Reflexology

ni kali ke 3 wt reflexology.
Kali pertama n kedua, biasa ja pn. Macam foot massage biasa. Langsung xsakit. Siap boleh tidoq lg. Hohoho..

Smalam, lepas dah puas jalan2 with incik awak, ktorg wt la reflexology. Sy ingatkn kuat la dia urut. Rupanya tak..sbabnya dah brapa lama tapak kaki ni sakit. Risau jugak. Sbbnya kt tapak kaki la bkumpul segala asid yg blh memudaratkan tubuh badan. Kan?

Tak puas ati dgn urutan smalam, siang tadi wt lagi reflexology kt Pusat Rawatan Cinta, Warta Bangi. Eh. Nama ja pusat rawatan cinta. Tp sy bukan p utk merawat masalah cinta. Hohoho..

Sampai ja kt c2, trus wt reflexology. Perhhh! Sangat berbeza dgn yg smalam. Sakit amat! Memang ditekan2 urat2 kt kaki. Bgenang gak la mata menahan sakit. Sambil2 diurut, sambil diberitahu msalah yg ada pada sy. Apa yg disebut, mmg slalu sy alami. Dan mmg itu lah symptom pada sakit tu.

So lepas ni kena bhati2. Ubat yg dibeli xkan disiakan. Terbang hbs duet. Nak sihat pnya pasai. Huhu.. Along pn tkejut. Nampak biasa, tp bnyk masalah kesihatan. Wawawawa!

Tapi, suma sakit yg kita tanggung skang, bnyak bpunca dari pemakanan. Mcm sy, kurus je, tp makan, fuhhh! Makan slagi boleh makan. Hohoho..skang, dah..pasni kna kawal pmakanan jugak lah. Huhuhu..

Utk yg lain, sesekali p la wt reflexology. Bukan utk relax ja,tp utk kesihatan sama. Okies. Daaa..

~Fikir~

wahh!
Minggu ni sangat2 bz. Ari2 balik lambat. Siapkan kerja n apa yg patut utk sabtu ni.

Ada apa sabtu ni?

Wohoho..Mebeng ada program nationwide, ari bsama komuniti.. Hehehe..sesapa yg berada di area Sg.Buloh, meh3x join skali. Hohoho..

Dalam m'hulurkan bantuan dlm menjayakn program ni, 2 hari lepas sy n my asst.branch manager p la hospital sg.buloh melawat kawasan..

Odw 2, my ABM pn bg la motivasi n nasihat serba sikit utk sy terus survive kt c2. Dia ckp, myb sy kurang confidence bila dgn customer. Tp bila briefing dgn staff, ok. N dia suka bila sy wt briefing n cerita 1 kisah teladan..

Cerita doktor, pesakit, n anak kecil. Tp, ramai clerical staff yg suka jugak. Sbbnya cerita ni tentang org yg dah bpangkat tinggi dan kerja hebat xmampu slesaikan 1 masalah, dan masalah 2 dpt diselesaikan oleh sorang kanak2 yg masih kecil..

Kalau dikaitkan dgn kehidupan seharian n alam pkerjaan, kadang2 pegawai2 atasan ni suka pandang rendah staff2 biasa. Dorg anggap dorg ja yg betul. N kadang2 kelemahan org lain yg kecik pn, dorg besarkan.

Sy cerita 2 pn sbab sy sendiri alami. Wlupun title sy officer, tp sy officer yg paling muda. Tsangkut kat tengah2. Nk bg kerja kt staff, xbetul2 pandai lg nk bg arahan kt org yg lebih tua. Tp slowly, alhamdulillah.. Yg penting kena 'bermesra' dulu dgn dorg. Klu nk mintak tlg kt senior officer, kekadang tnjuk mcm tanak tnjuk. Tp sama jgk, lama2 ok la sikit.

Sbab sy masih baru n muda, sy xnak la amek pndekatan cakap direct. So, sy sampaikan luahan 2 dgn cerita. Smoga dorg faham. Tp sayang, x semua officer ada masa 2, n bos pn xdak.. Klu dorg dngar, lg bagos. Hehehe..

So, 2 lah. Kadang2, kena fikir orang lain jugak.. Jgn bila dah bpangkat, nak layan org bawah mcm apa ja. Dorg pn pnah duk bawah jgk. Lebih baik lg kalau bila dah bpangkat, x dilupakan org yg bjasa kt kita even sikit. Kadang2, sbb ptolongan yg kecil pn boleh membuahkan kejayaan yg besar.

Ok. Daa

Membenci biar berpada

Sangat menarik tajuk artikel dalam Majalah Solusi isu 29.
'Bersederhana dalam membenci'.

Perkataan benci tu bukanlah asing lagi bagi kita. Betul x?
Semua manusia pernah rasa perasaan tu.

Pernah kan dengar ayat 'Sayang biar berpada, takut nanti jadi benci. Benci biar berpada, takut nanti jadi sayang.'

Kebencian yang melampau akan menjadikan seseorang tu kangsung tak dapat lihat wajah atau mendengar suara orang yang dibenci. Kalau pun berlaku, hatinya takkan senang dek kemarahan yg tak ketahuan punca akibat daripada persaan benci tu.
Sampaikan kebaikan apa sekalipun yg dibuat oleh org yg dibenci takkan dapat dilihat dan akan dinafikan.

Lebih parah lagi, apabila kebencian bukan setakat pada orang yang dibenci, malah pada orang yg berkaitan dengannya seperti ahli keluarga dan kawan2, bahkan haiwan peliharaan sekalipun.

"Batasan wasatiyyah dalam mencintai dan membenci seseorang tak terlihat oleh semua orang. Ia hanya terbuka apabila emosi dan ego telah tunduk kepada al-Quran dan sunnah.." - Umar Muhammad Noor (Penulis artikel)

Bila baca artikel ni, memang berfikir sendiri.
Tak dinafikan, sy juga manusia biasa, yg saban hari berdepan dengan pelbagai jenis manusia. Kadang2 ada yg lahirkan rasa benci pada seseorang. Sebolehnya sy cuba elakkan daripada menerima gelombang negatif tersebut. Tak kenal maka x cinta. Dan manusia juga berhak untuk berubah dari keburukan ke arah kebaikan. dan manusia lain tak berhak menghukum manusia yg sedang berusaha berubah ke arah kebaikan.

Pada diri sendiri pulak, bila dah sayang seseorang, sy memang akan jaga betul2 n sayang...ermm..cmna nk cakap eh? huhu.. tapi sebolehnya sedang mengajar diri utk tak terrrrlalu sayang sampai lupa segalanya. Biar berpada. Lagipun, sy banyak belajar dari pengalaman lepas. Bukankah pengalaman merupakan guru yg terbaik dlm kehidupan?? =p

Senyum selalu =)

Back to Home Back to Top Cahaya Pelindung. Converted Blogger Templates by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.