Bila bahagia, ada ujian lain yg datang =)

Sungguh namanya manusia.
Bila menderita, mengeluh dengan ujian dan dugaan yg melanda.
Bila bahagia, masih tak berpuas hati dengan ujian sebaliknya.
Astaghfirullah al 'azim..

Tapi, bukan lah mengeluh.
Cumanya, bila hati dah dimiliki semula, terus banyak ujian datang melanda.

Masa 'free' dulu, xdak pulak yang nak kenal2an.
ye lah..sy ni kecik ja orangnya.
Sekali pandang macam budak skolah pun ada. huhuhu..

Tapi bila kat opis, lain pulak pandangan orang.
Most of my customers ingat sy dah kawen.
Yang lawaknya, sorang customer sy yg dah ada anak 2 dah pun panggil sy kakak.
wawawawawa!! malunyer! huhuhu..

tapi, lain pulak jadinya klu sy ckp kt customer sy x kawen lg..
namecard yg dibagi untuk tujuan urusan pejabat telah disalahgunakan.
tak dilayan langsung, aduhhh...customer tu..
tapi kalau dialyan, lebih2 jadinya.
smpaikan sanggup tunggu klu sy break off, dia nak masuk minang cepat2. gilos!

Hurmmm..cmna eh?
hati incik awak kena jaga jugak.
wlupun dia diam, sy tau dlm ati mesti marah jugak.
huhu..

Xpa lah. Kalau melarat sangat, nnt pandai2 la sy setel.
Walaupun terpaksa mengguris ati, tp sy kena ckp yg benar.
daripada melarat n dorg anggap sy bg harapan, lbh baik sy stop kan ja.
klu dorg btul2 ikhlas nak KAWAN ja, dorg xkan mengungkit hal lain lagi nnt.

Apa2 pun, m very happy with my life now.
Semoga Allah permudahkan segalanya..
Aminnn~~

malam2 ni, terasa nak mengunyah somethg la plakkk..
buah belimbing dah habis. nanti kena beli lg untuk snek dimasa lapang. hehehe..
orait! gudnite!

mengapa begitu?

hurmm..
Sebenaqnya lately sy jarang baca newspaper.
So, kurang ikuti pkembangan semasa. Wlupn sbenaqnya sy sangat2 perlu amek tau suma 2. Huhuhu..

Yg sy tau cuma, rentetan daripada pergolakan di Mesir, lebih banyak negara timur tengah yg hadapi situasi yg sama.. Dan yg paling teruk adalah Libya. Dah brapa ramai yg mati disebabkan protes 2.
Xberbaloi mati dgn sia2. Sia2? Mungkin bg sy, tp bukan utk dorg.

Dan dari pandangan sy sendiri, Amerika akan bergelak ketawa bila melihatkan negara2 Islam mula bergoncang. Dari situ, mudah saja mereka akan masuk dan menguasai negara2 ini, dengan vaksin 'pendamai'. Ah. Percaya sangat lah dengan vaksin yg ditawarkan. Padahal itu adalah racun pemusnah!

Cuma apa yg saya fikirkan, alangkah baiknya jika ramai2 manusia yg berhimpun itu, berpegangan tangan, menentang musuh Islam yg menindas saudara/i seISLAM kita di Palestin contohnya. Walaupn x bersenjata, tetapi sbenarnya iman dan perpaduan itulah senjata yg lebih hebat dari senjata ciptaan manusia.

Semoga Allah melindungi Muslim dan Muslimah di Palestin dan serata dunia. Semoga Allah pelihara iman kita semua. Dan yakin, Islam pasti MENANG!

Which One??

Hohohoho..
Slalu tajuk in English, tapi ceritanya Bahasa. =p
OK.
Kisah 'which one'.

Dalam tengah bekerja, masih ada panggilan interview dari company laen.
Tapi, dari company yg mintak resume sy dulu, belum lagi. Yang lain yang datang dulu.
Hohohoho..
Takpe lah.
Semuanya adalah pilihan.
Masih akan hadirkan diri ke interview tu. Tapi keputusannya belum tahu lagi.
Minggu ni ada 1 interview kat jalan Ampang.
Awal bulan depan balik Kedah untuk assessment.

Tak bersyukurkah dengan kerja sekarang?
bukan macam tu..
cumanya iya lah. Sebelum ni dah pernah suarakan tentang ketaksedapan ati deal dengan conventional product kan..
Sooo..tu lah.
Tak pe..masih ada pilihan. Semoga Allah pimpin sy ke jalan yg benar dan pilihan yang tepat. Aminnn~~

Another 'which one'.
Kalau sebelum ni selalu terfikirkan manusia yg sorang tu, keliru antara yang sedang menanti dan yg tiada lagi disisi. Tak dapat gambaran yang pasti apa hikmah disebalik yg berlaku. Lantaran itu, terus menanti dengan jawapan yg tak pasti.

Akhirnya, semuanya terjawab dengan hanya sesaat. hihihihi..
dan sy pilih dia..
doa sy dah terjawab. persoalan selama ni dah ada jawapan.
JAdi, tak perlu sy risau dan takut untuk buat keputusan lagi.
Semoga apa yang dirancangkan berjalan dengan lancar dan dapat harungi semua dugaan..

Another 'which one'.
Secara tak langsung tetiba jadi matchmaker la plak utk kawan2. hahahaha!!
Hadoi laaa..
Bila dah kerja, ada ja org yg nk 'kenal2' or 'kawan2'.
Haiiissshh.. tp dorg ni bukan nk kawan besa2. tu yg agak kureng tu.
Dorg jenis nak tembak terus ke sasaran. paham ka?
huhu..
Bila ditegur, trus hilang. Tak pe. Tak kesah. Sebab tu mnunjukkan tiada keikhlasan dalam permulaan persahabatan =)

Dah berapa ramai suh sy carikan. hampes korang. mentang2 sy dah keja, korang amek kesempatan utk korang cari jodoh ye. ahaks!!!

tapi xpe..klu ada yg ok, bleh la kenalkan. klu x ok, wtpa nk kenalkan =p
habis suma benda nk dipikirkan. poning den. huhuhuhu..
apa2pun, kebahagiaan diri sendiri yg paling utama..
tolong org tolong jugak. tapi jgn smpai diri sendiri terabai..
kan.kan.kan.

So next week akan keluar bersama incik awak, ika, n incik N. owh. nama perlu dirahsiakan atas sebab2 PnC =p
Beshnye dapat kuar reramai!!! weeee~~~
Xdecide lagi nak p mana. Maybe Mid Valley, or TS. KLCC mcm boring. hohoho..
Mustila kena cari tmpat yg ada bowling n best bsoping. hohohoho!!
Worait!
Daaaaaaaa!!

Hujan di bumi, hujan di hati

Baru baca email tadi.
mula2 tak rasa apa2. Bila baca lagi, mata dah berkaca.
huhu..
menangis bukan bererti lemah. Tapi menangis mengenangkan, betapa...aish..

tapi tak pe lah. Dibiarkan dalam trash folder. without any reply. there's nothing to say or explain. the blames are all on my shoulder. it'll getting worse if i answer it, iknow.

Petang tadi gerak ke Sg.Merab. Tengah2 drive, tetiba hujan turun dengan lebatnya.
Bagai memahami apa yg sedang berlaku dalam hati.

hujan..same goes to my heart.
hujan nikmat..same goes to my situation. ada hikmahnya..
hujan yg hilangkan panas..same goes to mine..
it makes me stick to my decision.

Kalau sblum ni risau kalau2 tersalah langkah dan lukakan hati orang lain, tapi kali ni dah terjawab. Mungkin ni lah jawapan pada doa yg sy panjatkan.
Ada hikmah dan jawapan di sebalik apa yg sy terima.

will wait untill june, then incik awak, be prepared okies! =p
Cik Aqilah. Senyum2 selalu. Go for ur dreams. =)

satu hari suntuk! Suka!!

Benda apakah??
hehehe~~
ari ni satu ari suntuk ada meeting kat Saujana Hotel, Subang.
Sesekali kuaq opis, sangat2 best. Relax la sket. sket je la.. sok masuk opis, bersedia laaaaaa....huhuhu..



Tapi tadi region meeting, dapat r jumpa sat member2 RO89.
bersama semula. cewah!!
Lepas rindu..
bukan slalu dapat jumpa..
jumpa time meeting ja lahhh..
=p

Owh. Tadi bertambah lagi sorang pemuji baju ijau itu. hahah!
striking sangat ke kaler?
Apa2pun, tma kasih atas pujian. Tapi baju tu bukan sy yg beli.
Thanx to Makcik Nora. Pilihan makcik memang best!! Ngam2 sui. heh!

Okies!!
nak sambung wat keja.
Nak pikir apa nak bagi briefing sok pagi.
nak tambah kuiz or wat senaman???
pikir3x...
hoho..
daaa!!

NEVER say Never

Ari ni pepagi lagi dah ada officer meeting dengan bos.
N pepagi jugak la bos telah melepaskan perasaannya. huhuhu..
Ktorang stress, bos pun stress. Bos stress, ktorg pun stress. heh.

Tapi lunch hour tadi, dapat inspirasi baru dari sorang staff.
She's a teller. Tapi saya sangat suka tengok dia bekerja.
Tak pernah merungut tentang kerja.
Sentiasa senyum. Sentiasa berdiri.
Walaupun ramai customer sampai ke pintu, dia tetap senyum.
Kalau orang lain, dah bermasam muka. Tekanan tu dapat dirasa.

Lunch tadi sempat borak2 dengan dia.
Banyak yg saya dapat pelajari dari dia.

Paling best, sy nak buat macam yg dia buat jugak.
Dia cakap, tiap kali birthday anak2, dia x pernah buat party.
Sebaliknya, dia cuma buat makan2 sikit2 kat rumah2 kebajikan.
ok jugak tu. memang betul apa yg akak tu cakap.
Kalau buat jamuan kt umah, jemput kawan2 yg kita kenal, jiran2, kengkadang ada jugak suara2 sumbang. contohnya yg x puas ati dgn makanan lah, komen itu la, ini la.
Cuba kalau buat kt umah2 kebajikan. Orang2 kt situ akan lebih bersyukur dengan apa yg kita bagi dan buat.

so lepas ni boleh buat cara ni plak. lain orang, lain cara. jumpa mcam2 orang, macam2 cara.

Lain orang, lain pendapat. Macam2 org, macam2 pendapat.
hohohoho..

yg ni plak pasal menda len.
orang ni suh wat ceni. orang tu suh wat camtu.
Dua2 berpangkat tinggi.
Tapi mana satu nak ikut?
last2 ikut cara sendiri =p
ye lah. kang ikut cara org tu, org ni xbkenan.
ikut orang ni, org tu x bkenan.
so, biar sy yg tentukan =p

nak give up??
slalu je cakap..
tapi x pnah give up pon.
it's amazing how the situation sometimes when we don't expect it to happen, it happens juz like that.'tinggg!!!'
contoh mcm sy.
konon makin ari dah mula terasa penat.
ya lah. ari2 balik malam. jauh plak berulang. Perempuan pulak.
tapi, smpai skang x bganjak jugak.
hohohoho...
maksudnya, dalam mula terasa lemah, sebenaqnya masih ada kekuatan untuk tetap bertahan.
heh.

So, never say never lah bak kata justin 'bibir' =p

adiossaaaa!!

Cahaya Pelindung hampir jadi kenyataan

hurmm.. Dulu masa sem 3, pnah amek course drama utk ko-ku.
Kena wt skrip. Tajuk skrip sy Cahaya Pelindung. Cikgu ckp, buat skrip ikut pngalaman, lebih mudah. So sy pn wt la. Tp ditokok tambah sbgai penambah perasa =p

sapa yg tau kisah hdup sy, dia msti faham skrip 2.

Ending cita tu adalah happy ending. N it almost bcome a reality. Jangka masa utk ending yg serupa mgkin lari sikit. Cewah!
Cuma sy harap, wlupn sy hampir dpt ending cm2, sy xnk putus sahabat..xnak ada yg terluka sama mcm dlm skrip 2. Utk sapa yg ada lg softcopy, baca balik eh.. Jz once again. Mna tau nnt blh share kegembiraan ending yg serupa dlm 2. Hehe..

Rilex laa.. =p

hadoi laa..
Baru tukaq relationship status, dah tanya..huhu..
Relax lahh..

Baru main2 taip status kt fb,
dah tanya.. Huhu..
Relax lahh..

Jangan gabra. Jangan melatah. Ahaks!
Xbest lah main spekulasi ni..
Apa kata tunggu ja tanda2 yg pasti. Hohoho.. =p
entah bila pn yg tu xtau la lagi. Hehe..

Relax lah cik aqilah..
Baru stress sikit..belum banyak lagi..
Ari2 balik malam, 2 baru sikit..
Belum kena korban cuti lagi..
Yaishhh..

Relax lah cik aqilah..
Senior2 nasehat, 'ko wt je ape yg patot. Janji ko wt keje ko'.
Haa..dorg pn pnah rasa. So, dngar je lah wlupn hakikatnya terasa nk amek cuti tp still nk p keja. Camna? =p

Relax lah wahai kawan..
Kawan yg masih dianggap kawan.
Sy bukan nk makan org.
Sy cuma nk btulkan keadaan.

Relax lah kawan..
Takot sangat klu jadi gu len, kan.
Sapa yg dulu cakap 'tali' itu x kan boleh diputuskan?
Tapi skang bkn putus, tapi bergantungan dgn seribu persoalan.
Saya tahu apa yg kamu masih simpan... Ahaks! Never mind. Sy x jadikan bahan =p

Relax lah kawan..
Jangan smpai nanti kamu yg tak keruan =p

Relax lah teman..
Owh yg ni d special one =p
bertubi2 pertanyaan bkn utk menekan.
Tapi utk persediaan. Hohoho..

Relax lah teman..
Kalau itu yg sy cakap, itu yg akan sy kotakan.
Insya Allah kalau diberi peluang utk jadikan kenyataan =p

Relax la family ku sayang..
Umo baru awal 20-an..
Baru ja keja, dah sebut pasal perkahwinan..
Adess..
Dun wori. Dah ada pilihan =p
Tapi jangan ditekan2..
Ada jodoh, jadi kenyataan =)

Relax lah wahai sekalian..
Hidup nak kena jgk diseimbangkan.
Dunia, dunia jugak.
Akhirat di lupa jangan =)

relax lah wahai sekalian..
Sapa yg wt keputusan skarang?
Sy atau kalian?
Hidup sy biar sy yg tentukan.
Kamu jgn arah2 nk suh ikut cara yg kamu laksanakan.
Wlupn betul di mata kamu, hebat di mata kamu, blm tentu betul dan hebat di mata org lain,kan?

Relax lah wahai org yg sy tujukan.
Sy x kisah kamu pandang rendah kt sy. Asalkan sy tetap dgn pendirian sy, Allah tahu apa yg sy lakukan.
Tapi sbnaqnya, sy yg tak boleh nk brapa tahan. Asal nampak kamu terasa tertekan. Huhuhu..
Sowii..otomatik le plak, xblh kawal keadaan. 2 la. Len kali cakap jgn main ikut perasaan..

Relax la wahai cik nur aqilah.
Kamu pasti boleh!
Kamu serba boleh,kan? Cewah! Perasan le plak. Hoho..
Sy tahu, wlupn kamu tertekan, tp kamu tetap bertahan. Klu kamu lemah, mgkin awal2 lg kamu dah angkat tangan. Hoho..
All d besh utk diri sndiri =p
sekian sesi melepaskan perasaan. Hahahaha! =p

pasni every weekend nk p jogging kt tasik kt PJ. Stamina! Stamina! Huhu.. Persediaan, 5%. Tambah stamina mein bowling. Hohoho..
Dalam tekanan, hiburkan diri sndiri. Kamu boleh! =p

Apa yang berlaku?

Hurmm..teruknya saya..
Pada mulanya saya taklah mengikuti perkembangan semasa sangat.
Ia lah. Bila time rehat kat office, memang ada ja newspaper untuk dibaca.
Tapi tak terbaca. Sebab rehat pun tak menentu. Kadang2 pukul 1, kadang2 pukul 3.
Kalau dah ramai sgt customer, xsampai sejam dah masuk kerja balik.

Mula2 baca kat newspaper pasal rusuhan kat Mesir, saya ingatkan tu sekdar rusuhan biasa yang berlaku di negara2 luar.
Tanpa disangka2, rupa2nya rusuhan tu sangat2 serius.

Ditambah pulak teringatkan kawan2 yang ada kat sana.

Entah macam mana keadaan dorang.

Dan bila diikuti kisah2 disebalik dan punca rusuhan tersebut, baru saya faham.

Dan sy mula fikir, tak mustahil perkara yang sama boleh berlaku kt Malaysia kita.
Dan bagaimana pula kita akan hadapi keadaan tersebut??

Ramai pihak yg marah dan bersuara tentang kelewatan kerajaan kita membawa pulang rakyat2 Malaysia yg ada di sana.
Tambah pulak bila dengar panggilan rakyat Malaysia yg ada di sana masa Buletin Utama.
Katanya, banyak negara2 lain yg terlebih dahuku membawa pulang rakyat mereka.
Dan rakyat kita, sampaikan seminggu bermalam di airport tunggu masa untuk pulang ke tanah air.

Tapi alhamdulillah, sekurang2nya langkah dah diambil.
Usaha telah dibuat. Rakyat kita selamat dibawa pulang.

Bila difikirkan lagi, betapa teruknya saya tak ambil kisah apa yg berlaku di sekeliling.
Sedang yang lain menderita, sy bergembira.
Yang menderita bukan sesiapa, tapi saudara saya juga.
Saudara seagama.
Saudara Islam.

Itu dijadikan pengajaran.
Kadang2 bila kita gembira, kita lupakan orang lain yang sedang menderita, yg sedang berduka..

So, skang ni, walau apa pun yang berlaku, cik aqilah kena prihatin dengan keadaan sekeliling,k. Sesibuk mana pun. =)

Back to Home Back to Top Cahaya Pelindung. Converted Blogger Templates by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.