1st time nengok teater...huhu..Natrah..

Semalam, first time p tengok teater. Sebelum ni tak pnah2 pun jejak kaki p tengok teater. Tak minat. Panggung wayang tu ada lah. hoho.. Tapi dah angah ajak, p ja la. Hehehe.. gpun, busan stay kt umah cuti2. Nak gak jejalan. heh.

Kisah Natrah ni sebenarnya kisah sejarah. Pasal seorang anak gadis keturunan Belanda yang terpisah dari ibu bapa kandungnya sedari kecil. Masa tu ada perang kat Singapura. Sorang wanira berbangsa Inggeris, Adelaine, menyerahkan bati kecilnya, Maria, pada Aminah, kawan baik Adelaine ni..

Memandangkan keadaan tengah huru hara masa tu, Aminah pun bawak la Maria ni ke Kemaman...Kat situ, xdak dah nama Maria. Tapi Maria dipanggil Natrah. Natrah dibesarkan seperti anak2 Melayu yang lain. Dibesarkan secara Islam. Solat, mengucap, mengaji Quran, suma dia tau. Tapi besalah..orang dulu2 ni, bab aurat je kurengnye. Huhu..



Nak dijadikan cerita, Natrah ni jadi rebutan antara parent kandung dia dgn Aminah..Aminah xmo kasi balik sebab dia cakap tu dah melibatkan aqidah Natrah. Dia takut kalau Natrah diambil balik, aqidah dia rosak.

Tapi, kalau ikut perasaan Adelaine, ibu kandung Natrah sniri, mesti la nak anak dia ikut cara dia. Dia nak Maria tu kekal kristian khatolik. Sampai naik court lah hal tu. Salah Aminah, bila nikahkan Natrah dengan Mansor Adabi di Singapura. Kalau dorg dinikahkan di semenanjung Malaysia, memang xdak hal lah. Orang belanda takleh kacau. Sebab tu penjajah tu perdaya Aminah suh bawak Natrah p Singapura..

Cita ni menarik gak la. Sebab dalam cita ni, saya dapat tengok semangat orang Melayu dan Islam masa tu kuat untuk pertahan aqidah saudara sendiri. 'Pemimpin2 dan ulama' tak berani masuk campur hal ni'. Lebih kurang camtu la bunyi skripnye masa pemberontakan lepas kes Natrah dibicarakan. Keadaan tu memang kontra ngn skang. Dulu, kita kuat pertahan aqidah umat Islam. Skang, kes murtad belambak2 tapi tak pulak ada tunjuk perasaan atau rusuhan camtu. Semangat untuk pertahan agama tu hilang. Paling ketara bila orang yang ada kuasa buat2 bodoh macam tak tau apa2. Sedih giler ah.



Kalau dihayati cita ni, memang kita akan dapat nilai kualiti cerita ni. Ya lah. Cita ni pun sbnaqnya dari cita betoi. Kisah benar. So, memang ada moral values nye lah. Last kisah Natrah ni, memang sedih..bukan sedih sebab jalan cerita or camna lakonan dorang tu. Tapi..ending hidup Natrah lah. Akhirnya dia mati dalam kristian. Sebab last2 hak penjagaan dia dapat kat parent dia. Dia trus kna hantar ke convent. So, akidah dia makin lama terakis...


Bagi saya, hidayah tu hanya Allah yang mengetahui siapa yang layak. Nak kata dia dapat hidayah masa kecik, saya rasa tak jugak. Sebab dia macam anak orang melayu len jugak. Dibesarkan cara ISlam, maka ISlam lah cara hidupnya. Mungkin, ilmu yang masih sikit serta iman yang masih tipis buatkan akidahnya terhakis bila dia masuk convent.
Hanya Allah yang Maha Mengetahui tentang segalanya..


So, abes je teater tu, tak dapat nak bergambar ngan pelakon2 die. Sebab ramai giler beratur. Panjanggg!!!! Pastu dah lewat pulak. Sy pun xmo lah buang masa beratur semata2 nak bergambar ngan artis tu kan. Wat pnat diri sniri ja. Tapi, saya still amek gambar jugak kat sekitar ruang legar Istana Budaya tu. HEhehehhe...

0 comments:

Leave a Comment

Back to Home Back to Top Cahaya Pelindung. Converted Blogger Templates by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.