buat aku keliru..
Biarpun aku tidaklah sebaik2 manusia, tapi aku tahu apa yg aku pelajari. Dan aku tahu, untuk tak m'amalkan apa yg dipelajari lebih berat hukumnya.
Dalam kepesatan industri perbankan, tumbuhnya juga industri perbankan islam dengan pesat. Saban tahun, ada sahaja bank2 yg mula beroperasi dgn nama 'islamic'. Dan dsbabkan itu juga, makin bkembang juga alternatif utk bekerja dalam lingkungan islami.
Alternatif ada. Tapi mengapa masih konvensional?
Itu lah yg sy cuba selesaikan. Bilamana ketaksedapan hati disuarakan pada bos, jawapan yg sy dapat sangat mengecewakan.. Sy xkisah kalau dipecat..tapi logikkah kalau sy dipecat disebabkan sy cuba mencari jalan yg lebih 'bersih'? Bukankah alternatif itu ada? Bukankah alternatif itu tidak membuatkan sy menarik diri ke tempat lain? Jadi mengapa perlu digertak dgn pemecatan, dan mengapa perlu menggunakan alasan kenal 'Tuhan'? Adakah cukup dengan mengenal Allah dengan memilih jalan yg dah diketahui 'tak bersih' sedangkan ada yg 'bersih'?
Saya ingin bekerja dgn hati yang tenang..
Kadangkala sy rasakan lebih mudah sy memberi khidmat nasihat pada pelanggan m'gunakan produk islamik berbanding konven. Dan kadangkala sy tertanya2, mungkinkah sy xdapat disebabkn Allah x redha? Atau kalau dapat, adakah ada keberkatannya?
Dalam pelbagai ujian, sy mencari keredhaan..
Dan dalam mencari keredhaan, pasti ada yg cuba menghalang.
Mudah2an Allah beri petunjuk mana yg terbaik utk diri ni. A22
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Leave a Comment