2012. Apa rasionalnya?

Filem 2012 kini giat ditayangkan di seluruh negara. Lihat saja di semua panggung wayang, pasti penuh dengan manusi yang beratur membeli tiket. Tak kisah siang atau malam. Pada mulanya, saya tertarik juga untuk menonton filem ini dipanggung. Tambah pulak, lepas balik dari Bukit Merah, saya dan rakan2 memang bercadang untuk menonton wayang di Penang. Filem yang dipilih? 2012, atas permintaan Rasyaik. huhu.. Tak kisah lah. Asalkan memang hari tu hari kami semua enjoy habis2.

Setibanya kami kat shopping complex yang pertama(dah tak ingat nama shopping complex tu.huhu), perkara pertama yang dibuat, terus naik tingkat atas, tengok tiket. Mak aiihhhh!!! Ramai nya orang! Suma pakat beratur nak beli tiket wayang. Tengok kat list tu, suma wayang banyak lagi kosong kecuali 2012 yang dah tinggal lagi 2 hingga 3 seat. kompom2 ktorang takkan sempat.

Memandangkan ktorang dah tau takkan sempat dapat tiket, so kitorang bergerak ke JJ pulak..dengan harapan ada lagi la tiket..huhu..Nasib memang tak baik, kat situ pun dah habis. Midnight movie pun dah habis. So, kami terpaksa pilih crita lain. Ktorang pun decide tengok cita The Fourth Kind.



Disebabkan rasa ingin tahu, saya tengok jugak filem 2012 ni. Tapi bukan kat panggung lah. Tengok online je. Then saya terfikir, apa rasionalnya filem ni. Nak timbulkan kesedaran atau cuba menunjukkan bahawa manusia ni memang nak lawan takdir atau kuasa Tuhan? Dari apa yang saya tahu, disebalik pembikinan filem ni, pihak yang terbabit cuba membuat pengambaran tentang musnahnya kaabah. Idea orang barat ni macam2 kan? Mereka ni semuanya gila. Sanggup buat apa saja demi wang.

Tapi, disebalik filem ni jugak, buat saya terfikir, ini baru manusia yang cipta bagaimana berlakunya kiamat. Kalau yang betul2 berlaku? Tak dapat dibayangkan dengan akal fikiran kita sendiri. Dari filem tu jugak, timbul kesedaran, bila lah nak bertaubat. huhu.. Walaupun masih muda, tapi taubat itu perlu sebagai seorang muslim. Saya bukanlah seorang yang sempurna. Manusia biasa. Banyak dosa. Jadi taubat itu perlu untuk saya sucikan diri saya. Masih muda? Muda bukan alasan untuk tak bertaubat dan menyesali segala perbuatan salah. Ajal dan maut tak siapa tahu bila dan bagaimana. Yang pasti, saya mengharapkan semoga ajal saya sampai sebelum berlakunya kiamat. Kerana manusia yang hidup pada masa berlakunya kiamat, mereka adalah golongan yang paling teruk.

Jadi, ada baik buruk filem 2012 sebenarnya bagi saya sendiri. Nasib baik dapat jugak menonton wayang cerita The Fourth Kind malam tu bersama2 rakan saya. hehe..cerita yang menarik. cerita suspens2 ni memang best tengok kat panggung sebab ada sound effect yang best. Paling tak bleh blah, Lia bleh tido masa tengah tengok tu. Kami 3 orang duk asik dengan gaya masing2, khusyuk tengok. huhu..macam2 ragam. Nak lemah jantung pun ada bila terkejut. hoho..


0 comments:

Leave a Comment

Back to Home Back to Top Cahaya Pelindung. Converted Blogger Templates by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.