Alhamdulillah...Terima Kasih Allah..

Agak2 korang la kan, berapa kali dalam sehari korang ucapkan Alhamdulillah?

Pernah kira tak?

Hurmmm..saya sendiri pun tak pernah kira. hihhihihi..

Tapi dalam sehari, rasanya mesti ada jugak la sebut..

Ei! Sehari sekali pun xpa tau. Takesah la sekali pun. Jangan memalu nak akui..

sekurang2nya, kita sebut jugak..

Sekurang2nya, ada jugak timbul perasaan bersyukur pada Allah..

Kan ke dengan mengucapkan Alhamdulillah tu jugak merupakan salah satu cara kita menunjukkan rasa bersyukur? dengan lisan.

Kan ke ada banyak cara kita nak tunjukkan rasa bersyukur..


So, hari ni, Alhamdulillah, perjalanan hidup sempurna. Takdak sakit2, sehat alhamdulillah.

Cuma ari ni timbul perasaan geram siang tadi.

Sebabnya, semalam dah la kena kerja. Tu saya xkesah. So malam semalam la saya nak buat kerja saya.

Tapi berjaga lewat2, idea xdapat. Blurrrrrrr je otak. Journal dah bersepah2 kt lantai. Taskbar kat laptop blambak2.

Bila dah lewat, tido laaa...dengan perasaan hampa dan disertakan niat esok nak bangun awal..

Bangun awal jugak la pagi tadi..

Dah sarapan, basuh baju, kemas2 sket, bsedia la nk sambung kerja..

Cari2 mood n idea, aduuhhhh kemain susah!!!

Geram punya pasal n mengantuk sebab xckup tdoq, so tidoq la pulak...

Dah set dalam otak dah. Bangun, mesti sambung lagi kerja.

Tengah2 tido, aaaarrrrrrgggggggggggghhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Bengang siot!

Tukang ni tak habes2 buat bising.

Hari2 pulak tu.

Tak kira hari minggu, kerja jugak.

Aduhhh..

Dorang grill dinding umah sebelah.

Kawasan perumahan ni baru ja lagi. So xramai yang duduk lagi. skang ni masih ramai yang tengah buat renovation n antaranya umah sebelah la.

Ya Allahhh...

Memang hilang sabaq gila lah.

Dah r tengah2 tidoq.

Bising tahap gaban.

Saya pulak memang kekadang kalau datang angin tak baik, siap lah.

Dek terkejut bunyi bising tu, saya trus bangun. Bangun, tahan marah.

Tunggu ja bunyi tu senyap.

Lama tunggu, x senyap2 jugak!

X puas ati, trus turun bawah.

Trus saya cakap kt Along. " bongok r depa ni! tak paham ka ari ni ari minggu. time orang nak rehat. Bising r!!!"

abg syed jawab "ntahnya. memang pon."

Dan saya pun trus r melepaskan marah kt c2..marah sesorang. merengus sesorang. hahahah!!

gile ah!

Rasa nak kuaq sound dah tadi. tapi tahan lagi.

Pastu geram sangat, dapat 1 idea.

Naik balik masuk bilik, nak tutup tingkap. Masa nak tutup tingkap, saya cakap kuat2 "haisssshhh ari2 minggu pun ada ja yang buat bising eh" dan trus sy tutup tingkap..

Alaaa..dorang peduli hapa saya marah ke hapa. kerja tetap kerja.

Geram la saya.

Trus bukak lappy, pasang lagu tahap maximum punya sound, melalak skali. hahahaha! ambekk!!

Bila wat cm2, dorang x la direct wt bising. Bising sat2 ja. Huh! Geram!
huhu..

Tapi last2, saya cool sniri bila lepas geram cm2. huhuhu..sepbek tak p sound depan2 lagi..sepbek ada idea lain..

Lpas peristiwa tu, trus dapat smangat sambung kerja. Huhuhu..

Alhamdulillah...

Ada hikmahnya kejadian tu..

Marah2, pastu cool balik, last2 dapat gak ilham. huhuhu..

Berjaga la saya sampai skang..

Sebab tadi lpas dinner, minum nescafe hijau secawan...siap la malam ni..huhuhu..



Alhamdulillah jugak, sebab Allah masih beri saya kesempatan dan peluang untuk teruskan hidup di dunia ni..

walaupun bermacam2 ujian yang saya dah tempuhi, Alhamdulillah, masih teguh berdiri dan masih mampu bernafas.

Alhamdulillah, semua ujian yg saya tempuhi ada yang membuatkan saya matang berfikir tentang sesuatu perkara.

Alhamdulillah, Allah ciptakan saya dengan sempurna walaupun ada kelemahan yang disandarkan pada saya. Nobody's perfect right? Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan sendiri.

Alhamdulillah, saya tak lagi rasa tertekan. (wt masa skarang kot. risau kalau2 pasni datang balik tekanan tu. hohohoho). Sentiasa ceria..+ve thingking..sesuaikan diri dengan keadaan semasa..

Alhamdulillah...Allah kurniakan insan yang terbaik disisi saya. Mama,papa, family, kawan baik, kawan2, kenalan..semua lah! hilang sorang yg disayangi, tak semestinya hilang segalanya (still working on it. paham ke? huhuhu...means, bukan mudah nak lupa, tapi tetap usaha).

Alhamdulillah...Allah bagi kesenangan, Allah bagi kebahagiaan, Allah tarik balik, Allah uji saya, Alhamdulillah..tanpa semua tu, xmungkin saya akan hargai hidup ni dan belajar jadi seorang insan yang berguna.

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...

Terima kasih Allah...

Atas segala anugerah yang telah ENGKAU kurniakan...

segala puji hanya untukMU...

0 comments:

Leave a Comment

Back to Home Back to Top Cahaya Pelindung. Converted Blogger Templates by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.