hurm. Cantik tarikhnya utk tahun ni. Tapi tak ada apa yg menariknya melainkan setinggi2 rasa bersyukur sebab masih diberi kesempatan utk merasai nikmat kehidupan didunia ciptaan Allah yg Maha Kuasa serta masih punya kekuatan utk beramal dan meneruskan hdup sbagai hambaNYA.
Yg tersirat disebalik ucapan 'semoga panjang umur' adalah satu peringatan bahawa usia semakin berkurang dan bersedialah untuk menemuiNYA pada bila2 masa saja.
Sy bersyukur, sepanjang 23 tahun sy hidup, sy punya keluarga yg sempurna. Biarpun banyak ujian dan dugaan, namun semuanya dilalui dgn tabah.
Dua tahun, tiada perancangan istimewa utk ulangtahun sy spti sblumnya dan sy hanya habiskan masa dgn mengimbau kenangan yg akhirnya akan mengundang air jernih di kelopak mata.
Tapi itu dulu..
Tahun ni, apa yg berulang dua tahun sbelum ni, takkan berulang lagi. Masa yg ada bukanlah panjang. Mungkin esok, mungkin lusa, sy tetap akan pergi. Kalau org lain tak pernah belajar untuk menghargai orang yg sentiasa menyayangi dan selalu disisi, sy tak nak lakukan perkara yg sama. Sebab bukan mudah untuk memperoleh hati yg ikhlas menyayangi dan bukan mudah memiliki insan yg sentiasa disisi. Dan manusia selalu menyesal bila orang yg xdihargai dah tiada lagi.
Usia makin meningkat. Tempoh utk hidup makin singkat. Sy akan tetap kuat dan usaha untuk harungi semua dugaan yg mendatang. Semoga Allah limpahkan cahaya hidayahnya dlm diriku dan membimbing aku ke jalan kejayaan di dunia dan akhirat. Amin~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Leave a Comment