Aduhhhh..penatnya saya karang panjang2 post ni pagi tadi. Tu la padahnya online via handphone dalam bilik. Last2 papa tutup wimax, hilang habis ape yang ditulis. wawawawawa!!!
Sejak kebelakangan ni, jiwa ni rasa tak tenteram. Resah pulak. Mungkinkah Allah nak uji saya lagi? Oh tidak..Jangan..Tak sanggup lagi nak jadi seperti dulu. Sunnguh saya tak sanggup lagi. Hidup sekarang lebih tenang dan lebih mendamaikan. Jangan biarkan damai itu hilang lagi..
Kenapa ya? Semalam agak awal juga saya tidur. Pada mulanya berazam nak study Strategic Management. Ahhhh..membaca! Bosan! Tapi dipaksakan jugak. Baru beberapa baris dibaca, otak tak dapat nak tumpu perhatian. Masih lagi terfikirkan perkara tu. Urgghhh...!!! Benci!!! Mulalah ligat fikiran ni fikir macam2 especially kenangan silam yang banyak mengguris hati dan perasaan ni. Tatkala diri ni dah dapat terima kenyataan, mengapa masih perlu lagi wujud semua tu di fikiran? saya selalu tertanya2 tentang itu dalam hati. Dalam doa juga tak pernah ketinggalan. Mengapa Allah masih uji saya dengan semua ni sedangkan saya benci bila lemah dengan perasaan. Biarlah saya lemah dan lemas dalam cinta yang Maha Esa. Taknak buang masa lagi, saya ambil keputusan untuk tidur. Lebih baik tidur dari memikirkan perkara yang bukan2 dan tak dapat tumpu perhatian.
Alarm saya setkan pukul 2 pagi. Dalam hati dah niatkan, bangun saja, mesti solat sunat dan baca al-Quran. Biar datang ketenangan jiwa yang hilang tu. Tempat tidur langsung tak dipedulikan. Sekujur tubuh ini saya biarkan terdampar di atas lantai jubin yang dingin. Biar mudah saya bangun nanti. Jam 2 pagi, saya dikejutkan dengan bunyi alarm yang saya setkan tadi. Ada saja hasutan dalam hati ni nak larang dari bangun. Namun dikuatkan jua semangat ni. Usai solat sunat dan membaca Al-Quran, saya menadah tangan kelangit meminta padaNYA. Banyak yang saya doakan. Mudah-mudahan doa saya dimakbulkan berkat keheningan malam Ramadahan ini.
Telekung masih lagi tak ditanggalkan. Al-Quran masih didada. Kejap. Terlintas difikiran tentang satu perkara. Sayu hati ni bila terfikirkannya. Dulu, ada saja yang mengejutkan diri ni bangun tahajjud di tengah malam. Kalau bukan dia, saya yang akan ambil giliran untuk kejutkannya. Dikala diri ini terasa terlalu berdosa, kami selalu ingatkan diri masing2 dan selalu sepakat untuk bangun bersama. Indahnya waktu itu. Biarpun berjauhan, ketenangan itu tetap ada. Sayu hati ini bila teringatkan kesungguhannya mendidik saya biarpun dari jauh. Jujur saya katakan, tak pernah ada seorang sahabat yang saya kenali yang cuba lakukan seperti yang dia lakukan. Syukur kehadrat Illahi kerana temukan saya dengannya.
Namun, itu semua dulu..sekarang tidak lagi. Sedih juga bila terkenangkan dia dah banyak berubah. Walaupun tak lagi bersama, kerisauan terhadapnya masih ada. Entah kenapa, yang satu ini, Allah taknak bantu saya untuk hilangkannya. Agak rimas juga. Ialah. Dah tiada apa antara kami. Dia pula langsung tak ambil peduli. Rasanya kalau bertemu sekalipun, sebelah mata pun takkan dipandang wajah ni. Tambahan pula dia dah ada pengganti yang baru.
Semua kenangan tu menjengah lagi. Teringat setiap kata-katanya. Rayuan, janji-janji, pendirian, dan tak terlepas juga hinaan. Rayuan, terkejut saya ditengah malam satu ketika saya dikejutkannya semata-mata merayu supaya tak ditinggalkan. Dan sampai sekarang saya masih berpegang pada janji untuk tak tinggalkannya. Janji-janji pula, banyak yang ditaburkan. Berajnji untuk setia. Ah. Lelaki. Susah amat nak temui lelaki yang dapat penuhi janji sebegitu. Pendirian? Pendiriannya adalah untuk tak bercinta lagi. Biar cinta itu datang dan disusuli dengan nikah. BUkan di masa sedang bertempur di medan perang menara gading ini. Terlaksanakah? Mesti lah tidak. Dan hinaan, iini lah yang paling saya ingati dan menjadi penguat semangat saya untuk teruskan kehidupan tanpa dia di sisi. Disebabkan mengenali saya, hidupnya rosak. Dia gagal berubah jadi baik, taubat sia-sia. Dan perempuan hanya membawa celaka dalam hidupnya. Astaghfirullahal'azimm...Istighfar saya dalam hati. Saya tahu dan saya kenal amat dirinya. Selalu saja bercakap tanpa memikirkan akibat yang mendatang bila terlalu marah. Tapi, kalau sekali, mungkin saya dapat terima. Bila masuk kali kedua, saya yakin, itulah yang sebenarnya tersirat dalam hatinya. Bagai nak mengalir air mata mengenangkan peristiwa tersebut. Mudahnya...setelah berjaya melangkah ke menara gading, mudahnya dia berubah dengan sebgitu cepat. Mudahnya dia lupakan semuanya. Sedangkan dulu, ya Allah..hanya Tuhan yang tahu betapa sabarnya saya menghadapi kerenahnya. Saya kasihan, dia banyak diuji Allah. Namun tak pernah lekang untuk memberi semangat. Saya selalu ingatkannya tentang nasihat yang dia berikan pada saya. Untuk berjihad di jalan Allah, bukanlah mudah. Sukar amat. Untuk itu, Allah uji istiqamah setiap hambaNYA.
hurmmm...lamunan saya terhenti disitu. Tak nak lagi fikirkan. Cukuplah dengan doa yang telah saya panjatkan untuknya. Untuk seorang onsan yang pernah membawa cahaya dalam diri ni. Sekarang pun dia dah ada pengganti. Kerisauan masih ada tatkala bila saya ikuti perkembangannya, saya lihat kadangkala dia leka dan lalai dengan dunia. Doa saya, mudah2an Allah sedarkan dia dari kelalaian yang akan membawa masalah pada dirinya kemudian hari. Semoga Allah lindungi dia. Semoga Allah teguhkan imannya menghadapi dugaan hidup di dunia. semoga dia terus menjadi mujahid sejati. PELINDUNG AGAMA....amin ya rabbal 'alaminn..
Al-Quran disimpan, telekung dilipat. Sedia menanti nota Strategic Management. Semangat yang hilang kembali semula. Alhamdulillah..saya teruskan perancangan saya untuk pagi itu. Syukur padaMU ya Allah..tetapkanlah hatiku dalam keimanan. Jauhkan aku dari kelalaian duniawi. Biar tiada siapa bersamaku, asalakn aku tahu Engkau ada bersamaku..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
uiks...wat novel ka makcik...fullamak...da ble publish novel da neh...hm...apapn,sabo la k...suma tu asam garam kehidupan..
wohoho..ha'ah. u ni..mcm xtau plak i ni pengarang novel terhormat. wakakakka..yezzaaa!! tu suma asam garam hidup. klu xdk rencah, xsedap la kan? n klu xdak rencah, mcm mana nk dapat masakan yg berkualiti baik, ye idak? huhu..
Leave a Comment