~Officially Graduated~


Weeee~~~

yg ni xdak number. Pertama dan utama, syukur alhamdulillah ke hadrat Illahi, akhirnya berjaya habiskan pengajian kt UiTM n dapat degree.

1st of all, tahniah buat mama n papa sebab akirnya hajat nak tengok lagi sorang anakanda berjaya menggenggam segulung ijazah dah tercapai. Dis is a gift for you two my dear mama n papa. Master, lain taon plak, insya Allah..
Nanti qilah lomba2 ngn Along sapa amek master dulu.k =p

2ndly, tahniah untuk diri sendiri sebab usaha slama ni untuk berjaya dapat ijazah dah tercapai dan alhamdulillah tamat tepat pada masanya. Alhamdulillah sekali lagi.

3rd, tahniah untuk rakan2 seangkatan, yg sama2 usaha, kongsi suka duka masa blajaq dulu. Tahniah3x.

4th, dis is a kind of 'gift' also to some one who ever consider me as a weak person.
Very much thank you 4 d perception cz it makes me stronger day by day. At least persepsi tu buat sy kuat untuk terus bangun dari jatuh sy. terima kasih tak terhingga.

last but not least, untuk my family n kawan2 yg slalu support sy dari belakang, bagi kekuatan utk teruskan perjuangan wlupun masa study dulu tlalu banyak ujian dan dugaan smpai hampir2 giveup. mujur masih waras. hahahahah!!!

okies! da macam terima oscar plak. hohoho...

Updating my old blog, multiply, again

ingatkan dah takkan guna lagi blog kt multiply.
Tapi adakalanya, berguna jugak.
hurmmmm..
updating d blog again..

JODOH - Mencari yang terlalu sempurna

Jika kamu memancing ikan...
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu...
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja...
Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya,
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga...

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU,
hendaklah kamu MENJAGA hatinya...
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja...
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu,
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh... cukuplah sekadar keperluanmu...
Apabila sekali ia retak... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula...
Akhirnya ia dibuang...

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan
lagi...
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya...
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu
istimewa...
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan
mudah bagi kamu untuk menerimanya...
Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga
ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi,
yang kamu pasti baik untuk dirimu...
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain...
Terlalu ingin mengejar kelazatan...
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya...
Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan,
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan MENYESAL...


~Artikel dari Iluvislam.com~

perlukan sedikit ruang sahaja. boleh?

Hurmmm..
sy pulang dengan hajat nak dapatkan ketenangan.
Tapi kadang2 keinginan tu terpaksa dikorbankan.
Balik ja mesti ada yang buat sesi melepaskan perasaan dan melepaskan geram kt budak ni.
huhuhu..
tolong...sy nak sedikiittttt saja ruang untuk sy tenangkan fikiran.
boleh?

Bukan bermaksud balik jumpa family, x tenang.
Sy sangat2 hargai masa yg sy ada ni.
Cuma sy harapkan masa ini berkualiti..

Sy faham setiap orang perlu ada seseorang yg mendengar apa yg terbuku di hati supaya tak datangkan tekanan yg melampau.
Tapi...
hukhukhuk...
Kat sapa sy nk berbicara lagi..
HAnya Allah yang Maha Mengetahui...

Dulu ada jugak sorg kawan slalu cita pasai family dia.
Sy sekadar mendengar n bagi semangat kt dia. Itu saja yg termampu. Ada dengan kawan bila kawan sedang memerlukan.
Bila tiba masa sy pulak, sy dh tak ada kawan tu lagi. Putus kawan? Mungkin bagi dia lah. Sy tak pnah wujudkan istilah tu dalam setiap hubungan sy dengan kawan2.
Tapi antara ramai2 kawan, dia ja yg pnah tau pasal apa yg kadang2 merunsingkan sy.
Sampaikan besfren sy sendiri xpnah tau.

tapi takpa. Sy kena kuat semangat.
Allah menguji dalam pelbagai bentuk ujian.
Tapi risauuu..kalau2 benda ni berlarutan, lama2 sy sendiri akan asingkan diri.
Tanak la macam tu dan harapnya tak berlaku..
Smoga Allah kurniakan kekuatan dalam diri ni supaya semuanya berjalan dengan baik dan kembali harmoni...

Time to take a rest

pheewwwwww!!!
penat sangat minggu ni.
Staff ramai yg cuti n MC.
So kena backup kt depan.
Dalam kekalutan backup kt depan, bila ada customer yg datang nk jumpa sy, kena attend jugak. p maiii..p mai la jawabnya. Kasut dah btukar, pakai ballerina ja. Klu tak, mmg sakit giler r kaki. huhu..

Dalam kesibukan, bila masanya dah nak balik keja, time drive, otak akan ligat berfikir.
Macam2. Kekadang sesuatu yg difikirkan tu boleh buat mata sy bergenang. Macam2 yang berlegar2 dalam otak.

Contohnya pasal memaafkan orang.
Kadang2 bila dah rasa boleh memaafkan, ok la.
Tapi kadang2 bila ada sesuatu yg boleh ingatkan balik tentang sesuatu yg buruk pernah berlaku, sangat marah, sangat touching. Huhuhu..

Tp bukan tu je laa..
kekadang pikir pasal diri sendiri..
kt opis, masa lunch, slalu sembang dengan sorang staff ni.
I know kadang2 org yg kt bawah suka mengata orang2 yg duk kt atas.
i mean ground floor n 1st floor lah.
Tp bila didekati semua orang ni, kita sendiri boleh nilai.
Biasa lah bekerja.
Tambah pulak kalau baru lagi. So kena kuatkan semangat lah.

Balik loqstaq ni, kengkawan plak nk jumpa.
esok dah raptai konvo.
isnin ada 2 org nk jmpa. penin2. huhu..
Rabu ni balik Bangi.
Khamis masuk course.
PAstu weekend nnt ada appointment kt KL n Sg. Buloh.
Then yg kt KL, ada sorg lg nk jumpa tp xtetapkan tarikh lg.
Nak jumpa sebab katanya 'ada projek'.
Sy faham apa dia nk. Memang benda tu kadang2 menguntungkan sy jugak.
Tp sy kena jaga integriti sy jugak.
adehhh... penin2.
So ni balik, nak rehat puas2 jap.
satg ka, lusa ka, nk p cuci rambut kt saloon. owhhh bestnyaaaa..hihihi..
k lah.

sometimes mmg mudah nk biarkan yg lepas itu berlalu.
Tp kalau yg lepas itu terlalu menyakitkan, bila tiba2 bertandang, sangat menyesakkan..

Bersabar dan teruskan perjuangan

Ptang td lpas bank tutup, sibuk siapkan kerja.
Calling2 mmber2 seeking for help.
Besa lah. saling membantu. cewah!
Calling2 sesama sendiri mmg dah kerja ktorg dah.
Tanya itu ini. hohohoho..

So ptang td sambil tanya pasai renew motor insurance, sempat lagi r sesi meluahkan perasaan. hahahahahah!!

besa la budak baru lg kan. macam2 dugaan la..
kekadang mmg rasa down sangat2. Tapi bertahan. Blagak coolllllll depan dorg. Padahal...
fuhhhh!!! Cuma slalu ingatkan kt diri sendiri.
Jangan tunjukkan yg diri kita lemah. Kalau tak orang akan sentiasa pandang kita lemah n nanti dorg pijak kepala.
So, bersabar je lah senjata yang ada disamping usaha2 yg hanya Allah yg Maha Mengetahui..
Yang penting, perjuangan harus diteruskan!!
heee~~~
go go jia you!!

Cantik itu bagaimana?

Apa definisi cantik yang sebenar?
Hurrmm... lain orang lain definisi kan.

Bagi kaum adam, senang je nak kuar pkataan cantik ni..
Tapi klu kaum hawa, susah gile kalau dia nk akui sorg pmpuan tu cantik. btoi ka?
Usually, tu la yang berlaku..
But for me, semua ciptaan Allah tu cantik.

Cantik yang bagaimana? Sama ada rupa paras sahaja, atau sifat dan akhlaknya, atau kedua2nya?

Haaaa..
yang ni la yang kena tengok.
Orang skang, suka mein tengok cantik luaran ja.
Mostly laaa..
Asal cantik sikit, sukaaaaa..
Pastu naik jemu...
Sebab?
Ye la. Rupa memang cantik.
Tapi kalau dah jumpa yang lain2 yg x cantik, yang cantik pun bbley tenggelam. huhu..



Cuba tengok gambaq ni.
For me, sorg muslimah yang mengenakan hijab dan niqab (sama ke lain eh? huhu..), dorg sebenarnya yang paling cantik.
Sebab?
haaaaa...
sebabnya kecantikan dorg tersembunyi disebalik pakaian yang menutup aurat dan raut wajah yg suci mulus.

From previous post sy pnah ckp ada niat nk pakai kan?
huhu..
bila la agaknya my turn nk sampai..huhu..

Kadang2 serba salah gak.
Kalau p keja, touchup, muka nampak sangat pucat dan x bermaya.
Kalau touchup sikit pun, lain plak jadinya.
sikit yg macam mana?
sekadar krim muka, without face powder, pkai eyeliner, sikit blusher, n lip gloss.
very the simple.

tapi dah brapa org dah tegur.
Dorg 'takut' tengok mata saya.
yang ditegur kt mata. bukan kt muka.
means memang dh ok touchup sikit cmtu.
tp sekadar eyeliner pun boleh 'takut'?
dorang takut, sy laaaagi takut.
huhuhuhu..
ye lah. Kalau dh dorg bleh rasa cmtu, xke tu namanya panahan syaitan?
kalau dah dorg rasa camtu, xke boleh wt sy jugak terasa berdosa?
huhuhu..
riso2...
tak boleh elak dari pandang mata orang bila bercakap.
Tu cara sy hormat org time bercakap.


tapi..tu lah. huhu..sabaq2..

aritu ada customer datang branch.
Nak bukak akaun untuk anak2 dia.
3 beranak skali datang.
suma pakai jubah, tudung labuh n niqab.
Fuhhhh...
sedap ja mata memandang.
sejuk ati. cewah!
dalam ati berdoa semoga 1 ari nnt sy jugak dpt jd mcm dorg.
Kuat melawan pemikiran org yang tak paham.
means, ada sesetengah orang takut kalau jumpa org yg mcm tu.
Ntah apa yg ditakutnya xtau.
then, ye lah. Negara kita ni x terbuka sangat dengan niqab ni.
Dulu, kalau pakai niqab ja, yg kuaq dr mulut, 'arqam la tu'. huhu..

Apa2 pun, takisah macam mana pun.
Asalkan apa yg kita buat mengikut hukum syarak.
Punya akhlak yang baik.
yg tu lah yang cantik sebenarnya...

Kadang Kala

Dah lama x usha2 Iluvislam.
so smalam ringan2kan tangan menaip web address tersebut.
Mata meliar mebaca artikel2 kat c2.
Hurm.
Makin menarik.
Dah lama x masuk c2.
Sebelum ni aktif gak.
Aktif berforum kat c2.
Tapi tu dulu lah.
Pastu menyepikan diri atas sebab2 tertentu.
Dah kurang aktiviti.
Banyak blogging utk jadikan teman setia.
Hhhuhuhu..
Bila dah lama xmasuk, sekali masuk dah nampak perubahannya.
Wahhhhh!!!

Baca artikel pun seronok.
Dalam membaca artikel tu, otak pun berfikir sekali.
Macam2 yang difikirkan.
Mostly pasal hubungan antara lelaki dan perempuan...

Pasal apa lagi..
of course la pasal 'bertunang tan[a kita sedar' tu.
Alaaa..sebelum ni kan dah ada dalam ceramah ustaz...ape namenye ye yg dalam FB yg org duk share2 tu. huhu..
Pastu pasal bercinta cara islam.
Owh. Betul2 membuatkan sy berfikir.
Harapnya kali ni sy boleh buat yg terbaik.

Ada yang berpendapat kalau sesuatu hubungan tu kearah perkahwinan, xpe..
hurm. Pikir lagi. Sapa yg xmau satu2 hubungan tu berakhir dengan perkahwinan?
Adakah itu cuma alasan semata?

Pikir jugak pasal bertunang tanpa kita sedari tu.
Kadang2 xdapat nak bendung.
Bila dah tau, kompom punya skang ni dah ramai yg bertunang.
hohohoho..
hurmmm...masyarakat skang sambil lewa ja dengan hukum.
ye..sy jugak akui sy pun jahil lg dalam bab ni.
Tapi bila dh tau, asik terpikir2 lah.
Kata2 xboleh ditarik balik. Mcm mana nak tarik kalau hati memang akui. huhu..=p
So, skang juz ambil pendekatan semoga sy boleh jaga setiap apa yg sy buat agar tak melanggar batas2 syarak.

semoga Allah melindungi diri ni dari melakukan perkara2 yg x baik. Aminnn..~~
Pasni kena sentiasa berhati2.

Terlalu awal ke utk serius?
Hurmm..i don't think so.
Serius itu untuk menyelamatkan diri dr perkara2 yg x baik.
paham ke? jangan salah tafsir plak.
huhu..

ok. tu pasal hubungan lah.
pasla diri sendiri pun ada baca gak.
Hubungan kita dengan ALLAH.
Sebagai manusia biasa, kekadang terlalai.
Ada masanya lidah dan hati mengingati Allah.
Ada kalanya masa membataskan diri dr mengingati Allah.
Hal solat memang dah wajib takleh tinggal.
Hal2 sampingan macam berzikir ni.
Mama selalu pesan. Kalau drive tu, zikir2 la..bukannya rugi apa pun.
Yang drive tu tangan dengan mata.
Lidah tak wat apa, berzikir la.
Huhu..
takpa. Pesanan yg sangat berguna.
Tapi tu lah. Kekadang tu, bukak lagu, karok sekali dlm keta tu. Org tengok pelik ja.
Peduli hapa. hahah!
Lalainya diri ni dengan hiburan duniawi.

ya Allah..limpahkanlah nikmat dan hidayahMU dlm hati dan kehidupanku. Palingkanlah hatiku dr jalan kesesatan serta kemungkaran.
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang tersirat dihatiku. Semoga ini yang terakhir dan Engkau permudahkanlah urusan kami untuk mencapai keredhaan dariMU. aminn~~

Charity Work

Weeeeeee~~
Pagi tadi patutnya pukul 7.30 dah ada kt branch.
Tapi sebab ari ni sabtu, terasa macam xdak event ja ari ni. So bangun pun terlewat.
Pkul 7 baru kuaq umah. Isi minyak ke hapa, trus drift p Sg.buloh. Sep baik jalan clear.
7.40 lebih kurang sampai branch.
Pkul 8.15 ktorang btolak ke Baitul Kasih.

Best je malayan kerenah budak2 tu. huhu..
Tp xsempat pulak nk amek gambaq ngn kekanak tu. Bz bersuka ria bersama2. cewah!
Kalau time teka-teki, siap lah. "Kakak. Kakak duk sini tau. Nanti kakak bagi jawapan kt adik. adik angkat tangan siap2". Huhu..







Nothing much yg ktorg buat.
Lain branch lain aktivitinya.
Semua Maybank seluruh Malaysia kan.
Yang kat menara plak, lain department lain plak.
our activities tadi, juz colouring contest n crossword.
Then ada sponsor for clowns n magic show from 'somebody'.
Habis berconteng2 muka.
Macam2 karakter.
huhu..





pukul 1 camtu baru setel n trus blah.
Sebabnya taktau jalan kuaq.
so, orang yg nak tunjukkan jalan balik, sy pun balik la ikut skali. huhu..

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.
semoga semua penghuni2 kt Baitul Kasih td gembira dengan kehadiran km semua.

Luv all of u. mmuaaxxx!!


12 Barisan Manusia

Orang duk main post n tag kat FB.
sy plak copy n share kt cni. kira ok la tu kan. share gk ni. hihihihi..
selamat membaca!

Barisan pertama:
Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki . keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T :
"Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat".
Firman Allah 'Aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 Ku(yg menunjukkan kekuasaanKu),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka".

Barisan ke-2:
Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah S.W.T.
"mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk."
Rasulullah S.A.W. bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu.


Barisan ke-3:
Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking
"mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan.
Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan ke-4:
Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut
"Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.

Barisan ke-5:
Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar
"Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.


Barisan ke-6:
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.

Barisan ke-7:
Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. Mereka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran.

Barisan ke-8:
Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas. Mereka adalah orang yg melakukan zina.
Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda Rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka".

Barisan ke-9:
Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.

Barisan ke-10:
Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. Mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.

Barisan ke-11:
Diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan.
Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.

Barisan ke-12:
Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat.
Datang suara dari sisi Allah S.W.T. yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan.
Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.
Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T"





Kenapa yang ke dua, lima, dan dua belas saya highlight kan?
Sebabnya, yg tu lah yg paling banyak sekali berlaku, n yg 12 tu, yg tu lah yg paling kita semua umat Islam nak kan?

yg ke 2 tu, sy ingatkn kt diri sendiri jugak. Kadang2 bila terlalu sibuk bekerja smpai terlupa waktu solat dh nak habis. Terlalu asyik melayan customer, mostly bila hari yang kekurangan staff n hari yg memang dijangka ramai orang. X menang tangan. Nasib baik jugak sebelum kuaq opis solat asar dulu. Kalau x, memang x sempat sebab sangkut dalam jam x boleh nk jangka brapa jam. Paling lama 2 jam bleh sangkut kt KL nun.

yg ke5 punya, sy highlight sebab manusia zaman skarang memang dah banyak yg jenisnya baik depan2, belakang2 kuar tanduk. Huhuhuhu...
Bahaya sebenaqnya orang yg macam ni. Maybe kecelaruan identiti kot. huhuhu..
Maybe jugak tak kuat nak melawan bisikan syaitan.
Fuhhh..manusia zaman skang, susah nk lawan bisikan syaitan.
Godaan di akhir zaman ni memang sangat kuat.
Sebab tu la pentingnya utk kita jaga iman masing2 dengan apa cara sekalipun.
Sebab syaitan akan cuba menyesatkan anak adam dengan apa cara sekalipun.
so bila tengok balik azabnya, sangat takut,kan?


Thanx untuk yang berkongsi.
At least boleh muhasabah diri balik. Ingatkan diri balik.
Cik Aqilah. Jaga diri baik2,ok. Pelihara diri, akhlak, serta imanmu sebaiknya.
Semoga ALLAH palingkan hati saya dari jalan2 yg menyesatkan dan mungkar.

Raya??

Salam Aidil Adha untuk semua =)

Untuk kawan2, xsempat nak sms kt semua orang
At least ada gak wish kat dalam FB. hohohoho

Dis year, beraya kat Bangi ja. Cuti pun 1 ari ja. Esok kena keja balik.
Ramai pulak yang cuti sampai jumaat. So, esok dengan Jumaat kompom x cukup tangan.

tapi takpa..
bz kt opis kekadang buat kan sy rasa masa cepat berlalu.
Kalau xdak org, melangu ja dlm opis x best gak. hihihihi..

Weekend ni ada charity kt sungai Buloh.
Suma branch involve n serentak seluruh Malaysia.
Means minggu ni cuti ari ahad je lah.

Then next weekend dah start bley relax sket sebab ada course lagi kt Maybank Academy. Yipppeeee!!!
Kat situ je la tempat ktorg bley relax2 pun. huhuhu..

okies. apa2 pun, selamat hari raya sekali lagi la ye.
untuk my family yg kt loqstaq, ari ni pakat berkumpul kt umah cik kt Perak. sdey xdapat join.
Satgi beraya dengan angah n kak aida.
to my babe, jangan sedey xdapat balik BP. Kita senaseb =p
lagiiii..owh kat Asyraf yg slalu datang umah tiap kali raya, taun ni sy xdak kt umah. No roti jala =p
then kat Makcik Nora n family. selamat hari rayaaaaa...!!!!

Yang Dicari, Yang Kucari, dan Yang Kumiliki

Yang dicari..
Adalah kebahagiaan yang sejati.

Yang kucari..
adalah hati yang suci..

Yang Kumiliki.....
adalah segala2nya yang indah dariMU ya RABBI..

Alhamdulillah..
Lidah kelu untuk berbicara.
Namun hati, penuh dengan sejuta rasa.

Gembira
Duka
Sengsara
dan
Bahagia..

Kalau tak ada semua tu, takkan ada warna warninya kehidupan ni kan?
Kadang2 terasa lemah..
Tapi bangun semula dari kelemahan tu.
Senyum pada diri sendiri.
Hadiahkan senyuman untuk ringankan beban yg membebani.

Apa yg dicari dahulu?
Hanyalah hiburan semata

Apa yg kucari?
Adalah yg dapat mebahagiakan diri didunia serta di hari kemudiannya.

dan apa yang kumiliki..
Semua yg kumiliki adalah kurniaan Illahi..
Yang ada kelebihan disebalik setiap kewujudan.
Yang ada hikmah disebalik ketentuan.
Apa yg diharapkan..
semoga pelangi yang indah berkekalan..
sinar suria sentiasa berpanjangan..
Amiinnn~~



[mama dah mula tanya pasal tetttttt!!!! adesss...xtau nak jawab cena. Sabaq ye ma..huhu..ada jodoh, ada..jgn risau..=p jz pray 4 d best!]

~Ketakutan~

Manusia, bila rasa tak cukup lagi bekalan, mesti takut mati.
huhuhuhuhu...

Mati itu indah..
kekadang ajaq gak diri sniri.
Bkerja bagaikan seribu tahun hidup didunia.
Beribadah bagaikan esok hari kita dah tiada.
Membayangkan indahnya syurga, damai ja ati.
Tapi bila bayangkan dosa, bahang api neraka terasa sendiri.
Owh sakitnya.
Owh takutnya.

Lately rasa tak sedap ati ja.
Ye la. Satg nk balik loqstaq nek bas.
Terbayang lagi gambaq2 mangsa2 kemalangan 10.10.10 yg lepas.
Pastu masa course smalam, trainer tunjuk video tu.
India tu berdiri atas tren, pastu ada kabel letrik.
Entah macam mana dia x sngaja angkat tangan dia, terkena kabel tu.
Tak sempat menguik, x smpat menjerit, nafas dah terhenti.
Orang tu rebah atas gerabak, dan badan dia terus terbakar dengan api marak.
Ngeeeriiiiiii....
huhuhuhu..

bila tengok, terfikir sendiri.
Ajal maut bila2 masa boleh berlaku,
Ari2 jumpa customer, asik cakap pasal kemalangan n uncertainties yg blh blaku bila2 pun.
Tapi bila pikir diri sendiri, huhuhuhu..
Masih belum cukup jasa yg dibalas kat mama n papa.
belum puas bagi gaji kat depa.
belum puas hepikan depa.

dan terpikir jugak.
Belum cukup lagi amal ibadah.
Tak pernah terlepas dari dosa.
Taubat?
Ye..memang menyesal dengan apa yg salah yg kita wat.
Tapi yg x disedari, macam mana?
Kekadang alpa dan leka.
Lupa memohon ampun.
sedangkan 'alarm' sentiasa berbunyi 5 kali sehari.
Solat dan doa.
tu saja?
Belum cukupppp...

huhuhu..
tadi chow awal dari opis.
pukul 5 sharp dah kuaq.
orang opis tanya knp balik awal.
sy cakap nak ligan bas balik kedah. hohohoho..
pastu soklan seterusnya, 'kenapa? nak sarung cincin ka?'
hahahahhahaha...

yg tu belum tentu bila.
hohohoho..
tunggu orang tu get ready dulu lah. ye tak incik awak? =p
okies. got to go. chow!

Bila Tiba Masanya..

Hurm.

Q : Aqilah. Awak dah ada bf blom?
A : Blom. Kenapa?

Q : Umur brapa?
A : 22. Muda lagi..hihihi..

Statement A : 22? Blom ada bf lg? Eiii..patutnya dah ada tau. Esok2 umur dah 25,26 baru
nak cari, ko ingat senang? Ko patut dah ada dah skang ni.

Statement B : Sy malas r nak couple2 ni..bukan malas. Memang xnak. Lelaki2 zaman skang
majoritinya x bleh pcaya. N majoriti, kalau couple, bukan nak serious.
Sekadar suka2, nak pegang2 tangan la apa la. Nak buat cmtu tunggu kawin
r..tasuka la org amek kesempatan ni.

Statement A : Kalau cm2, lebih baik ko suruh parents ko yg cari. Senang.

Statement B : Boleh je. Tapi sy dah ada calon sendiri lah..huhuhu..jangan risau..



ok. stop kat c2.
Tu adalah perbualan yg selalu berlaku kat opis.
huhuhu..
Mentang2 r yg len suma dah kawen, tinggal 4 org yg belum, termasuk sorg bakal berkahwin, huhuhu..jadi mangsa soklan cm2 laaa..

Well..
memang. pendirian sy, sy taknak ada istilah couple pun dalam hidup saya.
Pengalaman dulu banyak memberi pengajaran pada sy.
Untuk apa mulakan satu hubungan dengan sesuatu yg terlarang?
Andaikata bahagia di dunia, yakinkah bahagai tu akan kekal di akhirat nanti?
itu pendapat saya lah.

Ada yang bertanya, kalau dah ada calon, bila lagi nak langsung?
sy cakap, mungkin belum masanya. Lagipun masing2 baru nak bina kerjaya.
Taknak bebankan si dia bila dah berumah tangga.
Dan apa yang dicakap adalah 'Dik. Orang zaman skang nak kawin asik pikir duiiittt je. Padahal duit tu tak penting sangat pun. Memang la penting gak untuk sara hidup. Tapi yg lebih utama adalah iman dalam hati. agama tu yg penting. Kalau iman kukuh, insya Allah bahagia..buat apa hidup kaya raya tapi hati tak tenang? Biar beserdehana ja. Cukup untuk tampung keluarga. Duit2 tu suma, kenuri besar2an, hantaran tinggi2, tu semua dunia ja. Itu suma adat. Bukan ikut tuntutan agama dah tu.'
Pikir balik, betul gak. Islam itu mudah. tapi penganutnya yg menyukarkan.

Dan disebabkan pendirian tu, agak sukar pintu hati ni nak dibuka semula.
Sebolehnya sy akan buat setiap yg bertanya, yang mencuba, faham tentang pendirian sy.
Bukan taknak bercinta..bina perhubungan..
boleh..tapi biarlah atas landasan yg betul.
Sebagai manusia biasa, sy sangat risau kalau dah declare, ye lah.
Hati manusia. Bila dah rasa 'memiliki' walaupun hakikatnya belum lagi, nafsu takkan dapat ditundukkan dengan mudah. Tangan nak ja berpegangan. Lidah nak ja ucapkan kasih.
Betul tak? Kalau yang dapat kawal, alhamdulillah..
sebab tu sy slalu cakap, sy xnak couple, tp nak kawin trus. hahahahahah!!
menyelamatkan diri..klu bukan didunia, di akhirat nanti..sekurang2nya sy dah usaha..kan?

Tapi, hati manusia, tak siapa boleh kawal melainkan Allah yg Maha Kuasa.
Sifat semulajadi manusia yg penuh kasih sayang telah Allah tiupkan dalam diri setiap manusia sejak azali lagi.

Sebab tu, sy jugak tak dapat tolak kalau pintu hati sy diketuk seseorang.
Cewaaaahhhh!!!!!! Ayat x bley blah! hihihihi..

Babe. I hope u'll read this,ok.
Jz to make u clear.
yang penting kita tahu, sy ada awak, awak ada sy.
n doakan yg terbaik, semoga apa yg kita inginkan tercapai..
insya Allah..

Bila tiba masanya, kita akan tahu, apa langkah seterunya yg perlu di ambil.
yg penting, selalu berdoa, mintak petunjuk pada Allah, dan ikutlah kata hati..

Bila tiba masanya...=)

Banjir Banjir Banjir

Taun ni kawasan2 yg famous selalu banjir sekali lagi dilanda banjir.
huhu..apa punya ayat daaa..

Tp betoi la.
Kt loqstaq pun dah teruk dah. Sampai 1 bandar alor star tenggelam.

Ari2 sy tepon mama, tanya umah ok ke tak.
sebab sebelum ni kalau banjir teruk pun, kawasan umah sy still ok lagi.
Cuma air naik kt depan umah ja.
Tak penah g sampai masuk dalam umah.
Pagi tadi kak cik call, cakap rumah2 kat area blakang dah naik air.
So, kalau still xsurut, maybe akan sampai ke depan pulak, dat is kawasan umah sy la.

kalau air masuk umah, kira 1st tima la ni..
huhu..

yang si Afif plak, ari ni dia dah amek keta baru Civic dia kt KL. Petang ni gak nak balik. Sanggup plak si meyon tu redah banjir kat umah. Kang xpasai2 ja. Baru ja amek keta, dah rosak plak kang.

Sy plak, next week baru nak balik untuk exam.
Lepas opis hour terus balik. Sampai umah, bajet2 ari jumaat sampai pukul 8 la.
Pukul 10 dah nek bas. Fuhhh penat!
Then, sabtu exam, ahad malam nek flight balik cni.
Mintak2 la surut cepat banjir tu.
Airport tu dah la rendah kawasan dia.
Kang xpasai2 flight cancel, x pasai2 nk kna amek cuti. huhuhu..

Apa2pun, semoga Allah permudahkan segalanya..dan memberi ketabahan pada insan2 yg sedang diuji. aminnn~~

Akhirnya!!!!!!

Wahhhhh!!
akhirnya dapat menembusi semula. huhuhu..

Banyak nak cita. Cewahhh!!
Minggu ni kt branch agak stresssssss...
agak je la..
tapi bley control g..
ok. cita pasal keja, blakang cita.
sebabnya, hal keja tokleh campoq ngn hal peribadi. cewah!!
profesional katekan...hahahah!! perasan!

Hurm. Tapi berkaitan dengan pengalaman kerja sy gak laaa..
Amek kt Univ bidang lain. Tapi bila keja, bidang lain.
Tapi lai sikit je laaa.. xbanyak pon..hhuhuhu..
Tapi memang betul apa org cakap.
apa yang kita blajaq kt univ, x semestinya bidang tu jugak yg akan kita masuk bila keja nanti.
N apa yg kita belajaq kt univ, x semuanya sama dengan konsep yg digunapakai dalam kerja kita.

itu baru sikit la.

Yang lain, pasal human relations lah.
Walaupun kawan2 senang ngan kita, x semestinya org len pun akan senang ngn kita.
Walaupun secara amnya kita pangkat 'officer', tapi ada yg pangkat lebih rendah lebih memandang rendah kt kita. Gena tu? haaaa..
Yang ni memang realiti.
Standard r baru 1st job..
pendedahan xbanyak lagi..
banyak yg kena blajaq.
Macam ktorg, apa yg blajaq masa course, x semua bley apply masa kt branch.
pasal yg memandang rendah tu, hurmm..
kekadang, besa la..
budak baru kan.
kita nk biasakan diri ngn keadaan sekeliling, ringan je tulang tolong org.
tapi kekadang, kita sendiri yg dia tikam.
Gila kejammmm...

Orang len cakap, standard r..
huh. standard ke hapa cenggitu.
huhu..
Berbeza masa sy blajaq, praktikal, n kerja.
masa praktikal memang tmpat kita utk biasakn dengan suasana pekerjaan.
Tapi, bila masuk btl2 alam pekerjaan, haaaaa..baru tau.
Betul tak?

tapi, xsemua la suka wt jahat cmtu kan..
ada gak yg baik yg slalu bg bimbingan. Tapi org yg membimbing tu asik kena kata blakang oleh org laen. kesian dia. at least dia ada gk wt benda baik dr asik mengata org macam korang. huhuhu..xbek wooo..
ada yg bagi bimbingan, pastu tinggal separuh jalan.
cakap 'kejap lagi kita buat eh'. padahal xdenye kejap lagi tu..jangan harap..

ada pulak yg asik suuuuuukaaaa nak letak kesalahan kt org.
Padahal benda tu sy x tahu menahu pun..org len yg buat kot..
alih2, tadah je la telinga...
nak kuarkan nama org len, x baik plak.
behtu dah org len kuarkan nama sy dulu???
hurmmm tapa2..
awal lagi...
banyak g yg sy kna blajaq...
tunggu sy dah mahir nanti yeeee...

1 more thing, sy kurang menggemari orang yg suka 'bagi motivasi', tapi lepas kita buat strategi sendiri, dh ambil tindakan, ada plak komplennya. Yg bertentang dengan apa yg dia bg motivasi tu dulu kot.
Pehaaaalll..dulu cakap lain. skang cakap lain. Cakap putaq belit ni yang aku pantang ni..huhuhu..
Serius r...sangat2 pantang dengan org yg suka cakap putaq belit, pastu nak org respect. Makaseh banyak2 r.. memang sy x bley nak respect org cenggitu.

then, apa yg sy tau, biaq apa pun yg org buat, yg org cakap, stay as u are, jz ignore them, buat apa yg patut, n buat2 x tauuuuu ja. Show them ur progress, prfomance.

Qilah hebat kan? kalau dulu ada manusia cakap qilah ni lemah, skang qilah dh buktikan statement tu salah. Even now i'm happy with my life.

Kalau skang ada lagi yg pandang rendah, x mustahil Qilah bley buktikan yg dorg salah dan akan jilat ludah sendiri.

Ni bukan dendam. Tapi dengan buat ceni la slalu bagi smangat untuk lebih maju dr org2 camtu.

hari2 saya masih panjang untuk ditempuhi. banyak lagi pngalaman nanti. Xsmpai stengah tahun, dah banyak pengalaman. huhuhuhu..
hidup...takkan indah tanpa suka dan duka...

Back to Home Back to Top Cahaya Pelindung. Converted Blogger Templates by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.