Terasa R.I.N.D.U....

Tetiba terasa rindu kt Makcik Nora n Fuzail.
Walaupun saya sendiri tau dorang mungkin dah x ingat sy pun, tp sy sentiasa ingat kt dorg.

Paling buat sy teringat bila dengar satu iklan dalam radio ikim.fm.
Iklan yang pasal ubat gigi tu yang dia cakap loghat Perak. huhuhuhu...
Terus teringat makcik Nora =p
Ye lah. Mana ada sapa pun kt Perak melainkan Kakcik. Tu pun kakcik kt Kuala Kurau. Loghat dia ke arah utara sket.

Rindu jugak kt umah kt Alor Star. Tahun ni xdapat rasa berpuasa kt sana pn. Xpe lah. Pengalaman hidup. Kalau xdapat raya bsama mmg dah nangis dah. Ahaks!

Lagi, rindu kt incik awak sy. huhuhuhu...wlupun selalu ja jumpa, berbuka bersama, tapiiii...haihhh..camni la agaknya org berchenta kan. huhuhuhu..

Tapi alhamdulillah..
Langkah demi langkah dah ambil.
Sesi buka mulut kat family. hohohoho...
Perancangan dah dibuat. Tinggal utk laksanakan dan selebihnya berserah pada Allah.
Alhamdulillah, ari Sabtu lepas dah bawak dia berbuka skali dengan Along n Abg Syed.
Ktorg berbuka kat Bagan Lalang. Sebelum berbuka sempat lagi jalan2 tepi pantai, lepak2 atas tembok batu. Konon2 tunggu sunset lah. Padahal time sunset semua makan x ingat dunia. hohohohoho...
Suke la Along n Abg syed sbab incik awak blanja. huhuhuhu...Pasni turn ampa dua plak blanja kami dua naaaa..hohohoho..

Finally, kadang2 terasa tak betul. Tapi kekadang rindu utk diuji oleh Allah..
Sebab bila xdak ujian, diri makin alpa. tu yg sy risaukan. Biar diuji hari2 asalkan hati ni xlalai dari mengingatiMU dan sekurang2nya aku tahu Engkau juga tak menjauhiku..Sangatlah bahaya bila hati makin tertutup untuk terima hidayah. Na'uzubillah..

Semoga Allah permudahkn segalanya. Aminnn...

1 comments:

Leave a Comment

Back to Home Back to Top Cahaya Pelindung. Converted Blogger Templates by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.