Sangat menarik tajuk artikel dalam Majalah Solusi isu 29.
'Bersederhana dalam membenci'.
Perkataan benci tu bukanlah asing lagi bagi kita. Betul x?
Semua manusia pernah rasa perasaan tu.
Pernah kan dengar ayat 'Sayang biar berpada, takut nanti jadi benci. Benci biar berpada, takut nanti jadi sayang.'
Kebencian yang melampau akan menjadikan seseorang tu kangsung tak dapat lihat wajah atau mendengar suara orang yang dibenci. Kalau pun berlaku, hatinya takkan senang dek kemarahan yg tak ketahuan punca akibat daripada persaan benci tu.
Sampaikan kebaikan apa sekalipun yg dibuat oleh org yg dibenci takkan dapat dilihat dan akan dinafikan.
Lebih parah lagi, apabila kebencian bukan setakat pada orang yang dibenci, malah pada orang yg berkaitan dengannya seperti ahli keluarga dan kawan2, bahkan haiwan peliharaan sekalipun.
"Batasan wasatiyyah dalam mencintai dan membenci seseorang tak terlihat oleh semua orang. Ia hanya terbuka apabila emosi dan ego telah tunduk kepada al-Quran dan sunnah.." - Umar Muhammad Noor (Penulis artikel)
Bila baca artikel ni, memang berfikir sendiri.
Tak dinafikan, sy juga manusia biasa, yg saban hari berdepan dengan pelbagai jenis manusia. Kadang2 ada yg lahirkan rasa benci pada seseorang. Sebolehnya sy cuba elakkan daripada menerima gelombang negatif tersebut. Tak kenal maka x cinta. Dan manusia juga berhak untuk berubah dari keburukan ke arah kebaikan. dan manusia lain tak berhak menghukum manusia yg sedang berusaha berubah ke arah kebaikan.
Pada diri sendiri pulak, bila dah sayang seseorang, sy memang akan jaga betul2 n sayang...ermm..cmna nk cakap eh? huhu.. tapi sebolehnya sedang mengajar diri utk tak terrrrlalu sayang sampai lupa segalanya. Biar berpada. Lagipun, sy banyak belajar dari pengalaman lepas. Bukankah pengalaman merupakan guru yg terbaik dlm kehidupan?? =p
Senyum selalu =)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Leave a Comment