wahhhhh...!!! Destinasi yang group saya pilih ialah Langkawi. Bila dengar, aduhhhh..bosan!!! tapi, disebabkan 2 orang group members yang masih belum pernah menjejakkan kaki di Langkawi, mengalah je la yang 4 orang lagi..heheh..
Penat rupanya nak uruskan visit ni. Kena buat macam2 surat, kena call sana sini, mintak cop sana sini. Adeh... dan terpaksa la pulak ambik pengecualian kuliah untuk hari Selasa disebabkan tempat nak buat research tu, pihak admin tak dapat nak entertain kalau weekend.
Kronologi perjalanan :
1000hrs
Masih dirumah. Kemas barang yang masih belum siap di pack. Last minute punya packing. huhu..biasalah...rasa malas nak balik. hehehe..
1030hrs
Masih di rumah. Keluar lambat sikit sebab semua sibuk nak balik. Mama yang hantarkan tapi mama p mengaji sat.
1050hrs
Baru keluar rumah. Destinasi, jeti Kuala Kedah. Hanya saya dan Kak Zati yang bertolak dari Kuala Kedah. Cik Zaza, Kak Ayu n Kak Fizah bertolak dari Kuala Perlis.
1135hrs
Tiba di Jeti Kuala Kedah. Beli tiket. RM23 sorang. wahhhh..dah mahal la skarang..hampes pulak dah mansuh potongan untuk pelajar. Dapat feri pukul 12. Melangu la dalam tu sat.
1200hrs
dah naik feri. cepat jugak. naik baru 5 minit, terus feri jalan. Haaaa..mai tang feri ni yang xtahan. Sebab saya ni mabuk laut. huhu..tapi nasib baik lah x seteruk dulu. Pantang naik feri, tak sah kalau tak muntah. huhu..Dalam feri, apa lagi. Cepat2 bukak mp3. Dengar lagu, tidoq. Ya lah. Lama lagi nak sampai.
1325hrs
Dah sampai Pulau Langkawi.....Adeh..bengong2 jugak kepala ni nak turun. Terhinggut2, ayun2. Dah la bawak luggage. kalau setakat beg kecik tu xpa g.huhu.. Jalan keluar, cari 3 lagi group members tadi. Tunngu Nad datang bawak kereta sewa.
1410hrs
Btolak dari pekan Kuah ke Pantai Cenang. Jauh jugak. Dah lama x datang Langkawi, dah tak ingat. Cuma ingat jauh ja dari Kuah. Penat..penat..
1515hrs
tiba di chalet di Pantai Chenang where i'm writing dis blog rite now. hehehe.. so, sampai sini dulu. bersambung nanti ya!
Research Project of Real Estate Finance (Langkawi)
Posted in ~The Colourful Life of Mine~ on 3:21 PM by Nur Cahaya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Leave a Comment