Marhaban ya Ramadhan..

sedar tak sedar, bulan sya'ban dah pun berlalu. kini tiba pula bulan yg penuh barakah, Ramadhan al-mubarak. bagi para rasul, nabi2, sahabat2, tabi'in, tabi' tabi'in, alim ulama, inilah bulan yg ditunggu-tunggu dan perginya ditangisi.
ingin sekali aku melakukan perkara yang sama. bulan yg mulia ni, ingin sekali aku merebut peluang yg datang sekali setahun untuk memperbanyakkan amal ibadah aku.
memang, tak semestinya bulan ramadhan saja kita perlu berlumba melakukan amal kebaikan. namun, inilah masa yg tepat andai ingin melakukan kebaikan.
salah satunya, pada bulan ni, doa2 lebih mudah dimakbulkan Allah. Antara waktu istimewa adalah ketika berbuka puasa dan tentunya yg lebih istimewa adalah pada malam lailatul qadar.
lailatul qadar. menyebutnya saja, ramai yg ingin merebutnya.

Bagi saya, bulan ini adalah bulan yg terbaik bagi saya. kerana pada bulan ini, syukur alhamdulillah, telah banyak perubahan dalam diri ni. banyak perkara melalaikan dah pun dijauhi. mudah2an dapat ditinggalkan selama2nya, Insya Allah..

mudah2an, segala amal ibadah kita di bulan yg mulia ini akan diterima Allah dan menjadi saksi dihari perhitungan kelak. amiinnn..
jazakallah..

0 comments:

Leave a Comment

Back to Home Back to Top Cahaya Pelindung. Converted Blogger Templates by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.