aku, kamu, dan semua

baru sebentar tadi, saya berkesempatan mengunjungi blog seorang rakan. seorang sahabat lama. bersemangat kata2 yang ada didalamnya. tentang perjuangan menegakkan Islam khususnya. Alhamdulillah...hati ni memanjatkan kesyukuran kerana semangat itu masih ada dalam dada. tak pernah luntur.
"demi Allah, aku tidak akan berhenti berjuang". kata2nya itu membuatkan hati ini sayu...
andai saja semua insan di dunia punya semangat yg sebegitu, saya pasti, khilafah pasti akan tertegak dengan mudah. namun, perkara yang baik, bukan mudah untuk dilaksanakan. pasti ada saja ujian yang akan datang menghayunkan batu2 untuk menghalang.

jika dinilai dari kata2 tersebut, pasti, ramai yang punya rasa sebegitu. namun, jika diselami jauh disudut hati, saya pasti ramai antara kita yang masih lemah. lemah dengan keasyikan duniawi. tidak terlepas juga diri ini.

Ingin berubah untuk menjadi yang lebih baik. siapa yg tak nak? kan? lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik.begitulah sebaliknya.

dan untuk mendapatkan yang terbaik, perlu dinilai diri sendiri terlebih dahulu. perlu cerminkan diri dulu. kadangkala, kita gambarkan pada sesetengah orang yang kita ni baik. tanggapan mereka pada kita mestilah baik2 sahaja. tapi, kadangkala, masih ada sesuatu kekurangan dalam diri kita yang tidak mereka ketahui.

hurmmmm..saya masih mencari kata2 yang sesuai untuk dikaitkan dengan apa yang ingin saya cakapkan. baiklah. straight to the point. kadangkala, kita manusia hidupnya hipokrit. munafik dengan diri sendiri. bercakap saja ingin berubah, namun dimana yang berubahnya? setakat amal ibadah, yakinkah kita semua itu akan diterima olehNya? dimana amal2 sampingan kita? bagaimana dengan cara hidup kita? pergaulan kita? percakapan kita?

mengucap saya apabila mengetahui sikap sebenar seorang rakan ini. sungguh, saya kagum dengan semangat juangnya. dalam hati mengucapkan syukur atas istiqamah pendiriannya. namun, satu yang saya kesali. percakapannya sesama rakan, langsung tak dijaga. bukan niat untuk memburukkan. tetapi sebagai peringatan untuk diri ini serta yang lain. mana mungkin seorang yang ingin menyampaikan syiar Islam boleh bersikap sebegitu...

syukur alhamdulillah, Allah masih lindungi saya. biarpun diri ni tak lah sehebat mana untuk menjadi srikandi solehah, namun dalam hati, masih kuat untuk mencapainya. Insya Allah, 1 hari nanti...

syukur Alhamdulillah juga, Allah masih melindungi diri ni dari perkara2 keji dan mungkar. biarpun dikelilingi rakan2 sebaya yang masih lagi jahil, bebas bergaul, bersosial, mendekati tirai dosa, alhamdulillah saya masih dapat mempertahankan pegangan diri.

coretan ini hanyalah untuk menyampaikan kekesalan yang terlukis di hati. kekesalan dengan sikap segelintir manusia. saya juga hanya manusia biasa. bnyak dosa lagi yang perlu ditebus. tapi, saya tak nak kawan2 saya terus menerus mendekati tirai dosa. mudah2an Allah memberi mereka petunjuk. untuk yang telah dikurniakan hidayah, saya mendoakan semoga hidayah itu kekal dalam hati.

-ya Allah. jangan Engkau tarik cahayaMu ini setelah Engkau berikan padaku. kekalkanlah ianya dalam hatiku selamanya..aminnn...-

0 comments:

Leave a Comment

Back to Home Back to Top Cahaya Pelindung. Converted Blogger Templates by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.