perlukan sedikit ruang sahaja. boleh?

Hurmmm..
sy pulang dengan hajat nak dapatkan ketenangan.
Tapi kadang2 keinginan tu terpaksa dikorbankan.
Balik ja mesti ada yang buat sesi melepaskan perasaan dan melepaskan geram kt budak ni.
huhuhu..
tolong...sy nak sedikiittttt saja ruang untuk sy tenangkan fikiran.
boleh?

Bukan bermaksud balik jumpa family, x tenang.
Sy sangat2 hargai masa yg sy ada ni.
Cuma sy harapkan masa ini berkualiti..

Sy faham setiap orang perlu ada seseorang yg mendengar apa yg terbuku di hati supaya tak datangkan tekanan yg melampau.
Tapi...
hukhukhuk...
Kat sapa sy nk berbicara lagi..
HAnya Allah yang Maha Mengetahui...

Dulu ada jugak sorg kawan slalu cita pasai family dia.
Sy sekadar mendengar n bagi semangat kt dia. Itu saja yg termampu. Ada dengan kawan bila kawan sedang memerlukan.
Bila tiba masa sy pulak, sy dh tak ada kawan tu lagi. Putus kawan? Mungkin bagi dia lah. Sy tak pnah wujudkan istilah tu dalam setiap hubungan sy dengan kawan2.
Tapi antara ramai2 kawan, dia ja yg pnah tau pasal apa yg kadang2 merunsingkan sy.
Sampaikan besfren sy sendiri xpnah tau.

tapi takpa. Sy kena kuat semangat.
Allah menguji dalam pelbagai bentuk ujian.
Tapi risauuu..kalau2 benda ni berlarutan, lama2 sy sendiri akan asingkan diri.
Tanak la macam tu dan harapnya tak berlaku..
Smoga Allah kurniakan kekuatan dalam diri ni supaya semuanya berjalan dengan baik dan kembali harmoni...

0 comments:

Leave a Comment

Back to Home Back to Top Cahaya Pelindung. Converted Blogger Templates by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.