Ape kess??? huhu..
Tak ah..malam ni lambat gak tidoq ni. Ni pun dah pukul 12 ni. huhu..
Kalau semalam lagi best. Dah lama x merasa stay up sampai ke pagi. Huhu.. Best siot terasa balik perasaan stay up sesorang sampai ke subuh. Tenang ja wt keja. Sep bek r mood nak wt proposal tu ada. Xlah susah nak cari idea. Hihi..
So, lepas solat subuh, baru tido. Tu pun tido tak jerap..hampes. Pasepa tak tau. Nak kata panas, xjugak. Maybe kesan nescafe tu x ilang lagi sampai ke pagi. Huhu..pastu tambah pulak bunyi bising. Urggghhh..tensen2. So 8.30 pagi da bangun r. xleh tidoq balik dah. Agak bengong r kpala..huhu
Ari ni apa cer? Malam ni siapkan keja ada sket lagi yang x siap. So, skang dah siap la. baju pun dah iron. Sok x la kalut sangat.
Malam ni terasa nak cakap berkaitan lidah. Ape hal dengan lidah? haaaaa... Sebab lidah ni boleh datangkan baaaaaanyak masalah kat manusia. Terdetik nak tulis pasal lidah sebab saya penah r kena dengan member sorang ni. Perrrhhhh!!! nak gurau pun berpada la. Nama pun pmpuan. Bajet2 r ayat tu kan. Apa dia cakap? Hurrmm actually it's not a big deal pon. Tapi makan dalam gak r. Mana xnya, ayat tu tpampang open kot. Suma orang bleh baca.
Kes ni bermula bila saya letak la gambar kat page saya...i don't even said dat i'm pretty. Sebab saya sendiri sedar saya ni bukan la cantik mana pun. Tapi saya bersyukur saya sempurna. Make up tu biasa lah. Bukannya tebal pun. Cuma skang saya suka main dengan eye liner ja. Tak pakai nipis, saya tarik bagi tebal. Normal r tu. Tukar angin,tukar konsep. Biasa to socket. Socket to smokey.
At first, bila dia komen, macam nak melawak biasa ja la sbb nampak sy wt soket kt mata. Pastu dia macam puji. Tapi saya cakap, kiki lala lagi comel kot (word comel ke r sy guna? xigt.huhu). Kiki lala tu bukan tuju kat saya la. Pastu, perggghhh...tau dia balas apa? 'bagos r kalau ang tau tu'. hurrrmmm paham r maksud ayat tu..
memang makan dalam habis! Saya xpun cakap saya ni lawa ke, cute ke, asal la nak hambur sampai camtu? melawak pun berpada la.. org pun ada perasaan gak. Tau r saya ni x lawa pon. Tapi jgn r smpai cakap cm2...rasa rendah diri gila masa tu. huhu
Then, bila jumpa kawan2, dorang suka komen kat badan saya. huhu..yep. i'm skinny. Tapi nak wat cena..makan banyak pun, susah nak naik. Skang ni pun kira Alhamdulillah dah naik sikit. Tapi, ni kan ciptaan Allah.. saya terima seadanya. Kalau saya bleh terima, yang korang nak lebih2 apehal? Ada badan si kurus ni mengganggu hidop korang? Tak kannnn..rilex r beb. Suma orang ada kelemahan n kelebihan. Kalau badan perfect pon, hati busuk, apa cer??? Fizikal mantap pun, akhlak tah ke mana hala, apa kes?? pikir r sniri ye kengkawan.
Then, my family sniri pnah gak downkan keyakinan diri saya ni. Huhu..cakap saya juling lah. Mulut camtu lah, cmni lah. Adehhh... Di ulangi sekali lagi. Semua tu ciptaan TUHAN... ce tengok betul2 diri saya. Ada kaki 2 ka 1? Tangan 2 ka 1? Mata 2 ka 1? haaaa..complete kan? So, apa lagi yang tertinggalnya?
Allah jadikan manusia tu pelbagai. Ada kelemahan dan kelebihan masing2. Setiap ciptaan Allah adalah unik. Ada nilai tersendiri. Jangan komplen. Jangan pertikai. Jangan nak peduli kelemahan orang lain. Tengok dulu diri sendiri, lengkap ke tak.
Makin kita hebahkan kelemahan orang lain, makin kita dedahkan aib kita sendiri. Fikir la sniri statement saya tu.
Bkenaan dengan lidah lagi, ramai sangat muda mudi or tua bangka or budak kecik kenit yang suuuuuuuka sangat cakap lucah or mencarut or maki hamun or kata2 kesat. Adehhhh...kat mana letaknya akhlak percakapan kamu....??? Kekadang belajar tinggi2. Tapi bila bercakap, seropa orang tak bertamadun. Memang r kekadang kalau marah, ayat2 tak elok tu slalu ja kuaq. Tapi kan ke tu menunjukkan kerendahan mentaliti seseorang? Bukan macam tu cara lepaskan marah. Nabi kta sendiri dah ajar cara kawal marah. Marah tu syaitan sangat la suka. Hurmmm ada hadith berkenaan marah yang saya belajar. Tapi tak ingat la plak. huhu..cuma ingat ayat 'La Taghdob', means, jangan marah. Hurmm ayat tegas tu.
Kalau bagi kaum hawa, bab lidah ni kompom r bkaitan hal 'menganyam keputat'. Adesss..petang2 kalau nampak makcik2 borak2 kt buayan ke, dengar la betul2 apa yg dorang cakap. Kekadang bleh bukak aib orang. Adesss... kalah wartawan melodi dowh berita nya. huhu.. Untuk semua la saya cakap ni. n utk saya jugak. Ingat la balasan akhirat untuk orang yg mengumpat saudara sendiri..kalau tak takot, tak btaubat, ntahla..
so, jom r jaga lidah. Bukan stakat rinse dgn mouthwash je. hahahah!! basahi lidahmu dengan zikrullah..ciwah! insya Allah...peringatan utk saya jugak tu. Ya laaahhh dari mengaibkan org lain, bek la kita diamkan diri, zikir bebanyak. Daripada memburukkan diri sendiri dengan hanya disebabkan lidah, bek la kita sampaikan ilmu2 yang kita ada..share dgn suma. Lagi bagos.
Wokies. It's time to sleeeeeepppp!! owh malasnya esok ddah kerja. huhuhuhuhu..nak cuti lagi bley? heh. Worait! adiosssaaa!!
Tido lambat lagi..tapi tak la lambat sangat..tapi lambat la jugak..hahah! menon!
Posted in ~The Colourful Life of Mine~ on 11:59 PM by Nur Cahaya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Leave a Comment