~Selamat Hari Persahabatan Sedunia~

oh banyaknya dugaan disebalik kegembiraan..
yang pasti, tu lah namanya kehidupan..
teringin pulak nak pusingkan masa, balik ke 6 taon yang lalu.
zaman skolah bahiyah..
zaman skolah teknik..


bestnye zaman matrik dulu..
zaman tu la kali pertama belajaq berdikari.
1st time duk hostel.
tapi tiap2 minggu balik gak. ahaks!


matrikulasi.
masa dapat tawaran, suma cakap tahniah.
tapi dorang pesan suh blajaq leklok sebab katanya kat matrik susah..
masa sem 1 pun, ramai kawan2 kuaq..
tambah plak sy rasa xboleh bawak langsung ekonomi.
xpnah blajaq..pastu masuk plak matrik..saingan tinggi ngn orang pandai2.
pastu lemah plak ekonomi. gabra la..
ingat lagi. Sampai nangis2 call mama, cakap nak kuaq matrik sebab xley bawak ekonomi.
huhuhuhu..
tapi mama pujuk jugak suh stay.
At last, alhamdulillah, sem 2 result memang gempak habes.
kalau xmakan pujuk mama, tah apa la naseb sy skang. huhuhu..


banyak dugaan masa kat matrik.
tapi dapat harungi jugak semua tu.
Ingat kat my rum8. Even ktorg xrapat macam besfren, tapi dia baek. Ktorang slalu kunci pintu, pura2 xdak kat bilik. Padahal, tengah wt sesi luah perasaan. Ketawa, nangis, suma sama2.
Bilik ktorg slalu jadi tumpuan kengkawan lepak. So, bila time tngah bsemangat study, ktorg masukkan kasut dalam bilik, kunci pintu. Orang ketuk, pangge, dua2 diam. Wat macam km xdak dalam bilik. Ahaks! lawak pulak bila ingat balik.

Dia pnah hadapi saat yang paling sukar masa tu.
Begitu jugak saya.
Dia nanges, saya ada. Apa2 gangguan, suma ktorg abaikan. yg penting, mesti ada masa masing2 tengah susah.
Saya nanges, dia ada. ahahahahah!!! yang ni paling best. xkan saya lupa. Masa tu memang tertekan sangat2. tension dari petang. Malam cuba abaikan tension tu dengan study. Paksa diri gak study. Tiba2 satu mesej masuk. Gadoh2 dalam mesej tu. Pastu cakap fon. Marah2. Tengking menengking. My rum8 da paham dah. Letak je fon, dada berombak tahan perasaan yg marah, geram, sedey.
Last2 cakap kat rum8, "Wan. Aku rasa macam aku nak jerit satu blok ni. Aku nak lepas semua."
"Sat2 qilah. Jangan jerit dulu. Satg suma orang tekejut. Amek bantai ni. Ang jerit puas2."
Terus dia baling bantai tu kat saya. Saya amek, saya tekup kat muka, saya jerit sekuat ati dalam tu. Jerit sampai sakit tekak, jerit sampai berhambur air mata kuaq.
Semalaman nanges sampai bengkak mata. Esoknya pulak ada kuliah. Bagos sangat ah.
Sep bek tutor, lecturer xmasuk. Wan dah risau cena nak cover. Sebab memang takleh tahan. Kes smalam xabes lagi. Duk sorang2, ltak kpala atas meja. Tetiba terrrrnanges. Trus lari p toilet. Ahaks!! lawak jugak budak ni. huhu..makan pun tanak. Puas Wan pujuk suh makan. Petang tu, baru la ada someone yang jadi pendamai, call saya. Yang bestnya, Wan marah sangat2 kat orang yg wt saya tension sampai camtu. Dia sound direct ja. huhuhu...Thanx Wan..
huhuhuhu.. sesi lepas tension paling best ah bila dapat jerit puas2. huhu..


Alhamdulillah, ktorang ada bila sama2 memerlukan.


Kadang2, orang yang kita sangka akan ada dengan kita susah senang, orang tu la yang akan tinggalkan kita masa susah. Tapi, org yang kita tak sangka akan bsama kita susah senang, org tu la yg akan hulurkan bantuan dulu bila kita memerlukan.


Banyaknya pengajaran hidup saya..
Ada yang kadang2 saya lupa dan sampai terkena untuk kali kedua.
Ape la saya ni..buat salah dua kali..huhu..
Tapi, bila dah serik, fobia, mula hati2, lain pulak jadi.
risau kalau terlalu berhati2, diri sniri yang merana.
Tapi..susah lah..
kadang2 bila ada orang yg wat salah, yg wt sy curiga, trus jadi defensive. trus cakap ' aishhhh...jangan tpedaya lagi!'. ahaks! bley ke camtu? huhu..


Apa2 pun, hidup ni macam roda. Sat kat atas, sat kat bawah.
Mungkin skang hidup saya kat bawah. Time ni la kita boleh tau sapa kawan, sapa lawan.
Dan saya yakin, cepat atau lambat, saya pasti akan sampai ke puncak jugak nanti.
Insya Allah..
Allah takkan uji hambaNYA diluar kemampuan hambaNYA.


Saya yakin, di sebalik ujianNYA, ada manisnya.
Yang penting, saya takkan menyerah kalah dan lemah.
Hidup takkan indah tanpa warna warni jalan cerita yang mencorakkan kehidupan.
=)


Esok Friendship Day.
Untuk kawan2 saya, saya ucapkan Selamat Hari Persahabatan Sedunia.
Rindu kat suma kawan2..
Haaa..tak lupa jugak kawan2 kat ASTech dulu. Kawan2 team Forum Remaja, klazmate yg suka wt sy gelak, sampai cikgu majok tamo ngajaq. huhuhu..Team pengawas ICeTU, yang banyak bagi tunjuk ajar n perkenalkan saya dengan dunia perfileman, cewah! Tapi masa jadi pengawas ICeTU, saya jarang pegang VHS, kamera untuk shooting tu. Kecuali kalau ada assignment kt luaq. Kamera kesayangan mesti la Nikon SLR. Sangat sayang. huhuhu..


Lagi, kawan2 matrik, kawan2 UiTM, kawan2 praktikal, kawan2 club, kawan2 camp, suma lah!

Tapi taon ni, saya tujukan khas untuk my ex-rum8 kat KMKN dulu, Wan Nur Khairunnisa... Rindu kat ang lorhhh.. Rindu nak gado ngan ang. Rindu nak suh ang ajaq aku ekonomi. Rindu nak bergila2gilaan dalam bilik ngan ang. Rindu nak mein renovate bilik ngan ang. Rindu nak wat sesi pembersihan bilik tiap2 minggu ngan ang. Rindu nak nanges kat ang. Rindu nak dengaq ang bletiaq kt aku. n aku rindu nak tengok muka geram ang masa gado ngan Mior. Hohohoho..sowi la aku salah sbab kenalkan ampa dua. jadi gado besaq pulak.huhuhu..Rindu semuanya. Ahaks!!! what a life...

Wish all of u happy always.
With luv from me, mmmuuaxxxxx!!!


~and i miss u too, incik awak. sorry 2 admit. huhuhu...~

sempena Ramadhan

Lepas maghrib tadi p masjid al-bukhary dengan mama. Mama beriya2 nak p arini sbab ada ceramah dari ustazah fatma al-zahra. Btoi x eja? Huhu..
So,bawak la mama p..nak bagi mama drive sensorang malam2 ni, xsedap plak. Gpun, benda baik. Xrugi apa pun kalau p. Untung lagi ada lah. Heh.

Sampai tadi lewat sikit sbab siang ikan siap2 utk nak wat laksa esok. Lamanya xmakan laksa. Laksa beli x lalu. Laksa wt sniri je makan. Kalau laksa kola perlis baru makan. Hehe..

Ok. So, smpai tadi, dah start dah la. Tajuk berkaitan ramadhan. Banyak ilmu sy dapat. Umur muda2 ceni, kalau x amek ilmu yg baek, sangatlah rugi. Tambah plak tngah free. Rebut je la peluang yg ada.

Antara yg dsebutkan adalah doa2 amalan dibulan ramadhan. Dua untuk diri sndiri. Dua untuk Allah. Untuk diri sendiri 2 doa yg slalu kita baca waktu bagi salam masa habis solat. Doa minta dimasukkan dalam syurga dan dijauhkan dari neraka. Sebelum ni, sy yang kurang ilmu ni slalu buat masa solat n doa ja. Teruknye budak ni. Huhu..tapa2. Dah blajaq dah kan. Dah tau dah kan. So, bulan ramadhan ni, slalu la baca doa 2 walau apa pn yg kita wt. Tengah drive ka,tngah baring ka. Ha. Xpun, time bukak puasa. Salah 1 masa doa paling mustajab.
Pastu, 2 untuk Allah adalah Asyhadu an la ila ha illallah, dan jugak istighfar.

Pas2 pasal bermaaf2an..
Ustazah ada tegur. Amalan org Melayu ni, time nak raya baru la nak 'maaf zahir dan batin'....
Salah sbnaqnya 2..bukan salah apa..
Patutnya,bermaafan lah sblum masuknya bulan ramadhan agar puasa kita sempurna. Ni bila dah habis puasa baru nak mintak maaf. Habis 2 puasa 2 cena? Fikir2kan.. Tapi b'maafan tu bukanlah dibulan ramadhan je tau. Kalau kita amalkan sebelum tdur kita maafkan semua orang dgn ikhlas, insya Allah, syurga lah balasan kita. Oleh itu, sbelum sy tdo ni, saya mohon maaf pada smua rakan2, sesiapa yg mngenali diri ni, dan saya juga maafkan semuanya. Saya hanya manusia biasa. Tak layak m'hukum sesiapa. Biar selebihnya Allah yg tentukan. Silaturrahim jangan diputuskan. Aishh..terasa pulak tang silaturrahim ni. Mintk maaf makcik nora. Xde niat. Tapi buat untuk kbaikan. Kbaikan sy, anak makcik,dan kedua2 keluarga. Xsedap jugak, baik dgn makcik, tapi anak makcik ape la anggapan dia nanti. Tamo dia pikir xbaek pasal sy lagi. Mohon makcik faham n jgn kecik ati. Insya Allah klu dtakdirkan kita jmpa lagi, kita jumpa jugak. Rindu kt makcik. Kat fuzail. Huhu..2 org tu la yg duk sembang slalu pn. Heh.

Okies. Pas2..hurmm..hah!
Puasa. Ramai sbnaqnya yg dah paham pasal puasa ni. Puasa yg bukan sahaja menahan dari lapar dan dahaga.
Ramai jugak yg tau. Bulan puasa, semua syaitan diikat. Tapi Allah tinggalkan satu makhlukNYA dalam diri manusia.

NAFSU.
Nahhh..nafsu ni la yang lebih dan paling berbahaya sebenarnya berbanding syaitan. Syaitan ni, kita baca ayat kursi, 3 qul, lari la dia. Tapi nafsu? Ayat apa nak dibaca? Melainkan iman yg kuat yg mampu melawannya. Haa..bukan mudah nak melawan nafsu ni ye kengkawan. Iman tebal mana pun, skali kalah ngan nafsu, hancus!

Saye pun riso gak kalau tak bley lawan n sempurna puasa saya. Yg lelaki, korang mesti la lagi hebat dugaannye kan? Pmpuan seksi..rokok..tapi jangan risau. Kalau niat betul, pencegahan yg btul, insya Allah boleh menang.
Caranya sangat mudah.
Kalau takut tlupa niat puasa, buat niat untuk sebulan tros. Niatkan utk peroleh puasa yg sempurna. Puasa yg diterima Allah. Puasa yg dapat bantu kita masuk ke pintu ar-rayan nanti.
Tv2 mustilah dijauhi. Program keagamaan xpe. Tapi bila time hiburan, lagu2, drama2, hndustan ke hapa, tutup tros. Oh! Mampukah x tengok Benci Bilang Cinta? Huhuhu.. Saye boleh! Kna tanamkan dalam ati. Kuaq je hburan, cakap dalam ati 'mengaji lagi bagos'.
Pas2, time puasa ni, kna la tutup mata n jaga lidah.. Wah! Susah gak ni. Bersyukur sbab sy jenis jalan tunduk. X tngok orang. Huhu..tapi saya seorang yg banyak cakap! Alamak..bahaya sangat 2.. Huhu..tekurang kt c2, tlebih kt cni plak. Adess..tapi tapa. Cabaran untuk saya. Nak pahala lebey x? Musti la nak! Oleh itu, saya musti kuatkan semangat. Bulatkan tekad.

Fuhh! Ramadhan ni hadiah dari Allah.. Sangat lah rugi kalau xhayati dan x smpurna ramadhan kita. Bulan ramadhan lah semua pintu syurga dibuka. Pintu neraka ditutup. Dan sesiapa yang terpilih, Allah keluarkan ahli neraka dan masukkan ke syurga. Indahnya Ramadhan. Solat Tarawih juga dikira sbagai qiamullail. Tapi dengan syarat, ikut imam smpai habis. Kalau imam wt 8, masih dikira qiamullail. Kalau imam wt 20, kita wt 8, dikira Tarawih aje lah. Camtu kisahnya..

Bila dngar ceramah tadi, tetiba rindu nak p Makkah lagi..dulu p pun kecik lagi. Skang dah besaq, dah kenal dunia, erti hidup, macam2 nak doa depan ka'abah. Harap sangat2 dapat p umrah bulan puasa kt sana. Mudah2an Allah kabulkan impian yg 1 ni. Aminn..

So, esok ada lagi. Tapi rasanya tak p kot..sbab esok mama n papa n my aunt n cousin nak p umah tok. Kemas2 umah 2. Nak sewakan. Cik pulak katanya pagi2 lagi dah ada hal. Saya mama arahkan duk umah n buat laksa. Sep baek dah expert. Xplukan ptolongan sesapa. Cewah!! Belagak! Jangan xsedap sudehh..aishh..anak2 prmpuan mama suma pandai masak. Musti sdap punye. Ahaks! Tekan butang. Hohoho..

So, tu je la celoteh saya.. Sikit sbanyak sy kongsikan apa yg sy blajaq tadi. Kekadang, benda yg sama ja yg kita dngaq. Tapi, kadang2, ada masanya kita dengar,telinga buka, tapi hati tertutup. Jadi, ilmu x masuk betul2. Sy doakan smoga pintu hati kita semua sentiasa Allah buka utk sentiasa menerima hidayahNYA. Amiinn..

Ok. Untuk yg mengenali saya, sy mohon maaf atas segala kesilapan, klu ada m'guris perasaan, dan ada yg menyusahkan. Smoga Ramadhan taun ni akan jadi Ramadhan yg paling bermakna utk kita semua hendaknya...

Salam sayang dari saya. Mmmuaxx!!

Bila Kita Menyayangi Seseorang

wahhhh...!!! betoi3x!! hehehehe..
nak copy tokleh..hak cipta terpelihara. hohohoho..
oleh itu, bace la kat link ni ye kengkawan..
nampak tajuk macam bosan.
tapi sebenarnya ada betulnya.
manusia memang camtu kan?
bila dah ilang di mata, tiada lagi di dunia, baru nak sedar dan menyesali semuanya.

hurmm..harap2 pasni xwat salah lagi. tak salah lagi memberi hati pada yang bukan sepatutnya. aminnn~~~
eh! tapi kan, yang ni saya rasa bukan untuk orang yg kita sayang dari segi girlfriend or boyfriend je. kat mak ayah kita pon bley. kawan2 kita. suma lah.
saling menghargai dan menyayangi sesama kita...hee~~

http://www.koleksicinta.co.cc/2010/07/bila-kita-menyayangi-seseorang.html

Bumi Cinta by Habiburrahman El-Shirazy

Dah release kat Malaysia ke belom?
sedeynye...
cari ebook pon blom kuaq lagi.
aiyooo..
mau pesan sama Liyana kah??
hah! buleh gak. kot raya taon ni dia balik M'sia.
Yeszaaa!!
hopefully dia dapat cari.
Ritu p Bandung tak sempat p toko buku..
Asek bersoping ja. huhuhu..
Cari kat airport dorang pun tinggal AAC ja.
Aiyooo..
Langit Makkah Berwarna Merah pun x beli lagi..
da ketinggalan da ni..
X bley jadi.
asal p Kinokuniya ritu pun xjumpa ah?
Patutnya kena la ada.
Kata kedai buku terbesaq kt cni....
huhuhu..
Maybe sy yang tak jumpa kot..
nak jugak buku2 tu....
nak jugak..
nak jugak..
my favourite novelist kot..
xbley la kalau xdak suma buku dia..
penah sorang kawan saya pandang rendah bila saya suka baca novel2 dia.
Dia xsuka pon kalau sebut pasal Ayat2 Cinta.
Bila movie ayat2 cinta kuaq kt indon, saya cari lagu tema dia sebelum kuaq kat M'sia lagi.
Sy suka sangat lagu tu.
Tapi dia xsuka jugak.
Tapi last2, dia sniri yang suka.
hahahahhahahahahaah!!!

tu la..len kali jangan tak suka sebelum baca..
hehehe..

k lah. T nak suh along or angah try tengok kt KL. kot ada.
harap2 ada la..

Creamy chicken & mushroom pies with butter puff pastry





yummy!!
this gonna b d next cooking project of mine.
hohohoho..

mushroom is still a not-gonna-forget ingredient.
think wanna replace it with shitake. tapi shitake kan berbau sikit. tapi berlemak dowh. lagi sedap. hurmmm..camne?

tapa2. wat dulu yg ni. bila nak wat? ntah. dua tiga ari lagi kot. huhuhu..
masak dan masak. makan dan makan. oh saya suka makan. heee~~~

akhernyaaaaaa....

hihihihihi...
semalam xsempat nak wat.
memang nak wat dah petang tu..
tapi terlupa satu bahan lagi..
hehehe..

so, wat la ari ni...
yummy3x!!!!
xpandai nak menghias apa2. janji sedap dimakan. hohoho..
pasni wat resepi laen plak.
ni baru permulaan untuk memuaskan ati.
heh.




baru lepas kuarkan dari oven. Dari dalam oven lagi dah tergoda dah ngan aromanya..perhhhhh!!!




sekali tengok sepotong ni macam lasagna pon ada. huhuhu..tengok banyak kali, oh xbley. tengok banyak kali, ilang tros masuk perot. hihihi..cheesy...spicy..with lots of mushy...omigoshhh!!!

Ok gud job, babe! Esok lusa kita wat resepi len plak. Alang2 duk umah cuti2 ni, tajamkan skill memasak bagos gak. heeee~~~ makan sampai lebam. hoohohoho..

Makaroni bakar. sedapnyeeee!!!

Bahan-bahan

300gm macaroni
250 gm daging cincang
4 biji telor (pukul kembang)
3 sudu rempah kari
2 labu bawang besar
1 tin susu cair
1 cawan air
sedikit keju parut
minyak utk menumis & garam


Cara-cara

rebus makaroni hingga empuk & toskan
kemudian panaskan minyak & tumis bawang besar bersama rempah kari sehingga naik bau.
Kemudian masukan daging & kacau rata hingga daging masak
Selepas itu masukkan susu garam dan gula. Kacau rata
Masukan makaroni air dan kacau hingga mendidih.
Tuangkan adunan kedalam loyang yang telah disapu minyak.
Tuangkan telor dan taburkan keju. Bakar selama 180 C (45 minit}


(Sapa suka angkat kaki!!! hahahah!! besok nak buat. Bahan dah ada. Tapi nak tambah bahan laen lagi bagi lagi sedap lagi dan lagi dan lagi. Omigoshh!! Belum buat dah terasa keenakannya. Tolonggg!!! hohohoho...)

the sorcerer's apprentice. yeahh!!

pehlamakkkk...
akhernya..dapat jugak kuaq tengok. hehehehe..
plan untuk ari ni terlaksana. wohohohoho..
bestnye..bestnye...

bangun pagi gosok gigi dengan ubat gigi darlie ( kene nyanyi ye. ahaks!)
pastu mandi2..siap2..
pastu kuaq amek anim kat umah dia.
pastu patah balik p albukhary.
pastu straight ke ASMall untuk aktiviti seterusnya.
the sorcerer's apprentice!!!!

pehlamak..
best giler cite die.
ingatkan serius je cita.
tapi ada gak comedy nyer.
heee~~~
yang penting, kalau nk tengok kali kedua pun saya takkan tolak. cewah!
incik awak!! jom tengok!!
hohohoho..

pastu dah habes tengok, having lunch at KFC.
owh teramat kenyang dengan rezeki yang ada. hee~~
Pastu truskan perjalanan p CT Plaza.
Owh kat c2 xley dok lama2. kerimasan tahap ultra.
cuma kalau ada hal2 tertentu ja. hangin out, lepak2, that's not d right place 4 me. takoootttt..huhuhu..

So kat ct plaza, berpusing2 mencari saloon rambut. Aissshhh... slalu p dengan cik. so tak ingat la plak floor mana. Gpun dah lama x p cuci rambot.
Dah jumpa, apa lagi. bergumbiralah.
Owh sangat sedap bila mencuci rambut di saloon sekali sekala.
Di urut2 kepala, owhhhhhh....teramat2 sedap dan menenangkan. hohoho...
n amat berpuas ati sebab saya saaaaaaaaaaaayanggg rambut saya. ahaks!!

ok. yang penting, dah ilang stress dah... sukanya ati...
owh. jangan lupa ye kengkawan. Selasa ni Nisfu Sya'ban. Berpuasa lah bagi sesapa yang boleh. Rebut pahala ni. Pastu baca yassin 3 kali pun jangan lupa tau. Moga Allah memberi keberkatan dalam hidup kita semua..
Amiinnnn~~~

luv all of u. mmmmmuuuaaxxx!!
Daaaaaa..

~Friendship~

Seronok kan kalau ada ramai kawan?
seronok..
tapi belum tentu kekal kan?

dah banyak pengajaran yang saya dapat tentang persahabatan.
tapi untuk temui sahabat yang sejati, bukanlah mudah.

dulu, orang cakap saya ni sombong.
Sebelum kenal, memang la. heh.
Kalau dah kenal, xlarat nak layan saya bercakap. heee~~

Tapi, bila dah pandai senyum, dah pandai ramah2, lain pulak yang jadi.
orang cakap, kalau kita nak dapat kawan sejati, kita kena ikhlas bersama dia bila2 masa pon.

ikhlas tu cuma Allah yang dapat ukur. Tapi bagi saya, apa yang saya dah buat xdak paksaan pon.

kadang2 sedih jugak. kawan2 suka cari saya bila dorang ada masalah.
cuma bila dorang ada masalah.. sy akan dengar luahan dorang, n kadang2 sy cuma boleh nasihat mana yg mampu. selebihnya bagi sokongan. kadang2 sy boleh buat orang lepaskan apa yg m'bebani fikiran dorang. At least saya lega sikit. walaupun xdapat tolong secara langsung, at least sy dah tolong ringankan sikit beban dorang.

Cuma sedih.
bila kita selalu ada dengan orang, tapi bila kita perlukan someone, sorang sahabat sejati, sape yang boleh tampil???

sedih jugak kadang2. bila kadang2 sy sniri tertekan, perlukan someone, sumanya ada hal masing2. Masa x btol? xkan semua orang kot...bila dorang diam or excuse, ape lagi yg boleh sy cakap melainkan cuba tersenyum sendiri dan cakap ' dun wori. i'm ok.'

pengalaman dulu dah cukup bagi pengajaran. tapi bila mula letakkan kepercayaan semula, seolah2 kepercayaan tu x berguna pon. bagai sudah jatuh ditimpa tangga?? camtu lah kot. heh. sekurang2nya tak kena back stabbed macam dulu, dah cukup dah. tak mampu nak rasa tikaman kali ketiga. huhuhu..

hurmmm..xpe. satu ari nanti saya mesti jumpa jugak sahabat sejati. yang penting, jangan putus asa untuk berbuat kebaikan. jangan harapkan balasan baik dari seorang manusia bila kita berbuat kebaikan. kerana manusia mudah lupa. tapi harapkan balasan dari Allah, kerana Allah telah sediakan ganjaran yang terbaik untuk hambaNYA yang sentiasa melakukan kebaikan...

cuma sentiasa ingat, kalau kita wat 1000 kebaikan pun orang xkan ingat. tapi sekali kesilapan dan kejahatan yang kita buat, selama2nya orang akan ingat.

So, janagn sesekali wat jahat atau aniaya orang.

hurmmm..think m getting better. For now..huhuhu..

Rasa2 ada xpeluang saya kt cmpany tu? dah usaha habes2an dah ni. insya Allah kalau ada rezeki tak kemana. kalau xdak pun, ada yang lain lagi. tapi kalau dapat merantau, maybe seronok jugak. dapat belajar berdikari. dapat cari sahabat sejati. kot la ada kat melaka ka, terengganu ka, negeri sembilan ka, sapa tau? cewahh!! hihihi..
melalut dah. okies! till here.

kawan2 yang laen, if u have ur true bestfriend, jaga dorang baek2,k.
Kalau ada kawan yg slalu ada bsama korang masa korang susah, hargai la dia. Sebab dia jugak manusia. Kalau kamu perlukan dia masa susah, dia pun mesti perlukan kamu masa susah. Manusai hidupnya saling memerlukan. jangan lupa,k.
heee~~~ daaaa!!!

ke sana lagi?? Think twice..

2 where? Hurmm..my sis asked me 2 go to....Lost World of Tambun, with her n her hubby. Lost world? Ipoh?

Hurmmm.. I luv Lost World.. I luv waterpark.. But i couldn't make it.. Cz, i dnt know.. I'd luv 2 go there.. But when i think back, it's not the right time. There r tons of memories there. D 1st n d last place..d official place 4 'us' 2 have fun n spend time before.

N if i go there, i might not having fun instead of jz flash-backing the memories. N i might feel uneasy, to think that m not too far from the 'address'. Nanti mesti terasa bersalah sebab dah ada dekat, tapi x lawat makcik nora.

It's not dat i dnt wanna see her.. Nak..rindu kt makcik..kat fuzail.. Da lama x sembang n dngar khabar dorang..tapi..hurmm susah nak cakap. Gpn, dorg pn senyap je. Xpe kot sy ilang cmtu je..risau kt makcik je..kekadang kesihatan makcik x mnentu.. Harap2 makcik sehat selalu hendaknya. Raya nanti, mcam taon2 lepas, harap sangat makcik datang lagi. Insya Allah..klu Allah nak temukan, jumpa jugak sy dgn dorang nanti. Tapi skang, bg sy laksanakan janji sy dulu.

Hurmm xdapat la pegi lostworld.. Walaupun asik sebut2 nak p, tapi sbnaqnya xkuat lagi nak bdiri kt tempat 2 lagi..huhu.. Boleh je buat biasa kalau x dilayan cmni.. Even sy anggap mcm kwn biasa je pn, kalau org anggap kita musuh,kalau org anggap kita hina, jahat, apa blh buat,kan? Yg pnting, sy doakan dia bjaya..bukan stakat kt univ ja,tp bila dh kuaq nanti sbb dugaan di dunia luar lbh m'cabar. N hopefully, dia xkan lupakan kwn2 dia yg slalu ada dgn dia, sokong dia, smpai dia jadi 'somebody' dah kt sana. I always believe in him. Amiin..

Orait. Lost world dah x p. Along plak gtau, Astro ada walk in interview. Huhu..nak p.. Nak p sangat2.. Tapi kena tengok dwet jugak..baru je balik mggu lepas. Nak p pulak, duet lagi..kalau 2 minggu lagi bleh cnsider lagi. Huhu..tapa lah..ada rezeki 2.. Cuma lambat sikit.

Ahad ni nak kuaq jap. Beli barang2 nak masak. Hohoho..tak sabaqnya! Duk tpikir dua tiga resepi ciptaan sniri. Hahah! Tapi nanti dulu. Try yg len dlu. Pas2 nak p albukhary international university jap. Pas2 nak p saloon cuci rambut. Wah! I luv my hair. X rugi gunting taon lpas. Da cantik blk dah. Wakakaka! Then, nak tengok... The sorcerer's apprentice!! Yeay!! Then, p la cari part time job sat. Heee~~
okies!

*incik awak. Bila nak turun kedah..........huhu...dan lagi wt pesanan penaja. Ahaks! K. Daaa!

Reader's Digest Compendium of Puzzles & Brain Teasers

woahhhh!!
Da lama x test brain. Huhu.. Nak asah balik actually. Huhu..
Masa skola rendah dulu rajin gak bukak buku neh. It's full of fun n excitement! Cewah!

Ye la.. Smentara blom dapat keja lagi kan. Dah habes blajaq, otak xbley stop guna. Kalau dah lama xguna, bley tumpul gak. Huhu.. So, kena la rajin asah2 otak balik. Heh.

Wt game awal dalam buku 2,ok lagi. Start masuk crosswords, adehhhh.. Give up sat bila kena tang crossword yg bukan kena selak kamus, tapi kena pikir disebalik clue sbab jawapan ada dalam clue. Huhu..mencabar! Tapi x give up tros r..mana bley.. Hohohoho.. Crosswords kecik2 tu bley lepas. Kena yg besaq 1 page tu? Smpai bratus2 kotak. Perhhh!! Yg 2 pnya, memang kna tdoq ngn kamus. Huhuhu..
Tapa lah. Esok sambung len. Nak tgk CSI plak. Heeee~~~

Gila mencari dan mengumpul mushroom recipes..perrhh!!

Sssllllluuurrrrpppp!!!
Tangkap leleh r dengan mushroom nehhh..
takera lah button mushy ke, kulat ke, shitake ke, potobelo ke, suma jenis bley dimakan. kcuali yg beracon ler...huhu

perrrhhhh!!! tangkap leleh da ni walaupun hanya menulis je pasal ni. hahah! dan mata di layur2 dengan resepi2 yg besh2! oh m gonna try it. yep! musti cuba!!!
Dalam otak ekceli terpikir 1 resepi. saja reka2. Tapi tatau nak letak apa lagi bagi sedap. kena cuba dulu, baru bley.

Mushroom dat i like d most musti lah button mushy..
dah bjangkit wit my older sister, ratah button mushy yg dalam tin tu pon da cukop. huhuhu..
tapi sy suka tambah dalam dlm cream of mushy. the more the merrier. hahaha!!
think wanna try d grilled chicken with mushroom n potatoes recipe.
wahhhhhh!!!
tak sabo nk wat da neh. heee~~~
orait!


~dah nama mencari resepi, dilayur plak ngn resepi best2, pa lagiiii...memang ingat nak makan je la..hohohohoho~

manusia kah attau binatang???

Sdeynye tengok Halaqah Sentuhan Qalbu minggu ni...

sdey bila dengaq Ustaz Hanafi cerita pasal 1 kisah benar tadi..

Pasal sorang gadis yang lahirkan anak luar nikah dalam tandas..

Dikala tangisan bayi itu masih kedengaran bila dia meletakkan bayi tersebut dalam mangkuk tandas..

Dan dikala bayi itu masih menangis, bernyawa, dia kalah dengan bisikan syaitan..

Lantas terus ditarik pam tandas tersebut, dan hilanglah bayi tersebut bersama aliran air itu...

Ya Allah...

Manusia atau binatang???!!

Sangat sedih..

Syukur Alhamdulillah Allah melindungi saya dari suma perkara tu...

Syukur Alhamdulillahhh...

Sangat kejam dan bukan manusia sesiapa yg bertindak demikian.

di akhirat nanti, bila Allah tayang balik apa yg dah dibuat, baru nak menyesal..

Kesian bayi2 tu..

Bagi la kat sapa2 yg inginkan anak..jgn dibuat macam tu..

Tapi, kalau ikutkan, anak luar nikah sekarang dah meningkat.

Mereka tak berdosa...

Tapi saya tetap risau..

Sebab orang2 yg nak ambil anak angkat pun mesti nak anak tu dari keturunan yang baek2..

hurrrmmm....

dunia akhir zaman..

lebih teruk dari zaman jahiliyah dulu..

Mudah2 Allah memberi pengajaran pada manusia2 kejam macam tu.

Biarlah mereka terus dihantui perasaan bersalah dan berdosa supaya mereka tak lagi lakukan perkara yang sama..

Perasaan atau Perasan???

Hurmmmm...
dari smalam..
rasa laennnnn ja.
pasepa eh?
perasaan atau perasan?
ahaks!
bukan perasan yg syok sniri ok.
tapi...ntah. Ada rasa ketaksedapan ati..
like there's sometg wrong here..
but i dnt knw whether it is really wrong or not..
mana tau tu cuma perasaan dan terperasan ja?
aishhhh...
ada wat silap ka???
kat mana??
hurmmmm...
tapa2...
relaxxxx....coooooolllll...
tengok esok lusa cena.
nak berperasaan dan berperasan lebey2 xley gak.
hohohoho..
ape la yg budak ni mngarut. huhu..
kalau p tengok Inception td pun xpa.
tamo lah. nak tengok sorcerer's apprentice. let's check the movie time!!!
tengok sorang lagi la nampaknya.
Klu kt AS Mall tapa. Klu kt city plaza p sorang2?? oh nooo...
takut dan merimaskan. hohohoho..
oraitt!!
daaa!!

Peewwwhhhhnaaaaattttthhhhnnnyyyyhaaaaa!!!!

Ahaks! Paham ke? Bley baca kan?
Penat giler!!
Penat berurusan ng pihak UiTM.
Nak kutip cop punya pasai..
huhuhu...
HEA, Hostel,HEP, Pentadbiran, HEA balik. Fewww!!!

Dengan tak breakfast lagi trus p sana. Smata2 nak bg dan jugak siap sblm lunch hour.
At last, siap jugakkkkkk...setel dah borang tamat pengajian..
Pengajian baru???
Ohooooo..yg tu tunggu dulu..
Bulan lapan ni rasanya tak smpat nak register.
Asik berulang AS-KL-Perak je neh.
Gpun my parents da stuju, cari kerja dulu. Yup! Tu la yg sy nak.
Pastu baru sambung lagi. Mudah2an ada rezeki..aminnn..

Sblm pukul 12.30 dah setel, trus balik.
Dah la bawak laju.
Pastu tadi tengah laju drive, tetiba ada org jatuh moto tengah jalan. Tengah2 btoi. elok Sy lalu tepi dia, dia jatuh.
Huhuhuhu...sep baek la xhilang kawalan stereng.
Tapi mesti r bukan sy yg wat.
Sentuh pun idak. Dia mngelak dr keta belah dia ka mmg dia ilang kawalan sniri, xpasti plak.
Tapi risau gak td. Duk tbayang. Kalau la x elak sket tadi, mau dia jatuh trus tlanggaq dia, fuhhhh!!! mau melayang lesen P sy. hahah! dah la x kompeten lagi tapi bawak xseropa pmpuan yg bawak. huhuhu...
Alhamdulillah syukur xjadi apa2. dah la p sorang2 td. Risau ja. huhuhu..

Worait!! time 2 rest. ptang ni ada projek ngn mama plak. hohohohoho!!!

Always remember...

Always remember that someone hates you very much....
Really2 hates you...

remember all d words...
d words that ever hurt u a lot..

always remember that..
n don't ever forget..

with it, u'll be strong..
ok Nur 'Aqilah?

Cheer up!!
don't make d past ruin ur new life.

apa nak dibuat kalau...

apa yg perlu dibuat kalau ternangis dalam tidur tatkala termimpikan perkara lepas??

Jawapannya...
Siang nanti tengok wayang sensorang! Yeah!!
Hahah! Xbtoi da.
Ceni la budak ni bila menghepikan diri sndiri.
Tamo sedih2 sebab dah lama x alami. Eh. Tak. Kekadang alami gak. 2 pn bila pikir pasal parents n family. Sensitip! Tokleh pikir lama2. Huhu..

Tamo nangis2 sbab sy dah lupa mcam mana nak menangis.

Tamo kecewa sbab sy dah hilang ingatan tentang apa itu kecewa.

Tamo lagi sakit ati sbab sy dah x ingat cmna sakit ati tu rasanya.

Saya cuma nak hepi2 aja.

Oleh itu, apa pn perkara yg cuba m'halangnya, saya akan tepis dengan cara saya.

Hohoho..tamo mimpi pkara lepas lagi da..mcam bengong je rasa nangis dalam tdo sbab pkara tu. Huhu..

Worait2! Senyum selalu! =)

~YOU've opened my heart~

Who??? Sapa? Sapa? Sapa?
ahaks!!
Tadak sapa lah. Saja ja tuh..hihihihi..
I mean, Allah yang bukakan pintu hati..

Baek ke tak berita tu???
Hurmmm..tak dapat nak diklasifikasikan lagi. hohoho..
Tapi bukaknya hati ni belum spenuhnya lagi.
Tatkala kenangan silam betul2 memberi pengajaran yg terkesan dalam hidup.
Kala itu juga anjakan paradigma telah berlaku. ahaks!
ye ah.
My friends slalu cakap camtu.
'Qilah. Ang memang berubah kan. Ang kuat..."
'Cuk. u kuat. i x sekuat u..x setabah u..'

Adehhh...
Kekuatan sebenarnya datang bila kita berpijak di bumi yang nyata.
Bukan dengan memaksa diri membuang segala nostalgia.
Mungkin saja segala nostalgia dan kenangan lama tu dapat memberi kesan yang positif di sebalik negatifnya.

Mudah untuk mengucapkan.
Tapi berat untuk memikul.

Itu saya faham..

Kadang2, tak tahu macam mana nak cakap kat kawan2.
Saya taknak kawan2 laen kalah, lemah, semata2 sebab sesuatu yg dipanggil C.I.N.T.A..

Zaman sekarang, bukan mudah nak dapatkan cinta sejati.
Banyak sangat kes cerai, kes buang anak, kes zina, dan macam2 maslah moral.
Kalau tu lah akibat daripada ikatan yg dikatakan berdasarkan atas nama C.I.N.T.A., di mana kesuciannya? Di mana keikhlasannya? Di mana kemurniannya? Yang penting, di mana barakhnya??

Tiada agama yang menghalang C.I.N.T.A.
ia adalah fitrah.
Namun, manusia seringkali tewas dengan C.I.N.T.A. yang berlandaskan nafsu semata.

Tak wujud nafsu tu ketika bercinta??
Wahh!! Pengakuan berani dari seorang sahabat.
Nafsu itu nyata lagi jelas ada dlm diri manusia.
Tambah pula dengan kita yang berada dalam zaman serba moden skarang, iman makin rapuh!
Walau sekuat mana iman, andai dinding iman berjaya deceroboh walau sebesar zarah nafsu, sukar untuk dipulihkan jika tak punya inisiatif untuk menghalangya.
Bukan utk elakkan terus.
Tapi elakkan daripada kalah dengan nafsu semata.

Jika ingin mencintai seseorang, tanya dulu diri sendiri.
Sudahkah kita mencintai pencipta kita sebaiknya? Ibu bapa? Keluarga? Dan diri sendiri?
Ramai yang lupa bertanyakan persoalan ni pada diri sendiri.
Dan akhirnya membuta tuli memberikan hati.
akibatnya?????

Bila kecewa, mula menyalahkan orang lain.
Mula menuding jari. Mula menyalahkan diri sendiri.
Kecewa tahap gile babas. huhuhu..

benda2 ni dah slalu sangat kita baca,kan?
Yup! saya akui, dulu pun saya slalu sangat baca artikel2 yang macam ni.
Tapi tak pernah terlintas yang diri sendiri akan kecewa bila mana dirasakan hubungan tu dah dapat restu keluarga masing2, keluarga masing2 dah saling mengenali, terasa pasti akhirnya akan bahagia.

Kita cuma merancang, tapi Allah yang tentukan.

Walau sekerap mana perbincangan dilakukan, walau sebanyak mana penyelesaian ditemui, walau sebanyak mana cubaan untuk mempertahankan diusahakan, akhirnya???

Kawan2 saya banyak mengeluh...
'5 taon tau...'
'7 taon bukannya kejap wak...'

Apa yang ada pada angka?
Tau x. Seorang alim pernah menyatakan bahawa ada kes2 penceraian berlaku bilamana sang isteri yakin bahawa usia percintaan yg lama membuatkan dia telah mengenali si suami. Namun, beberapa minggu setelah berkahwin, si suami menunjukkan sikap yang langsung tak pernah terlihat sebelumnya ketika dalam percintaan.

Nah. Perkara ni memang benar2 berlaku. Ternyata benar, cinta sejati bukan mudah ditemui.

Usia percintaan yang lama x menjanjikan bahawa kita benar2 mengenali hati dan budi sebenar. Kan orang tua2 selalu cakap, masa bercinta, kentut pun wangi. hahah!!
betul sangat lah tu.

Skang, ntah macam mana lagi saya nak nasihat kt kawan2 saya.
Ada yang lelaki tapi perasaan macam perempuan. Terlalu mudah sangat lemah.
Adehhhhh...
Ada pulak yg situasi berbeza, tapi menderita bila selalu sangat dituduh macam2, tapi takdak kekuatan untuk tinggalkan.
Apa yg dirisaukan, kalau lepas putus, xde lagi mesej, xde lagi call. sunyi.
Adesss!!!

Babe! I dulu macam tu jugak tapi family n kawan2 sentiasa ada laaa..u don't have to worry pasal hilang sorang yg langsung tak reti menghargai..
Kalau sebelum kawen dah tunjuk perangai macam tu, bayangkan saja lepas kawen. Tah tuduhan apa lagi nk dilemparkan.
apa yg dijawab cuma " i x sekuat u.."
Allahuakbar...
Kadang2 saya pun dah giveup nak bagi nasihat dan sokongan.
Tapi tak boleh. Sy sayang kawan2 sy. sy taknak dorang lemah sebab ni.
Ni lah kelemahan yang paling lelaki suka pandang rendah kat perempuan. Mudah lemah dan mengalirkan air mata sebab cinta.

Nak buat macam mana..kalau ktorang dekat macam dulu, boleh je saya ajak kawan saya tu keluar jalan2, makan angin, buat kerja gila, lepaskan tensen tu..huhuhu..

Tapi dah jauh..susah la..

xpe lah. Satu ari nanti dorang akan paham apa yg sy cuba sampaikan.


Walaupun pintu hati dah terbuka setelah setahun menanggung luka, tapi belum sembuh sepenuhnya. Masih perlukan ruang untuk menerima seseorang yg betul2 ikhlas sepenuhnya. Bukan mudah nak terima orang baru... Tapi alhamdulillah..sikit2 tu dah boleh kot...cewah!!! pandai ja. huhu..

Apa2 pun, banyak perubahan kt sy yg kawan2 sy cakap. huhuhu..
maybe yes, maybe not.
belajar utk berdikari tanpa bergantung pada sesiapa untuk bagi semangat.
Being self motivated.

Currently ada interview. Memang gabra. Agak la..officially yg tu first time.. Tapi alhamdulillah, bjalan lancar. Cuma bila first time dengan intvew yg btol2 ni, bila kena unexpected question, agak mencabar gak nak jawab. kena provok, tu pkara biasa. yang penting lawan je..bidas je mana xbtoi. nak lemahkan semangat sy? oh tidakkk...tak kan mungkin. Cewahh!!
tu pun usaha lebey da tu..penampilan pun berbeza habes! tak penah2 pakai cmtu sebelum ni. huhuhu..
Tak pe lah. Pengalamannn...Kalau ada rezeki, ada..terima dengan hati terbuka.
Kalau xdak, yakin ja ada rezeki laen menanti. heh
yang penting, i'm hepi!!!

So kawan2, jangan mudah lemah sebab cinta ya!
kita kena kuat. Kalau dengan cinta pun dah kalah, kalau ada dugaan yang lebih berat nanti, macam mana kita nak tempuhi kan?

heh. Bab cinta dipilih disebabkan ramai pulak kawan2 yg ada prob pasal ni lately. Musim perang dingin lah. Musim single lah. ahaks! memacam! huhu..

okies! till here. Daaaa!!

when there is a way..

when there is a way, means there will be hope..
A hope 2 reach d end of d road..
End of d road with beautiful dreams..
Beautiful dreams that are not only dreams..
But dreams that become reality...

When there is a way 2 a dream, that means there will also barriers to stop the journey..

A young woman like me shouldn't stop d journey.
No, i won't.
No matter how far d journey is, how hard it is, i won't give up.

As there are so many things 2 do, i have 2 win. It is a must! I dnt want any other person sacrifice for me anymore..
Now it's my time..
My turn..

I can do as best as i can.
Doa as much as i can.
But d desicion, d result, is not mine.
I jz cn only do my very best, doa as much as i can, n leave d rest to HIM.
Cz i always believe, Allah is always by my side. HE knows what's best 4 me...

sesekali..

sesekali diuji bila terlalu penat n ada manusia menguji kesabaran serta kepenatan itu. Main2 plak bila bg mesej. Dah la penat. Penat bru smpai dr KL xhabes lg. Pas2 p perak plak td. Penat blom habes. Ada plak mmbr wat ayat macam penting sangat2 nak suh sy on9. Xbleh gtau dlm sms. Sampai umah pkul 11. Memang da ngantuk. Tp gagah jgk bukak laptop,on9 fb. Mesej plak pendek2. Bkan nak straight 2 d point. Bila sy balas acuh x acuh, baru nk tanya. Soalan yg btul2 x pnting yg mnguji kesabaran. Ingatkan nak tanya pasai keja.haishh..
Bila mata dipaksa bkak, lama2 mata jugak tpaksa dipaksa utk tdo. Hurmhh..

Isu ESQ hangat diperkatakan.

Saya xboleh nak cakap panjang2 takut nanti cakap dengan emosi. Huhuhuhu..lagipun, ilmu xcukup untuk debat hal2 haram halal ni. huhuhu..
Apa2 pun, try 2 check this out. Maybe boleh tolong sikit sbanyak bagi penjelasan.

http://esqlc165.blogspot.com/

http://www.zaharuddin.net/content/view/828/89/

Memang agak panas isu ni skang.
Tambah2 bilangan trainee yang ratusan ribu di seluruh dunia.

Tapi kan, kalau isu ni diperdebat sehebat ceni, kenapa tak siri realiti TV yg hiburan melalaikan tu jugak diperdebat?

Makin banyak kan??

So, para mufti2, jangan pandang satu2 isu saja. Isu laen yg dipandang kecil dan remeh, bila dh jadi kebiasaan akan menjadi 'kehidupan'.
Haramkan jugak AF, Mentor, idola kecil, bintang RTM n sewaktu dengannya yg melalaikan serta menjerumus kearah kemaksiatan!!!! Program2 ni lagi la nyata haramnya. kan? fikir2kan dan selamat beramal =) heee~~~

Hari ini..hari ini..=)))))

wahhhh!!
hepi dalam geram? Geram dalam hepi? aishhh!! mana2 lah! huhuhu..
Geram sebab berkurun lama plan nak kuaq. Asalnya plan nak tengok Eclipse.
Tapi Eclipse plak kuaq 8hb..ekceli dah kuaq malam ni..midnight movie. 11.30 dah ada. tapi apakan daya..kalau kuaq ngn keta, bley la gk midnight movie. huhuhu...

Geram sebab dah la nak kena tukaq plan banyak kali. Pastu training tadi habes lambat pulak..cakap pukul 5 habes. Tapi last2 pukul 7 baru habes. Sep bek x beli tiket wayang lagi. Tapi kesian kt dia la. 3 jam tunggu kat Mid Valley. huhuhu... Sori ye incik awak!

Habes2 training, trus rush p Mid Valley. huhuhu...Pnat jugak la. Seharian kt luaq,kan. Tapi best! Sebab dapat mein bowling!!!! Weeehhooooo!!! Tapi kali ni mein bowling pakai baju kurung. 2nd time mein bwling pkai baju kurung. Tapi redah je. Ahaks! Tapi xpuas ati la sebab xdapat mein betoi2 sebab pkai baju kurung. Kaki x bleh silang btoi2. huhuhu.. tapi dapat jugak lepas 100. kira ok la tu. Tapi xpuas ati sebab kalah ngn incik awak! wawawawawawa!!!! tak adil btoi! huhuhu..
tapa2..next time kita lawan kt loqstaq plak na. ahaks!

esok balik kedah, pastu mai cni balik ada hal lagi. en.shah, kak rini, en.adnan, en. azhar, en. azuan, bila nk mein bowling ngn kiki neh??? huhuhu.. da ada student praktikal baru, kiki dilupa jangan. aicewah!!! miss all of u lahh..malangnya xdpt turun bangsar south jumpa anda semua..senyum2 selalu =p

ok. it's time to tidoq. pnaaatttt sgt2 seharian kt luaq. dan kasihan kt perut sebab x cukup mkn ari ni.. brkfast sekepping sandwich n seteguk air. lunch sepinggan nasi goreng. dinner bubur ayam panas sbab perut da mula nak bergas. so, kna makan benda panas2. smpai umah, makan roti ja. Peruttt...tahan sat na..jangan bagi gastrik tau. huhuhu...okies! gudnite! senyum selalu! =) MMmmmuaaxxx!! luv ya!

u can't keep hiding from d truth

ahaks! Ske amek lirik2 MZ. Hohoho..
Hurmm..skang ada kt mcD Bangi. Ikot along discussion ngn kwn dia. Ingatkan nk discuss kt palace of justice kt putrajaya. Hurm. Office baru along kt c2 pn xp g. Ahaks! Suma office dia sy nk masuk. Hehehe..
Tp last2 dia cakap discussion kt mcD. Hahah! Follow tros! Hehehe..
Tapi boring gak neh. Dari ptang td asek melengu melayan intenet ni. Huhuhu..

My plan 2 watch Eclipse with Incik Awak kmungkinan ada masalah. Wawawawawa! Da sampai cni da.. Tamo la bagi x bley..huhu.. Sebabnya angah cakap kalau dia dapat cuti ari khamis, rabu tu dia nak amek dah. Wawawawawa! Eclipse kuaq ari khamis! Huhu.. Incik awak. Kalau sy balik khamis, kita kuaq ari rabu bley x? Any movie. Zoo again pn takesah. Hohoho!

Aishhh.. Cmne neh..
Lately kan, ati ni macam tngah diuji je. Huhu.. Kecelaruan, kekeliruan, or memang dh masanya wt keputusan? Adesss! Xpa2..ati kuat! Hehe.. InsyALLAH.. Belenggu ati seperti dulu xkan berulang. Thanx 2 him jugak sbab bg pngajaran yg sangat terkesan dlm hidup, n pngajaran 2 btul2 m'bantu dalam menilai diri sy sndiri,n lbih bhati2 dalam persahabatan...

Adehhhh!!! Ade lagi ke..??

Adoyaaiiiiii...
Ari ni besday kawan orang itu.
Mior a.k.a Panjang. Xpnah r pangge panjang. Tu kawan2 dia ja. sy pangge Mior ja. huhuhu..
Si Mior ni, taaaaakkkk abeh2 nak sebut nama orang tu. Adess!!
Asal komen ja, ada la nak suh kim salam. Hampes lu perli gua. huhuhu..
Nak tergelak pun ada komen ngan Mior neh. Macam2 ragam.
Tak abeh2 nak ungkit cita lama.
Tengokkk!!!
Pehal korang suma asek duk ngungkit neh??
Aisssshhh!!!
Tembak jugak kang!
huhuhu...
Kawan2 dan keluarga ku sayang...
Tolonglah faham betapa saya dah jadi rakyat asing dah untuk dia.
ok??
Tolonglah faham betapa teramat sukar sy nak lepasi suma dugaan yg dah pun sy dpt lepas skang ni. okies?
Jangan wat sy sdey lagi tau!
hehehehhe
luv all of u. Mmmmuaxxx!!

Ape neh family ku sayang.....

Aishhhhhh.....
Mama n papa. Kakcik n alonz. Udah2 le menyebut nama itu...
jangan diungkit lagi hal2 lama...
Klu rindu sangat, ampa suma ja la contact dia. Hahahah!!

Haiyooo..tak habes2.
Mentang2 la orang nak try maybank, papa dengan selambernye kait nama pakcik nasa. huhuhu...
Pakcik nasa kan kt branch vietnam..
Adoyaiiii....
pepagi lagi dah naik nama2 mereka yg baruuuuu ja nak lupa.
Memang la tak leh lupa sebab family dia suma baek2..baek sangat..sampai rasa sayang nak lost contact. Tapi terpaksa..for my own good, n kbaikan dorang jugak.

Lately ni kerap pulak nama2 dorang muncul di mulut my family. papa pun xtersangka nk sebut nama dorg. Xpnah2 dia dk sebut nama kwn2 laki sy yg len. Yg ni dia ingat sungguh.
huhu..family ku sayang..tu suma kesah silam sy. Nak tolong org xbg org sdey lagi tak? Kalau nk tolong, jgn ungkit2 lagi eh...sebak nanti. huhu..
Tambah plak ni dah dekat puasa, dah dekat raya, kompom soklan common akan muncul jugak nanti. Aiyakkk!!!! Namo3x....Dah la taon ni nak balik pahang. Jangan orang pahang pun tanya jugak sudah laaa..huhuhu...
insya Allah, kalau Allah takdirkan kita suma jumpa, jumpa jugak nanti.. ok?? Yang penting, sy buat semua ni, nak penuhi pmintaan dia. huhu..wlupun dulu sy slalu marah2 klu kuaq cita pasai dia, tapi dorang still ingat kat dia. xpa2. sentiasa bersangka baek. buang sangka buruk. sebab sangka buruk adalah salah satu belenggu yang menutupi hati. heeee~~~

xpa..jodoh ketentuan ditangan Allah.. kan orang dah hepi skang. Tak suka kah???
Ada ramai kawan..kawan2 baru...kawan2 baru..kawan2 baru... ahaks!! Maksud tersembunyi tu. wakakakaka!!! =p

Slow2 ye. Tengah mengubati hati lagi ni. hohohohoho!!
Tapi xpa. senyuuuuummmmmm selalu. sentiasa berprasangka baekkkkkkkkk ja. jauhkan diri dari sifat2 mazmumah, orait! Ingat Allah slalu. Tu yang penting. heee~~~
okies!! senyum2 slalu ye semua. salam 165. aicewah! hihihi... daaaaa!!! doakan yg terbaek utk sy tau =)))))))

mipmip!! mipmip!!

heheheh..suka wt bunyi tu. hohoho...
bunyi roadrunner, katun peberet masa kecik2 dolu2. Xjemu2 nengok tape nye. heh.

Bunyi macam tengah hepi kan?
bley laaa..agak laaa...
knapa?
hurmm....sebabbbbb...
Yeayyy!!!
Ada hikmahnya tercancel p KL minggu ni..
Sebab memang nak kna p pon...
ada hal kat sana jap. huhu..
mama terpaksa bagi sebab macam penting gak r benda neh..
Paksa rela kot..huhu..

So, tadi baru sampai dari Perak, trus cek emel.
Aiyok! nervous la plakkk...
Banyak benda nak kna settle minggu ni.
Esok nak kna antaq kak cik p kola perlis.
Pastu singgah UiTM jap nak amek sign en.Jeff.
Pastu singgah Shahab beli tiket.
Petang, mama n papa p Taiping plak.
Sabtu, kna p pjabat pos beli money order.
Pastu setel itu, setel ini. Wahhhhhh!!! banyak nya nak kna setelkan!
Bila nk study nehhh???!!!
huhuhu...

Kalau lama kt KL, bley gak jalan plan yg dirancang2. ahaks!!!
Eclipse dalam fikiran dah ni. hahah! Babe! kalau tak jadi, don't watch it without me!! hahah!! juz kidding. =p

doakan yang terbaek aja.....
amin3x!!!!

Back to Home Back to Top Cahaya Pelindung. Converted Blogger Templates by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.