~ExAMinATiOn WeeK!!!!~

Ohoho…pejam celik, pejam celik, dah final exam dah…. Memandangkan ni adalah kali terakhir pnya exam (insya Allah klu x kantoi. Tak pernah g. Harap2 jgn la cipta rekod baru.huhu..),so saya kenalah usaha betul2. Tapi banyak jugak halangan. Virus M dan K itu selalu saja datang tak pernah jemu mengunjung. Heheheh…

Dan masalah pun xpenah jemu nak datang jugak. Ingatkan bila dah habis satu, habislah. Rupanya ada lagi..biasalah..manusia.. tak la namanya hidup kalau xdak masalah. Orang gila ja yang xdak masalah dalam hidup. Huhu..

Bila exam, baru la nak rajin bukak buku sket. Sket ja la kan..bukan banyak pon. Hoho..tapi kira ok la. Kalau dulu, masa final exam, ada ja masalah yang mengganggu fikiran. Menyesakkan. Membebankan. Walaupun dinafikan tapi kenyataannya memang memeritkan. Huhu.. Orang cakap, bila kita betul2 cintakan seseorang, kita akan sanggup buat apa saja untuk org tu. Hurmmm..bila ingat balik, memang betul pun. Saya dah lakukan segala2nya yang saya mampu untuk buat dia bahagia. Tapi sayang… Urmmm..tak pe lah. Tak nak ungkit lagi. Pokoknya, selalu masa exam, ada ja masalah dengan dia. Kekadang masa exam baik. Lepas exam taufan pulak. Huhu..macam2 dah sy lalui dengan dia. Kesabaran diuji sampai tahap maksimum. Hanya Allah yang tahu perasaan sebenar saya masa tu. Walaupun diluka dan dihina, tetap bersabar. Tetap pujuk hati sendiri.

Sekarang dah lain. Hidup sendiri, single. Lain sangat rasanya. Memang kadangkala sunyi. Kadangkala teringat memori lama. Tapi secara jujur, fikiran lebih tenang. Kalau dulu asyik resah kalau xdapat mesej atau panggilan dari dia, sekarang, dah xkisah pun HP tu bunyi ke tak. Kalau ada mesej pun kekadang rasa malas nak balas. Hehehe.. sampai mcam tu skali.

Mungkin sebab saya dah kuat. Ya! Itu adalah satu kenyataan. Saya dah buktikan yang saya tak lemah. Saya dah buktikan kata2nya salah sama sekali. Saya dah menang! Dan kalau boleh, saya nak terus menang lagi. Bukan berdendam. Tapi satu hari nanti saya harap dia akan telan sendiri kata2 yang penah dia lontarkan pada saya dulu. Semoga Allah menyedarkan dia. Itu lah yang selalu saya doakan. Saya x kisah kalau dia xkan lagi mencari saya. X mengharap. Tapi saya taknak dia anggap saya sebagai seorang perempuan malah seorang teman yang paling dia kesal mengenali seumur hidupnya. Saya bukanlah sejahat yang hatinya dakwakan. Saya tahu dia kenal saya bagaimana. Cuma ketika tu, dia mungkin tak sedar dengan kata2nya atau mungkin dia telah dikaburi dengan semua godaan dunia luar yang menggoyahkan pendirian serta peribadi dirinya. Dia bukan lagi dia yang dulu.. Biar lah..

Yang pasti, exam kali ni terasa ketenangan yang lebih dari biasa. Syukur Alhamdulillah Allah dah keluarkan saya dari belenggu perasaan yang menjerat diri saya sendiri. Cukup lah..Bukan berputus asa tapi redha dengan apa yang dah disuratkan. Dulu bukanlah saya melawan takdir tapi berusaha sedaya upaya. Tiap kali ditimpa ujian, saya sabar. Tak pernah jemu mendoakan yang terbaik utk dirinya dan diri saya. Keutamaan semuanya diberikan padanya. Sampaikan saya sanggup andai segala keperitan yang dia tanggung dipindahkan kepada saya. Allah MAha Mendengar..Benar. Allah dah makbulkan doa saya. Saya telah pun rasa keperitan tu. Sakit amat. Namun dalam hati tetap bersyukur, sekurang2nya sekarang dia dah boleh tersenyum dan tertawa bila masa saja yang dia suka. Alhamdulillah, senyuman yang pernah padam dulu kini bersinar lagi. Senyuman yang takkan saya lupa tatkala senyuman itulah yang menjerat hati saya dulu.

Mungkin, makin banyak prasangka buruk dalam hatinya utk saya. Biarlah.. kalau itu yang dia rasakan saya patut terima. Pada kawan2 saya luahkan. Bukanlah berniat untuk memburukkan. Namun saya lihat, ramai kawan2 saya yang lemah dengan lelaki. Saya taknak tengok kawan2 saya lemah dengan lelaki seperti mana saya lemah dengan dia dulu. Cukuplah saya saja yang merasa seksa sebegitu. Saya dah rasa. Dan saya dah dapat pengajarannya. Dan saya taknak kawan2 saya rasa yang sama. Apa yang saya pelajari, saya cuba gunakan sebagai pengajaran untuk kawan2 saya. Disebalik kisah saya, saya jugak taknak orang fakir dia jahat. Sedangkan dia jugak dah banyak berjasa untuk saya. Saya takkan lupa dan takkan lupa sampai bila2..

Bagi saya, terlalu banyak kenangan dengannya utk saya lupakan. Ada saja perkara yg mengingatkan saya tentangnya. Gen2 merah. Ipoh. Lostworld. Jogging. Halaqah. Tazkirah. Terlalu banyak. Even so, saya masih tetap dapat bertahan. Alhamdulillah. Sekarang, walaupun sy teringat, walaupun hati merindu, namun bila tangan cuba untuk menulis namanya, dah tak mampu. Bila lidah cuba ucapkan namanya, dah x mampu. Bila jari cuba mendail nombornya walaupun sekadar main2, dah tak mampu. Pokonya, hanya hati dan fikiran saja yang mampu. Anggota lain, dah berjaya dikawal. Paling saya suka, bila mata tak lagi mampu mengalirkan air jernih dan hati tak mampu lagi bersedih bila terkenangkan peristiwa lama. Syukur alhamdulillah yang tak terhingga untuk tu.

Dan exam kali ni, aku akan berjuang habis2an!!!!!!!!!! Semoga Allah sentiasa bersama saya dan semoga doa saya termakbul hendaknya. Menuju puncak!!!! hahahah

me against what???

i juz got back from campus this afternoon. Today i have no classes but only a presentation that i need to do. BEL422. Durrhhhhh!!! Ape kes la wt presentation last2 nehhh.. membantutkan emosi kegembiraan nk balek umah je. Dah r xdak study week. Mengurangkan lagi cuti. Pulak tu, lpas final exam ada TOT Finishing School plak. TOT? What the hack is that????!! huhu.. even i don't know bout it. Yang saya tau, program tu start 16hb November 2010 and will end at 30th of NOV!!!!!! BOngeksss!!!!

Musti la penat! Dah la cuti takdak. Pastu nak kena attend program tu plak. Under HEP. Means it's compulsory for every final year student to attend it! Haisssshhh..dah la 1hb Disember dah kna start praktikalllllll... what if i don't get to do internship at Takaful? I need to go to Insage MSC at PJ!!!! Both are at Selangor, I know...Tu memang dah jadi 1 sebab dah. Jauh dowh! Mana dan nak prepare kot! KLu dapat takaful tu ok la sket. Klu kna p kat Insage jgk, mesti la knna p awal. Nak cari office tu kt na. Aduhhh..

Itu baru sikit. Huhu.. entah apa lagi la yang sy sedang tentangi sekarang ni. Hahah. Against myself, perhaps. Since this is my final sem at campus, my final year before I graduate, so I have to make sure that I do all my best!! As best as I can. But the problem is....smtimes...virus itu menular...huhuhu..virus apa? Virus M laa..heheheh..
But I think, skang ni quite better than before. Sebab last minute ceni, terasa lah kebodohan yang amat sangat dalam diri ni...huhu.. itu satu pengajaran untuk saya. huhu..

Ape masalahnya?? Ape masalah kalau study awal2?? Masalahnya...study awal2 pun xmasuk..push cena pun, rase susah nak masuk. entah kenapa. Mungkin sebab dah terbiasa. Subjek yang paling dirisaukan sem ni adalah POrtfolio management. Aduhhhh...! Memang risau sangat. Masa mula masuk klaz, siyes xpaham satu apa langsung. Blurrrrrr ja rasa. Ni dah dekat exam, memang kena paksa gak. Study habis2an. Tngah2 malam klu xngntuk g, bukak portfolio. At last, Alhamdulillah...bleh pun paham. Banyak jugak yg bleh paham btul2. huhu..

Kenapa macam tu pulak? Ohoho..mungkin tu jugak berlaku disebabkan satu pengajaran yang telah saya pelajari. Apa dia? Hurmm... I've wrote bout my big day before. It's all about it. Terus terang, saya gagal untuk ditempatkan sebagai intern kt cmpany tu. Kecewa sangat2. Saya xkecewa dengan keputusan tu tapi saya kecewa dengan diri sendiri. Lepas kejadian tu, saya renung balik dalam diri. Betul cakap Encik Roslan. Student sekarang lack of soft skills and hard skills or either one of them.

Saya terima panggilan temuduga tu dengan rasa gembira. Dan terasa bertuah juga kerana terpilih. Bukan calang2 company. This is an audit firm. A global firm! Yang dibangga2kan orang. Yang dikagumi org. Semua yg mengetahui ttg cmpny tu semuanya dah bagi nasihat utk interview tu. Jejakkan ja kaki kt situ, gabra jugak rasa. Ya lah..saya ni bukan lah orang bandar sangat..Mana la pnah jejak kaki ke syarikat yang mcm tu..huhu.. Tapi saya yakinkan diri. Keyakinan tu penting! Tak leh tunjuk kita gugup! huhu.. Syarat pertama jejakkan kaki kt situ, speaking please!! huhu.. tu wajib..nama pun international cmpany..ok. tu takde hal lagi.

Dipendekkan cerita, setelah hampir 3 jam saya disana, saya dikhabarkan dgn 1 berita kurang best mengatakan saya x berjaya. Huhu..Rasa sia2..Penat...1 ari dalam bas...suma information psl cmpny tu dh kumpul..sampai kt kajang pulak malam..pstu tido lambat sbb study lagi psl cmpny tu..study psl current issue in finance lg...hukhukhuk..tak pe lahh..saya anggap tu semua pengalaman hidup dan cabaran serta ujian untuk saya. Saya kuat!! Saya tak lemah. Allah dah selalu uji saya. Insya Allah saya akan usaha untuk melepasi semua ujian tu.

So, dari situ saya pelajari. Betapa teroknya saya. Mungkin ramai lagi yang macam saya dan masih tak sedar. Student2 skang, ramai yang belajar untuk lepas je..lulus. Tapi bukan untuk disimpan dalam otak sebagai ilmu. Means, they are lack of hard skills. Tu baru hard skills. Takk kira lagi soft skills. Especially pompuan. Malu nak bcakap. Haishhh..itu xboleh..kita kna boleh bercakap. And kna ada skill lain sama..tu bleh jd value added utk kita nanti. Dari pengalaman tu, saya sedar, betapa kerdilnya diri ni. Betapa ruginya saya telah sia2kan satu peluang keemasan yang datang hanya sekali dalam hidup saya, hanya semata2 disebabkan kebodohan diri sendiri.

Mulai dari tu, saya dah tekad. Saya mesti berubah. Belajar, belajar jugak. Tapi jangan dilupakan ilmu yang dapat. Simpan semat dalam otak dan gunakan bila perlu. Jangan dibiarkan hilang mcm tu saja. Demi masa depan. Skarang, saya dah pun mula pandang kehadapan. Huhu..thinking bput my future and try to plan it well.

Apa2 pun, satu perancangan masih dalam proses. Selain ijazah yg bakal dipegang, sijil lain pun akan ada skali sbagai value added for me. Lesen Unit Trust!!!! heheheh.. i'll try my best utk lulus utk dapatkan lesen tu. Insya Allah..

So, me against what? it's all about apa yang sedang membelenggu fikiran ni...macam xpaham pulak..huhu..Now i've to focus more on my future life. Alhamdulillah,syukur tak terhingga, Allah dah tolong saya dalam satu perkara. Perkara yang paling2 menyesakkan fikiran saya satu masa dulu. Dia. Insan yang pernah bertakhta dalam hati ni. Alhamdulillah, Allah mendengar doa saya dan Allah sentiasa mengetahui apa yang terbaik utk saya. Allah tahu saya terseksa. Allah tahu saya ingin keluar dari semua tu. Allah tahu saya juga ingin merasa bahagia. Allah tahu memang dia yang saya sayang dan saya cintai seikhlas hati, ttapi Allah uji saya,dan saya lepas ujian tu, dan saya redha dia bukan ditakdirkan untuk saya. Syukur alhamdulillah, walaupun kadangkala teringat, kadangkala terkenang, kadangkala hati merindui, namun ada perisai dalam jiwa ni untuk tak lagi kalah dengan semua tu. Cuma yang saya harapkan semoga hidupnya bahagia selalu. Biarlah Allah saja yang tentukan apa yang terbaik bagi saya dan dia. Alhamdulillah, saya xlagi peduli tentang cinta. Biar masa yang tentukan. Sampai masanya, pintu hati saya akan terbuka utk seorang insan yang terbaik untuk saya. Mungkin dia. Mungkin kamu yang sedang membaca tulisan saya. Atau mungkin sesiapa saja.

Dahhhhh...sekian untuk malam ni. Lepas geram dah lama tal menulis. heheheheh...gudnite all...

Today is my big day....~~~

Oh my...i've never attend any interview before. Urrmmm...myb penah. Tp tu pun masa nak mintak keja part time. huhu.. bukan yg official pnya..
Dis is my final year at UiTM. Next sem, which is my final sem, I've to do practical training or internship. I was so unlucky when three of my applications have been rejected by the companies I applied for. Sedih2..
Seeing dat the possibilities for me to get the positive answers is very low, I began to make a search in the internet. I don't know which companies to choose. I juz search it, and the list of top 10 companies that offer internship for finance popped up.
I put my best effort to apply for all of them. Banks and companies.
KPMG bhd. Never heard of it before. So do Insage(MSC). What are their operations a'ly?? For sure I don't know for I'm just a student and I'm not familiar with the companies.

Actually, KPMG is an audit firm while Insage offers Investment tools to their customer mostly via online. Both of them are global firm. They have branches all around the world. Ya Allah!!! I just apply for what they offered. I just want to get the place to do my internshippp!!!! that's what i thought at that moment.

Day after day, week after week. Almost 1 month I wait n keep calling all the companies that I've applied before. The answer, make me very dissapointed.

I thought that I wouldn't have any chance to do internship at KPMG or Insage anymore..They are both global firm. And my academic background is not so good..just average. So, I keep applying for another companies.

Early October, I received a call from KPMG. I was shocked when he told me that I was called for an interview for internship. WAAAAAAA!!!! Feel like I wanna scream out loud! But luckily I'm in class. hoho.. Since it is nearly final exam, so i've decided to go for the interview this week, which is today, 16th of October 2009, Friday. GOD!! i feel so damn nervous for i've never attend any professional interview. huhu..wish me luck. Tp xnak letak harapan tinggi..Sebab sy sedar siapa saya dan company tu besaq..international..risau jugak. Tp Allah dh bg peluang ni, saya kena ambil dengan serius. Dapat xdapat belakang cita. Asalkan saya dapat pengalaman.

Last nite, i've opened my email. And there was the second surprise for me. At last, after so many time i tried to reach them, they replied my email!! yeay!!! it sounds like a good news for me too. Now I have TWO BIG APPORTUNITIES.

But i don't wanna be greedy..I still will reply for the email but I will put my best effort to my interview at KPMG first. Pray for my best of luck!!!


~~ sesaja tuleh in English. Try2. Kang nak cakap, tak tau la..face to face! Speaking! Oh my.....~~

Kata2 daripada En.Awang Musran, AGM Bank Muamalat Malaysia

Hurmmm..tak sia2 p seminar siang tadi. 1st impression kt AGM dia tu, mcm nerd n memboringkan ja. Tapi rupanya, perhhh..best gila dia bg talk tadi. Xboring n memang patut dia bangga dengan diri dia skang. Mana taknya. Baru umur 30 smtg, dah jadi Assistant General Manager of Bank Muamalat Malaysia. Pada usia belia 26 tahun, beliau dah pun bertemu dengan DS Najib yang pada ketika tu menjawat jawatan Ketua Menteri Pertahanan, memberi nasihat tentang penyelesaian terhadap isu kelewatan bayaran..err..bayaran mcm ganjaran r..huhu..

Memang tabik spring r kt dia.

Paling best dgn kata2 dia:

1) Manusia dianugerahkan otak. Otak letaknya di atas sekali. Tempat yang paling tinggi. Tujuannya utk berfikir. Diikuti mata utk melihat. Telinga utk mendengar. Hidung utk hidu. Dan akhir sekali barulah mulut utk bercakap.
Tapi org zaman sekarang selalu menggunakan turutan dari bawah,iaitu dari mulut dahulu dan terakhir barulah otak. Ada maksud tersirat disebalik tu. Fikir-fikirkan.

2) Antara teori dan praktikal ibarat kucing dan tikus. Untuk menyelamatkan diri, seekor tikus yang bijak pandai telah memberi cadangan agar m'gantungkan loceng dileher kucing tersebut. Teori yang sangat baik tapi bukan yang terbaik utk dipraktikkan. Kerana seekor tikus tua pula bertanya, siapa pula yg berani m'gantungkan loceng tersebut?
Nah. Itu lah realiti kehidupan kita. Bukan semua yang kita pelajari dapat dipraktikkan seluruhnya dalam kehidupan sebenar. Memang betul pun. Sebabnya pengalaman itu perlu dirasai sendiri dan bukan dengan membaca saja. Setakat pandai dalam pelajaran teori saja tak cukup untuk menjamin kejayaan masa depan, tapi kebijakan otak memikir adalah lebih penting untuknya....

Betul2 dapat banyak input even masa singkat ja dapat dengar talk dia tadi.

waishhh..malunyer!!!

hohoho..cerita sebenarnya adalah begini..
ari rabu malam saya dah plan nak kuar p Restoran Ana Muda kat traffic light Arau tu dengan Ika, my ex-roommate masa intersesi ritu. Tapi ari tu, kepala ni pening sangat2. Mungkin disebabkan malam sebelumnya saya makan terlalu banyak. Hohoho..tengah berselera makan, jangan disia2kan. heheh..
Bila badan dah rasa xsedap, kepala pening, perut menggelugai, rasa mual, takkan nak jalan lagi kot.. satu ari suntuk asik tido je. Kelas p la..xleh tinggai..tambah2 ada test plak. So, ku gagahi jua. huhu..
Tapi, plan dengan Ika tu terpaksa dibatalkan sebab takut xleh bawak moto nnt dengan kepala xbtoi ni. huhu..
Agak sedih jugak la sebab bukan stakat nak pi makan ja. Tapi nk p wifi jugak. Nak setel pasal praktikal..so, saya mesej la Ika, inform dia, malam tu xjadi. Dan saya cadangkan kuar esoknya saja, khamis malam...

Ini baru cerita betulnya. huhu..
Malam yang dinantikan dah pun tiba..
Pinat ada klaz mlm tu. So, saya ajak Amal join kitorang skali g makan and wifi kat Ana Muda. Saya ingatkan takper la. Sebab kesian kt Amal nanti tinggal sorang sebab Nad pun cadang nak kuar buat date ngn bf dia. Tapi rupanya, Pinat pun nak kuaq makan..masalahnya dia habis klaz pkul 10.30..pastu pulak helmet xdak. Cmna nk kuaq? Kuaq tu xkesah. Time nak balik?? Kena buat 2 trip kot.... Sapa yang nak sanggupkan diri tu? Last2, Nad jugak lah yang mengorbankan dirinya..

Mula2 masa kuaq, saya p ambik Ika kat kolej Beringin. Of coz la with my Ego. Amal antaq Nad p RPA, then trus ke Ana Muda. So,, ktorg jumpa kt sana.

Dah sampai...ktorg pun makan la sambe menikmati wifi kt situ..at 1st, connection lembab tahap cipan! bengang gila! cmna nak wt keja. bukan setakat nak online suka suki. haissshhh..last2 disebabkan geram, saya pun off jap laptop..
then dalam keboringan itu, baru teringat Danial xbagi lagi buku2 yang dia pinjam 2 sem lepas. So, mesej la dia ckp klu nak bagi bleh ja p kt restoran tu. So, Danial pun mai la ngn kwn dia..kira dah ramai la.

Dah dekat 10.30. Kami suma kena balik sebelum pukul 11. Tu peraturan UiTM. Terpaksa la ikut..dah nama pun duk kolej..klu duk umah sewa, lain la cita. heh. Ni la masa yang paling genting. Time to make decision. Nad dah sampai kt restoran tu. Ogy yang antaq. So, dia nak balik la. time ni memang genting. Tengah pikir cmna nak antaq Nad balik, then nanti sapa pulak nak ambik Pinat. Nad cakap dia bleh jalan kaki dari gate sampai kolej. Haisshhh..mana bleh..dia ada moto dia sniri..xkan dia nak jalan plak..takleh2..

pikir pnya pikir, last2 saya bagi moto saya kat Nad, suh dia p ambik Pinat.. sebab guna moto saya ialah pinat xbrapa tere bawak moto..so bagi la skut..senang..

saya pun guna la moto Nad utk hantaq Ika balik kolej. Amal nek keta ngn Danial. Sep bek Danial ada. Klu x, tak pasai2 pulak nak kena wt dua trip. Masa nek moto Nad, agak gabra jugak sebab dah lama xbwk moto besa. Tapi gagahkan jugak la sebab dah lewat. kang kena tahan ngn pakguard,susah plk nnt. Smpai kt traffic light, dah lampu kuning. jadi saya kena la berhenti.huhu.. saya cepat2 antaq mesej kat Amal, inform dia kata saya balik kampus trus,tak berenti dah tukaq moto. Lampu dah hijau, saya cepat2 masukkan gear 1. Pastu, tak sempat nak pulas minyak, trus enjin mati.wawawawaewa!!!! Di tengah2 lorong belok kanan itu! hadoiiii!!! Malu siot!! Tapi sep baik malam. Tak banyak keta. Keta blakang tu pun xhorn. sep bek. Huhu..pastu dalam kegabraan saya cuba mem'free' kan gear balik. Adeh! xboleh!!! satu hal pulak. huhu..
Jenuh la kaki ni duk tekan2 gear. Sampai Ika pun turun moto, tolong mein gear sama. Hahahahah..pastu sep bek gak Danial call. Gtau la dia moto mati kt traffic light. hahahah..sep bek dia patah balik. Then ada sorang laki tu brenti kt ktorg. Dia la tolong bagi idup balik moto tu. huhu..

Pastu Danial dah sampai, pa g...Amal trus kuaq mai kt kami. Dia amek moto tu. Danial trus suh kami masuk dalam keta, dia antaq. hahahah..bongeks! paling geram, ada guard lalu kt c2 nampak. tapi boleh plak dia wt bodo! haiissshhhh!! bongek btoi!

So, tu lah kenangan yg xleh dilupakan..

Nad pulak, len citanya. Lpas Pinat antaq dia dpan gate, tpaksa la dia beramah mesra ngn guard2 tu selepas ditahan dan disoal siasat..huhu..kesian Nad.. Tpaksa backup ktorg..huhu..

~~HabES~~

Back to Home Back to Top Cahaya Pelindung. Converted Blogger Templates by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.