With the Moon and Stars...

Haisshhh...mencik la... di malam yang sunyi lagi sepi macam ni, patutnya saya dah lena tido. Adoyai..ni lah pantangnya kalau ada kat umah. Kompom tido lambat. Bukan setakat tido lambat, tapi fikiran merewang sana sini tak tentu hala. Pikir benda2 lepas. Benda2 yang pernah mengguris hati dan sanubari ni. Aduhhh..sakit..parut itu seakan terbuka semula. Kantung mata dah mula nak bertakung dengan genangan air mata. Perhhhh!!! itu suma xkan terjadi. Selagi saya mampu bertahan, saya bertahan. Apa dia cakap? Saya lemah? Oh tidakkk.. Salah sama sekali. Akan ku buktikan. Sampai satu masa, biji matamu akan terbeliak dan kamu akan sedar siapa yang lemah sebenarnya. Aku mahupun kamu.

Ditemani susana sunyi ni jugak, banyak ayat2 yg datang dalam kotak minda neh. Haisshhh..macam betul ja apa yg syirah cakap. Saya ni jiwang. Jiwang? hohoho..kadang2 aja..bukan selalu lorhhh.. itupun sekadar menenangkan hati sendiri. Nak harapkan siapa lagi nak memberi semangat kalau bukan diri sendiri. I have to stand on my own. Nasib badan, bagaikan menolong anjing yang tersepit. Ouchh!! Liar bunyi peribahasa tu. Biadab juga untuk saya gunakan. Tapi dlm keadaan saya ni, nak kata kurang ajar tu, tak rasanya sebab memang tepat. huhu..

Apa maksud peribahasa tu? Alahhh..korang sniri pun tao kan..tu laa.. dah nasib..lps dh tolong, kna gigit..pastu jatuh..pastu takdak sapa nak tolong..pastu musti la kna bangun sniri..
Klu kita tak tolong diri sniri, sapa lagi yang nak tolong,kan? hehehe..

Aishhh..andai saja saya mampu menghapuskan semuanya sekaligus. 'Abracadabra!!!' huhu..if only..but the reality is, i can't. When I'm alone, I keep thinking why did all this happened to me??? Why?? Yaaaa..saya tau, Allah nak uji saya. Allah dah uji saya dulu dengan ujian yg terlalu hebat. Hinggakan diri ni hampir hilang pertimbangan. Syukur Alhamdulillah, iman masih ada di dada. So, nothing bad happened. huhu.. lagipun, tak berbaloi seksa diri utk smtg or sm1 useless.

with the moon and stars also, saya lebih suka membaca buku2 pengisian rohani dan pemantapan jiwa. Best! Antaranya buku Taubat Kepada Allah, karangan Prof Dr Yusuf al-Qardhawi. Menyentuh jiwa. Kadang2, bila baca buku2 ni, teringat pulak kat pakcik bongok tu. owh! Maaflah. Gelaran tu saja yg mampu disebut selain namamu yg tak mahu lagi kuingat. heheh.. ya lahh..dulu, pakcik tu slalu pos buku2 mcam ni kt saya. Tak pernah jemu mendidik biarpun berjauhan. Itu lah satu2nya perkara yang tak mungkin saya dapat nafikan kekaguman saya padanya, Walaupun dirimu ingin jua ku campak jauh2 spertimana kau lakukan padaku, namum jasamu itu tetap kukenang. huhu..Betoi la..Trima kasih ye pakcik bongok..

Jahat ke pangge macam tu? Tak pa kot,kan? Cz tu ja cara nak lepaskan geram. huhu..Geram tapi tak berdendam. kadang2 geram tapi kadang simpati pun ada kat pakcik tu. Entah. Sebab bagi saya, dan sama seperti ibunya, kami berpendapat yang dia tu memang lah jenis tak tetap pendirian. hohoho..tergelak jugak. Kadang2 tengok dia bersemangat dengan sesuatu, dalam hati, duk doa lah biaq pendirian dia tu tetap. Tapi lama2, bila ada unsur aliran magnet yang menarik unsur2 dalam dirinya, adehhh..goyah pendirian tu. Heheheh..pakcik..pakcik. Bilalah dirimu nak matang dan dapat berfikir dengan baik? walaupun saya akui kamu memang matang bila berfikir dan bercakap, tapi ada kala dan ketika, kamu kebudak2an! takpa2..one day u will..some day..

apa2 pun, sempena dah dekat syawal ni, saya tujukan khas ucapan ni untuk seseorang yang saya gelarkan Pakcik Bongok.

kehadapan kamu,
saya tau kamu tak mungkin bukak pun blog saya ni. Apatah lagi nak baca isi dalamnya. So, saya ambik kesempatan ni, saya layangkan di alam maya ini, bersaksikan bulan dan binta(cewah!), seikhlas dan dengan rendah diri, saya memohon maaf atas ketidaksedaran diri ini menjadi temanmu selama 5 tahun. Saya mohon maaf kerana secara tidak sengaja dan tanpa diundang saya melangkah ke dalam hidup kamu. Kemaafan juga dipohon, andai semangat setiakawan saya tunjukkan bila saya mencari kamu dulu(masa kita terputus hubungan. ingatkah kamu?). Penat. Tersambung. Tapi rupanya begini akhirnya. Maafkan saya juga kerana menyibukkan diri dalam hal kamu. Bukan apa, tak sanggup saya melihat orang yg saya sayang hilang arah tanpa tuju, tiada teman, dan hidup dalam tekanan. Tak terlintas untuk mengatakan kamu gila pada masa itu. Tak terlintas untuk menyatakan kemeluatan terlampau pada masalah kamu pada masa itu. Tak terlintas untuk merasa bosan menemanimu kala itu. Namun, semua itu berlaku jua pada diriku kala kata2 itu terpacul dari mulutmu sendiri, menjengah gegendang telinga ini. Alangkah pilunya..

Itu saja. Seperti yang saya katakan, janji akan saya kotakan. Syarat2 untuk saya pergi telah kamu penuhi. Dan telah saya katakan, saya takkan berhenti memohon maaf untuk semua kesilapan saya selama ni. Tak mengapa. Saya boleh tanggung wlupun bukan salah saya. Sebab saya tak lemah seperti yang kamu ucapakn. Malah saya lebih kuat dari kamu.

Kamu jaga diri. Bercinta, cinta juga. Tapi jangan sampai lalai dengan tanggungjawab kamu. Jangan mudah lupa diri. Kamu selalu cakap, kamu takut amalan kamu ada unsur riak. Tapi...kamu selalu lupa semuanya walaupun kamu yang memesankan pada saya. Aisshh..kamu ni mak nenek betoi.

Akhir kata, sepuluh jari saya susun, dari hujung rambut hingga huung kaki, saya memohon maaf untuk semua kesilapan dan kesalahan saya serta kekhilafan yang disandarkan pada diri ini.
Buatlah apa saja, saya takkan pernah lupa mendoakan kesejahteraan kamu. Bagi saya, kamulah satu2nya teman yang dapat mengkagumkan saya dengan kesungguhan kamu mendidik saya dulu. Terhutang budi untuk itu. Tiada dendam atas segala perbuatanmu, hanya harapan dan doa mengiringi setiap perjalanan hidupmu. Remember always pesanan saya pada kamu, senyum selalu ya!

'bencilah saya selama mana kamu mahu kerna bagi saya, andai diri ni dipanggil kesana, bukan duka dan air mata yg mengiringiku tetapi suka dan senyuman gembira yg akan terukir dibibirmu'. Thanx for everything.

Selamat Malam dan Salam 'Aidil Fitri..

0 comments:

Leave a Comment

Back to Home Back to Top Cahaya Pelindung. Converted Blogger Templates by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.