pendekatan baruuuu!!!! hohoho

Dah bosan menulis. Eh! Tak. Bosan menulis bila penulisan tu ada ja yang berkaitan dengan dia. Apa kata kalau kita buat satu cabaran, supaya xlagi ada unsur2 ke’dia’an dalam blog ni. Heheheh…saya mencabar diri saya sniri. Hoho..

Actually, bila dah macam2 yang saya dah lalui, sebenarnya semua ujian tu mengajar saya untuk menjadi lebih tabah dan matang dalam m’hadapi cabaran dan membuat keputusan.

Dalam hati, kadang sedih jugak. Bila fikirkan, saya sebagai manusia biasa, seringkali terlupa dan leka dengan tanggungjawab sebagai seorang hamba dan manusia. Seringkali manusia akan mendekati Sang Pencipta bila dilanda badai dan musibah dalam hidupnya. Namun, bila kesenangan tiba, lupa segala2nya. Sedangkan kesenangan itu juga merupakan satu ujian untuk kita.

Terasa kesal dalam hati bila terfikirkan betapa diri ni hanya menjalankan rutin tanpa menghayati rutin seharian itu. Solat. Itu memang kewajipan kita. Tapi kebanyakan dari kita menunaikan solat sebagi rutin seharian saja. Hanya mengikut apa yang menjadi amalan keluarga. Itu kan dah jadi Islam yang turun temurun. Bukanlah Islam sebagai agama anutan.

Islam itu mudah. Islam itu indah. Cuma manusia yang menyukarkannya dan memburukkannya. Jujur dalam hati, saya masih menyimpan hasrat untuk berubah penampilan, saya ingin menjadi muslimah yang sejati. Teringin sekali mengenakan niqab dan jilbab yang dapat menutupi segala anggota tubuh saya. Indah kan andai semua muslimah didunia ini berpakaian sebegitu? Seragam. Dan saya yakin tiada lagi masalah gangguan seksual dan rogol. Malah saya kira, si lelaki yang timbul syahwat pun malu utk meluahkannya. Saya pasti, sejahat mana pun seorang lelaki, dalam hati pastinya dia lebih menginginkan seorg isteri yang solehah. Saya kira, semua orang idamkan pasangan yang soleh dan solehah.

Masalah sekarang, propaganda barat terlalu kuat. Pengaruh mereka telah menular sejak zaman pemerintahan Inggeris lagi di Tanah Melayu. Selepas Perang Dunia Kedua, jalan yang ada hanyalah mempengaruhi pemikiran dan cara hidup org Melayu untuk menguasai Tanah Melayu. Itu baru di Tanah Melayu. Belum kira yang lain lagi.



Ramai rakan2 saya sangka saya ni ramai kawan. Benar. Saya punya ramai kawan. Tapi bukan ramai sahabat dan teman yang dapat dijadikan tempat berpaut kala susah dan senang. Manusia. Kawan waktu senang, mudah sangat dicari. Kawan masa susah??? Payah amat!! Mereka sangka, saya yang petah bercakap ni ramai teman lelaki. Salah sangkaan mereka. Siapa sangka, dalam sifat saya yang petah bercakap ni, rupanya saya malu dengan ajnabi. Tapi yang tak saya kenali atau tak rapat la. Kalau yang dah lama saya kenali, saya dah biasa bergurau senda dengan mereka. Dan saya tak gemar keluar berdua saja dengan lelaki. Kawan2 saya pelik. Bagi saya, walaupun zaman dah moden, kenapa perlu pelik? Jangan dikira zaman. Tapi berkira lah dengan iman. Saya tak nak kalau saya biasakan diri, nanti dah terbiasa, saya takkan rasa berdosa. Pepatah pernah menyatakan, dosa ini seperti air laut. Lagi diminum lagi bertambah haus. Jadi, bila sekali kita melakukan dosa, berkali2lah akan menyusul selepasnya.

Sebagai manusia biasa, saya juga pernah melakukan dosa. Manusia bukanlah sempurna. Sedangkan Rasulullah sallallahu’alaihiwasallam sendiri yang maksum pun sering bertaubat. Takkan pulak kita yang sering melakukan dosa ni nak bongkak taknak bertaubat?

Orang cakap, muda2 macam ni, enjoy la dulu..dah tua nanti baru la taubat. Kenapa? Maut itu menanti tua kah? Tahukah mereka bila ajal mereka? Pastinya tidak. Orang muda, selalu mengikut darah muda. Kebnyakan yang saya perhatikan sekarang, orang muda lebih suka memberontak dan melawan tanpa memikirkan terlebih dahulu punca dan akibatnya. Bertindak melulu. Bila dah buat keputusan, berubah2 pula. Kenapa begitu? Bagi saya, ini kerana sifat manusia yang rata2nya lebih suka bermula dari mulut, kemudian mata, kemudian telinga, barulah otak. Bercakap sesuka hati tanpa usul periksa. BIla ada bukti, taknak berfikir. Itukan salah. Allah letakkan otak diatas sekali supaya kita berfikir dulu. Ada hikmah di setiap urutan anggota tubuh kita.

Panjang saya menulis kali ni. Hehe..sekadar mengisi kekosongan… lebih baik saya berbicara tentang ini daripada perkara yang tak berfaedah.

Alhamdulillah, syukur tak terhingga pada Allah subhanahu wata’ala. Bila saya mendengar luahan hati seorang sahabat saya, baru saya sedari. Kadangkala saya rasakan ujian saya teruk. Namun ada lagi insan yang menghadapi ujian yang lebih mencabar. Saya seharusnya bersyukur, bukan mengeluh. Bila Allah menguji, itu tandanya Allah sayang kita. Sebab Allah tahu, manusia, bila dalam badai, hatinya lebih mudah mendekatkan diri denganNYA. Maha Suci Enkau ya Allah yang MAHA Mengetahui segalanya..

Kadang2 manusia bersedih dan marah bila diperlakukan jahat oleh orang lain. Tapi kadang2 ada yang masih mampu bersabar. PIlihan itu tepat. Bersabar lah selagi mampu. Kesabaran itu tinggi nilainya. Dan hikmahnya kesabaran itu tak terkata nikmatnya. Saya teramat yakin dengan balasan Allah. Baik yang kita lakukan, 10 kali ganda baiklah balasannya dan sebaliknya.

Sesungguhnya Allah tak pernah tinggalkan hambNYA. Cuma HambaNYA yang selalu melupakannya. Tak memakbulakn doa tak bererti Allah lupa. Tapi sebaliknya ada hikmah dan ada yang lebih baik Allah sediakan untuk kita. Ya. Sebahagian darinya telah pun saya pelajari dalam hidup saya. Dan kadangkala, walaupun Allah dah berikan kekutan untuk saya, kadangkala Allah uji semula kekuatan itu dengan kelemahan saya. Dan saya akui, saya masih lemah. Insya Allah,saya akan terus berjuang melawan kelemahan itu. Dalam hati selalu berdoa, Janganlah Allah menjauhkan diri dari saya. Tak sanggup rasanya merasa jiwa ini kosong. Janganlah kiranya Allah melalaikan saya dengan nikmat dunia yang hanya sementara yang hanya akan menjauhkan saya denganNYA. TAK NAK!. Apa yang saya harapkan hanyalah untuk menjadi seorang muslimah yang sejati, memperoleh kebahagiaan yang mendapat keredhaan Allah, bahagia bersama insan yang tercinta, berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat. Yang pasti, keredhaan Allah itulah yang saya cari. Biarlah orang cakap saya ni ketinggalan zaman dalam bersosial, saya tak kisah. Asalkan perhubungan saya terbatas dan saya dapat menjaga maruah sebagai seorang muslimah.

0 comments:

Leave a Comment

Back to Home Back to Top Cahaya Pelindung. Converted Blogger Templates by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.