Hurmm..teruknya saya..
Pada mulanya saya taklah mengikuti perkembangan semasa sangat.
Ia lah. Bila time rehat kat office, memang ada ja newspaper untuk dibaca.
Tapi tak terbaca. Sebab rehat pun tak menentu. Kadang2 pukul 1, kadang2 pukul 3.
Kalau dah ramai sgt customer, xsampai sejam dah masuk kerja balik.
Mula2 baca kat newspaper pasal rusuhan kat Mesir, saya ingatkan tu sekdar rusuhan biasa yang berlaku di negara2 luar.
Tanpa disangka2, rupa2nya rusuhan tu sangat2 serius.
Ditambah pulak teringatkan kawan2 yang ada kat sana.
Entah macam mana keadaan dorang.
Dan bila diikuti kisah2 disebalik dan punca rusuhan tersebut, baru saya faham.
Dan sy mula fikir, tak mustahil perkara yang sama boleh berlaku kt Malaysia kita.
Dan bagaimana pula kita akan hadapi keadaan tersebut??
Ramai pihak yg marah dan bersuara tentang kelewatan kerajaan kita membawa pulang rakyat2 Malaysia yg ada di sana.
Tambah pulak bila dengar panggilan rakyat Malaysia yg ada di sana masa Buletin Utama.
Katanya, banyak negara2 lain yg terlebih dahuku membawa pulang rakyat mereka.
Dan rakyat kita, sampaikan seminggu bermalam di airport tunggu masa untuk pulang ke tanah air.
Tapi alhamdulillah, sekurang2nya langkah dah diambil.
Usaha telah dibuat. Rakyat kita selamat dibawa pulang.
Bila difikirkan lagi, betapa teruknya saya tak ambil kisah apa yg berlaku di sekeliling.
Sedang yang lain menderita, sy bergembira.
Yang menderita bukan sesiapa, tapi saudara saya juga.
Saudara seagama.
Saudara Islam.
Itu dijadikan pengajaran.
Kadang2 bila kita gembira, kita lupakan orang lain yang sedang menderita, yg sedang berduka..
So, skang ni, walau apa pun yang berlaku, cik aqilah kena prihatin dengan keadaan sekeliling,k. Sesibuk mana pun. =)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Leave a Comment