangan berubah demi sesiapa. Tapi berubah lah kerana Allah. Berubahlah atas usaha sendiri,bukan orang lain. Bila perubahan itu berjaya, saya yakin nikmatnya memang tak terkata.

Tinggal tak sampai 2 bulan saja lagi, usia saya akan menjangkau 22 tahun. Usia dah makin meningkat. Tapi masih layakkah saya bergelar manusia? atau hamba? atau wanita? Terasa diri ni masih lagi seakan anak2 kecil. Masih lagi manja dengan keluarga. Fikiran mungkiin matang, tapi kadangkala perlakuan tu masih kebudak2kan. Mungkin laa..hehe..Saya harap, ulangtahun saya kali ni akan memberi seribu erti dalam hidup saya. Insya Allah, kali ni saya akan usaha untuk jadi yang lebih baik. Allah tahu niat saya. Allah mendengar doa saya. Saya yakin Allah takkan hampakan hambaNYA yang rajin meminta padanya. Kita tak suka orang selalu meminta2 pada kita. Tapi Allah sayang pada hambaNYA yang selalu menadah tangan padaNYA.

Masih berbisik dalam hati~~~Jubah...Jubah...huhu..

Apa yang berbisik tu? Huhu..pasal nak ubah penampilan diri.. hihi. Memang dah pasang niat lama dah. Dalam 3 taun lepas. Lama kan? Tapi orang cakap, tak sampai seru lagi kot. huhu..Tapi hati ni kadang2 terasa jugak nak ubah. Kekuatan tu ja xbanyak lagi sebab banyak cabaran yang perlu saya tempuh. Saya akui, saya lemah. Namun, saya berjanji dengan diri sendir, satu hari nanti, semua orang akan terkejut dengan perubahan saya. Perubahan untuk menjadi muslimah yang sejati. Insya Allah..

Lepas solat tadi, tiba2 teringat jubah hitam yang saya lihat masa shopping dengan Kakchik minggu lepas. Cantik...Saya suka. Walaupun hitam, tapi ada manik2 dan labuci yang menaikkan seri. Warna yang paling sesuai untuk seorang muslimah adalah warna hitam dan warna gelap. Bukan warna yang terang2. sebab tu di negara Arab, muslimahnya berjubah hitam kebanyakannya. Bagus kan tetapan warna tu? Iyalah. Memang ada benarnya. Kalau seorang perempuan memakai pakaian yang berwarna terang, selain warna gelap, mesti akan menarik perhatian ajnabi. kan?

Tengok ja jubah tu, memang suka sangat lah. Dalam hati memang dah pasang niat nak beli. Sebelum ni, ada jugak dok survey2 kat internet. TApi banyak yang dah habis ditempah. Cantik kan kalau semua muslimah berjilbab? Apa jilbab tu? Jilbab adalah sejenis pakaian yang longgar, kainnya bersambung dari atas hingga ke bawah. Baju kurung tak dikira jilbab sebab kainnya terputus dua. Itu adalah penerangan daripada Maklang, salah sorang muslimah HTM yang saya kenal.



Gambar kat atas tu masa sem 3 kat uitm. Masa tu presentation BEL. Jubah tu mama beli kat Makkah. Jubah tu size dah kecik dah, tapi singkat pulak. huhu..tu yang susahnya kalau beli jubah abaya kat sana. Tapi still suka sebab cantik. Ramai puji jubah tu cantik. hehehe..Tapi jubah tu dah ke mana pulak hilangnya. Tak ingat simapn kat mana. huhu..sayang kan? Tu lah. Nanti nak beli lain. NAk pakai jugak. Cuba2 pakai dulu untuk kuar. Nanti bila dah terbiasa, mesti seharian asyik jubah ja. Insya Allah..hihi

Di bawah ni adalah jubah2 yang saya berkenan sangat. Tu baru tengok kat internet,ok. Nanti nak shopping betul2, siaplah. Tapi murah jugak la online pun. Kat luar saya tengok rm100 lebih. rm170 pun ada. Kalau online, tak sampai rm100. Kalau tambah kos pengangkutan pun xbanyak sangat. hihi.. tunggu taun depan. Sat ja lagi impian nak jadi kenyataan. hihi..





Back to Home Back to Top Cahaya Pelindung. Converted Blogger Templates by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.