Makaroni bakar. sedapnyeeee!!!

Bahan-bahan

300gm macaroni
250 gm daging cincang
4 biji telor (pukul kembang)
3 sudu rempah kari
2 labu bawang besar
1 tin susu cair
1 cawan air
sedikit keju parut
minyak utk menumis & garam


Cara-cara

rebus makaroni hingga empuk & toskan
kemudian panaskan minyak & tumis bawang besar bersama rempah kari sehingga naik bau.
Kemudian masukan daging & kacau rata hingga daging masak
Selepas itu masukkan susu garam dan gula. Kacau rata
Masukan makaroni air dan kacau hingga mendidih.
Tuangkan adunan kedalam loyang yang telah disapu minyak.
Tuangkan telor dan taburkan keju. Bakar selama 180 C (45 minit}


(Sapa suka angkat kaki!!! hahahah!! besok nak buat. Bahan dah ada. Tapi nak tambah bahan laen lagi bagi lagi sedap lagi dan lagi dan lagi. Omigoshh!! Belum buat dah terasa keenakannya. Tolonggg!!! hohohoho...)

0 comments:

Leave a Comment

Back to Home Back to Top Cahaya Pelindung. Converted Blogger Templates by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.