Semalam...baru saja kami berkenalan di ruang maya..ruang yang tiada sempadannya..tanpa bersua muka, tanpa mendengar suara..
Semalam...baru saja ku lihat dia ukirkan senyuman itu..senyuman yang pernah menjerat hatiku..
Semalam...Cerianya dia ceritakan kisah zaman kanak2nya, zaman persekolahannya..
Semalam...Gembiranya dia bila dapat luangkan masa bersama...
Semalam...sukanya dia bila hubungan kami direstui keluarga...
Semalam...Yakinnya dia mencipta janji setia...
Semalam...Pastinya dia untuk tunaikan janji2nya...
Tapi hari ni...
Hari ini...apa yang berlaku semalam adalah kisah silam..
Hari ini...perkenalan bertahun lama hanya sia2..
Hari ini...senyumannya hanya dapat kulihat dalam mimpi saja bukan lagi di alam nyata...
Hari ini...Tiada lagi kisah2 yang diceritakannya seperti dulunya...
Hari ini...aku pasti dia takkan pernah ingin melihat aku walau dengan sebelah mata...
Hari ini...tiada peduli lagi baginya walaupun keluargaku sering bertanya tentangnya...
Hari ini...segala janji setia dimungkiri begitu saja...
Hari ini...tiada lagi keyakinan mahupun keinginan untuk menunaikan janji2nya...
Semalam adalah kisah silam...satu masa dimana saya hanya ada dia sebagai teman saya..Teman yang satu2nya saya percaya untuk bimbing saya. Teman yang paling saya sayangi seumur hidup saya..
Semalam adalah kisah silam...satu masa dimana kami punya diri masing2. Saya ada dia dan dia ada saya. Rakan2 yg lain, saya xlebihkan sepertimana dia. Susah mana pun saya, andai dia dalam kesusahan, dia jadi keutamaan saya...sebab saya pasti dia perlukan sokongan dari saya...
Semalam adalah kisah silam...
Dimana semuanya ada dia..hidup saya hanya ada dia...segala2nya dia...
Entah dimana silap saya. Entah dimana x cukupnya. Segalanya saya dah korbankan demi dia. Tak pernah saya tinggalkan dia sendirian kesusahan. Namun, bila diri dilanda masalah yg sama, dia menyampah dengan masalah saya sedangkan dia dulu pernah alaminya..
entah di mana silap saya sehingga xddapat lagi saya padamkan api kebencian dalam hatinya...
Entah dimana silapnya...
Mungkin selama ni saya cuma menipu diri sendiri. Bahagia dalam derita. Saya bahagia bersamanya tapi saya bertahan walaupun hati diluka. Mungkin dari situ, hati saya mula sengsara. Namun kerana sayang, saya cuba mencari bahagia semata2 taknak dia rasakan ada kekurangan yg dia berikan pada saya sedangkan saya dah rasa cukup dengan segalanya..
Salah saya....
Mungkin salah saya melangkah kaki kedalam hidup insan yang tak pernah alu2kan kedatangan saya...Mungkin, bila saya dah tiada, dia akan terima maaf saya seadanya. Mungkin bila saya dah tiada, dia akan mula hargai pengorbanan saya untuknya.
Mungkin....kata2nya dulu cuma untuk menyedarkan saya bahawa saya langsung tak layak bersamanya walau sekadar teman biasa...
Pedih untuk menguburkan perasaan tu, walaupun ikhlas dihati bersamanya adalah kerana Allah ta'ala..cuba tanamkan sedalam2nya, asalkan x kehilangan dia walau sekadar teman biasa..Tapi, ntah knapa, ntah dimana kurangnya, ntah dimana silapnya...
Bosan kan asik baca pasal dia? huhu.. skang, blog ni ja lah peneman saya. suka duka, suma dicurahkan pada blog ni. Blog ni ja la teman setia saya yang xkan bpisah dari saya bila saya menangis, ketawa, sedih, mahupun gembira. Disebabkan peristiwa lalu, saya takut untuk percaya pada sesiapa lagi..memang sunyi..tapi ni lah hidup saya..
Bukan saya tak pernah cuba lupakan dia. Dah sehabis daya saya cuba. Kadang2, bila dah boleh melupakan, pasti dia akan muncul dalam mimpi semula. Semuanya mimpi yang menyenangkan hati. Dalam setiap mimpi, pasti ada senyuman darinya. Bangun dari tidur, tak dapat tahan sebak didada. Saya dah xdapat jumpa dia. Dia pun dah xnak jumpa saya. Dia dah buang saya dari hidup dia. Tapi dalam mimpi, dia buat saya bahagia....
Saya terus bertanya, kenapa bila saya mula melupakan, dia pasti muncul dalam mimpi semula? Kenapa Allah tak tolong saya lupakan dia? sedangkan saya yakin, dia dah bahagia dengan insan yan dia sayang. Insan yang bertakhta dalam hati dia. Insan yang dia cintai sepenuh hatinya. Tiada tempat untuk saya dalam ruang hidupnya. Jadi, kenapa mesti saya dipertemukannya walau dalam mimpi?
antara suka dan sengsara...dalam hati, teringin nak rasa kebahagiaan tu semula...bahagia bila bersamanya..tak pernah rasa kekurangan pada dia walaupun ada yang dia lukakan hati saya. Kelemahannya saya terima dengan hati terbuka. Tapi kelemahan saya lah yg menjadi punca saya kehilangannya.
Dalam hati terdetik, andai ajal saya dah tiba, sebelum saya pergi, saya harap sangat dia dapat maafkan segala kesalahan saya yang membuatkan dia benci saya,buang saya. Saya harap sangat dia maafkan saya seikhlas hati dia. Sebab saya pasti, antara semua kawan2nya, saya lah yang paling dia menyesal jadikan sahabat.
Mungkin dia jugak jemu kalau dia baca semua ni. Tapi dia tak penah tau, saya tak penah jemu ada dengannya susah dan senang. Walaupun jauh, walaupun saya bukan lagi sahabatnya,saya tetap mendoakn yg terbaik untuk dia...semoga dia bahagia disamping insan yg tersayang...
Semalam saya call Makcik Nora. Saja nak bertanya khabar, nak tau perkembangan makcik. Tapi terputus bila tengah sembang. Tak pa lah. Asalkan sempat jugak saya tau perkembangan makcik. Sebab saya rasa, cukuplah... Hafiz dah peka tentang kesihatan makcik. Hafiz pun dah rajin call makcik. Harap2 pasni makcik x bosan lagi. Insya Allah Hafiz ingat tanggungjawab dia. Insya Allah, sekurang2nya kalau bjauhan pun, Hafiz tak lupa tnya khabar makcik, peka dengan kesihatan makcik. Nampaknya saya tak perlu risau sangat dah. Cumanya, saya nak tunaikan janji kat makcik nora ja. Saya kena p sana jumpa dia jugak nanti. Kemudian, saya akan teruskan hidup saya. Sedih...sebab dah rasa rapat dengan makcik. Mesra bila bersembang. Rasa macam dah lama sangat kenal. Tapi saya taknak Hafiz pikir bukan2 pasal saya. Dia dah buang saya, dia taknak saya ganggu hidup dia. Saya tak patut berhubung dgn family dia jugak. Saya taknak dia pandang rendah saya lagi. Tu ja.
Hurrrmmm dah pkul 10 lebih. Saya kena tido. Esok nak bangun awal pegi keja. Mudah2an Allah akan tolong saya lalui semua ni. Amiinnn..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Leave a Comment