Lepas maghrib tadi p masjid al-bukhary dengan mama. Mama beriya2 nak p arini sbab ada ceramah dari ustazah fatma al-zahra. Btoi x eja? Huhu..
So,bawak la mama p..nak bagi mama drive sensorang malam2 ni, xsedap plak. Gpun, benda baik. Xrugi apa pun kalau p. Untung lagi ada lah. Heh.
Sampai tadi lewat sikit sbab siang ikan siap2 utk nak wat laksa esok. Lamanya xmakan laksa. Laksa beli x lalu. Laksa wt sniri je makan. Kalau laksa kola perlis baru makan. Hehe..
Ok. So, smpai tadi, dah start dah la. Tajuk berkaitan ramadhan. Banyak ilmu sy dapat. Umur muda2 ceni, kalau x amek ilmu yg baek, sangatlah rugi. Tambah plak tngah free. Rebut je la peluang yg ada.
Antara yg dsebutkan adalah doa2 amalan dibulan ramadhan. Dua untuk diri sndiri. Dua untuk Allah. Untuk diri sendiri 2 doa yg slalu kita baca waktu bagi salam masa habis solat. Doa minta dimasukkan dalam syurga dan dijauhkan dari neraka. Sebelum ni, sy yang kurang ilmu ni slalu buat masa solat n doa ja. Teruknye budak ni. Huhu..tapa2. Dah blajaq dah kan. Dah tau dah kan. So, bulan ramadhan ni, slalu la baca doa 2 walau apa pn yg kita wt. Tengah drive ka,tngah baring ka. Ha. Xpun, time bukak puasa. Salah 1 masa doa paling mustajab.
Pastu, 2 untuk Allah adalah Asyhadu an la ila ha illallah, dan jugak istighfar.
Pas2 pasal bermaaf2an..
Ustazah ada tegur. Amalan org Melayu ni, time nak raya baru la nak 'maaf zahir dan batin'....
Salah sbnaqnya 2..bukan salah apa..
Patutnya,bermaafan lah sblum masuknya bulan ramadhan agar puasa kita sempurna. Ni bila dah habis puasa baru nak mintak maaf. Habis 2 puasa 2 cena? Fikir2kan.. Tapi b'maafan tu bukanlah dibulan ramadhan je tau. Kalau kita amalkan sebelum tdur kita maafkan semua orang dgn ikhlas, insya Allah, syurga lah balasan kita. Oleh itu, sbelum sy tdo ni, saya mohon maaf pada smua rakan2, sesiapa yg mngenali diri ni, dan saya juga maafkan semuanya. Saya hanya manusia biasa. Tak layak m'hukum sesiapa. Biar selebihnya Allah yg tentukan. Silaturrahim jangan diputuskan. Aishh..terasa pulak tang silaturrahim ni. Mintk maaf makcik nora. Xde niat. Tapi buat untuk kbaikan. Kbaikan sy, anak makcik,dan kedua2 keluarga. Xsedap jugak, baik dgn makcik, tapi anak makcik ape la anggapan dia nanti. Tamo dia pikir xbaek pasal sy lagi. Mohon makcik faham n jgn kecik ati. Insya Allah klu dtakdirkan kita jmpa lagi, kita jumpa jugak. Rindu kt makcik. Kat fuzail. Huhu..2 org tu la yg duk sembang slalu pn. Heh.
Okies. Pas2..hurmm..hah!
Puasa. Ramai sbnaqnya yg dah paham pasal puasa ni. Puasa yg bukan sahaja menahan dari lapar dan dahaga.
Ramai jugak yg tau. Bulan puasa, semua syaitan diikat. Tapi Allah tinggalkan satu makhlukNYA dalam diri manusia.
NAFSU.
Nahhh..nafsu ni la yang lebih dan paling berbahaya sebenarnya berbanding syaitan. Syaitan ni, kita baca ayat kursi, 3 qul, lari la dia. Tapi nafsu? Ayat apa nak dibaca? Melainkan iman yg kuat yg mampu melawannya. Haa..bukan mudah nak melawan nafsu ni ye kengkawan. Iman tebal mana pun, skali kalah ngan nafsu, hancus!
Saye pun riso gak kalau tak bley lawan n sempurna puasa saya. Yg lelaki, korang mesti la lagi hebat dugaannye kan? Pmpuan seksi..rokok..tapi jangan risau. Kalau niat betul, pencegahan yg btul, insya Allah boleh menang.
Caranya sangat mudah.
Kalau takut tlupa niat puasa, buat niat untuk sebulan tros. Niatkan utk peroleh puasa yg sempurna. Puasa yg diterima Allah. Puasa yg dapat bantu kita masuk ke pintu ar-rayan nanti.
Tv2 mustilah dijauhi. Program keagamaan xpe. Tapi bila time hiburan, lagu2, drama2, hndustan ke hapa, tutup tros. Oh! Mampukah x tengok Benci Bilang Cinta? Huhuhu.. Saye boleh! Kna tanamkan dalam ati. Kuaq je hburan, cakap dalam ati 'mengaji lagi bagos'.
Pas2, time puasa ni, kna la tutup mata n jaga lidah.. Wah! Susah gak ni. Bersyukur sbab sy jenis jalan tunduk. X tngok orang. Huhu..tapi saya seorang yg banyak cakap! Alamak..bahaya sangat 2.. Huhu..tekurang kt c2, tlebih kt cni plak. Adess..tapi tapa. Cabaran untuk saya. Nak pahala lebey x? Musti la nak! Oleh itu, saya musti kuatkan semangat. Bulatkan tekad.
Fuhh! Ramadhan ni hadiah dari Allah.. Sangat lah rugi kalau xhayati dan x smpurna ramadhan kita. Bulan ramadhan lah semua pintu syurga dibuka. Pintu neraka ditutup. Dan sesiapa yang terpilih, Allah keluarkan ahli neraka dan masukkan ke syurga. Indahnya Ramadhan. Solat Tarawih juga dikira sbagai qiamullail. Tapi dengan syarat, ikut imam smpai habis. Kalau imam wt 8, masih dikira qiamullail. Kalau imam wt 20, kita wt 8, dikira Tarawih aje lah. Camtu kisahnya..
Bila dngar ceramah tadi, tetiba rindu nak p Makkah lagi..dulu p pun kecik lagi. Skang dah besaq, dah kenal dunia, erti hidup, macam2 nak doa depan ka'abah. Harap sangat2 dapat p umrah bulan puasa kt sana. Mudah2an Allah kabulkan impian yg 1 ni. Aminn..
So, esok ada lagi. Tapi rasanya tak p kot..sbab esok mama n papa n my aunt n cousin nak p umah tok. Kemas2 umah 2. Nak sewakan. Cik pulak katanya pagi2 lagi dah ada hal. Saya mama arahkan duk umah n buat laksa. Sep baek dah expert. Xplukan ptolongan sesapa. Cewah!! Belagak! Jangan xsedap sudehh..aishh..anak2 prmpuan mama suma pandai masak. Musti sdap punye. Ahaks! Tekan butang. Hohoho..
So, tu je la celoteh saya.. Sikit sbanyak sy kongsikan apa yg sy blajaq tadi. Kekadang, benda yg sama ja yg kita dngaq. Tapi, kadang2, ada masanya kita dengar,telinga buka, tapi hati tertutup. Jadi, ilmu x masuk betul2. Sy doakan smoga pintu hati kita semua sentiasa Allah buka utk sentiasa menerima hidayahNYA. Amiinn..
Ok. Untuk yg mengenali saya, sy mohon maaf atas segala kesilapan, klu ada m'guris perasaan, dan ada yg menyusahkan. Smoga Ramadhan taun ni akan jadi Ramadhan yg paling bermakna utk kita semua hendaknya...
Salam sayang dari saya. Mmmuaxx!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Leave a Comment