Hurmmm..tak sia2 p seminar siang tadi. 1st impression kt AGM dia tu, mcm nerd n memboringkan ja. Tapi rupanya, perhhh..best gila dia bg talk tadi. Xboring n memang patut dia bangga dengan diri dia skang. Mana taknya. Baru umur 30 smtg, dah jadi Assistant General Manager of Bank Muamalat Malaysia. Pada usia belia 26 tahun, beliau dah pun bertemu dengan DS Najib yang pada ketika tu menjawat jawatan Ketua Menteri Pertahanan, memberi nasihat tentang penyelesaian terhadap isu kelewatan bayaran..err..bayaran mcm ganjaran r..huhu..
Memang tabik spring r kt dia.
Paling best dgn kata2 dia:
1) Manusia dianugerahkan otak. Otak letaknya di atas sekali. Tempat yang paling tinggi. Tujuannya utk berfikir. Diikuti mata utk melihat. Telinga utk mendengar. Hidung utk hidu. Dan akhir sekali barulah mulut utk bercakap.
Tapi org zaman sekarang selalu menggunakan turutan dari bawah,iaitu dari mulut dahulu dan terakhir barulah otak. Ada maksud tersirat disebalik tu. Fikir-fikirkan.
2) Antara teori dan praktikal ibarat kucing dan tikus. Untuk menyelamatkan diri, seekor tikus yang bijak pandai telah memberi cadangan agar m'gantungkan loceng dileher kucing tersebut. Teori yang sangat baik tapi bukan yang terbaik utk dipraktikkan. Kerana seekor tikus tua pula bertanya, siapa pula yg berani m'gantungkan loceng tersebut?
Nah. Itu lah realiti kehidupan kita. Bukan semua yang kita pelajari dapat dipraktikkan seluruhnya dalam kehidupan sebenar. Memang betul pun. Sebabnya pengalaman itu perlu dirasai sendiri dan bukan dengan membaca saja. Setakat pandai dalam pelajaran teori saja tak cukup untuk menjamin kejayaan masa depan, tapi kebijakan otak memikir adalah lebih penting untuknya....
Betul2 dapat banyak input even masa singkat ja dapat dengar talk dia tadi.
Kata2 daripada En.Awang Musran, AGM Bank Muamalat Malaysia
Posted in ~The Colourful Life of Mine~ on 11:59 PM by Nur Cahaya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Leave a Comment