haaaa..baca tajuk, jangan ingat menda len,ok. Hehehe.. antara saya dan DIA adalah berkaitan hubungan saya dengan yang MAHA ESA. Kamu pernah terfikir tak? Dulu persoalan ni selalu timbul dalam fikiran saya. Saya selalu jugak kongsi dengan sorang yang pnah jadi kawan saya dulu. Sebab dia pnah alami yang sama. Tapi malangnya, bila tiba masanya saya yang rasa, dia dah tak faham prasaan bersalah bila fikir hubungan dengan al-Khaliq. Menyampah katanya.Tak kisah lah. Itu hal lama.
Tapi bila saya fikir, betul kan, iman manusia ni semacam roda. Kadang di atas, kadang dibawah. Kadang semangat sungguh beribadah, kadang malas je rasa. Lemahnya kita manusia. Bila saya bercakap dengan orang yang bagi saya dah mantap imannya, bila saya cuba suarakan apa yang saya rasa, pendapat mereka berbeza2. Contohnya Kak Hajar. Kak Hajar tak pernah desak saya untuk terus berubah. Malah perlahan2 dia cuba bimbing saya. Maklang pulak lain caranya. Memang lembut bicara tapi tegas bunyinya. Maksu pulak, rakan yang baru saya kenali. Kami sebaya. Tapi dia lebih dikenali dengan panggilan Maksu di uitm. Maksu pulak cakap, nak berubah xboleh slow2. Kita kena kuat, paksa diri. Kan? Pendapat tu semua berbeza kan?
Tapi bagi saya, satu perubahan tak boleh dipaksa. Sebabnya saya masih muda. Jiwa muda. Darah muda. Orang muda suka memberontak. Saya risau kalau saya paksa diri, saya tak dapat terima sesuatu yg baik dengan baik. Mana mungkin orang yang terpaksa dapat menerima sesuatu dengan ikhlas. kan?
Jadi, saya masih mencari jalan yang sesuai. Jalan itu ada. Ada di mana2. Cuma yang saya sedihkan, diri saya nyata masih lemah. Dan saya sendiri tak pasti bagaimana nak mengukur tahap kesedaran dalam diri saya. Nak kata lebih baik dari dulu, ada jugak. Kurang dari dulu, pun ada jugak. So, saya jadi buntu.
Tapi, untuk berubah, kita tak boleh bergantung pada sesiapa. Jangan berubah demi sesiapa. Tapi berubah lah kerana Allah. Berubahlah atas usaha sendiri,bukan orang lain. Bila perubahan itu berjaya, saya yakin nikmatnya memang tak terkata.
Tinggal tak sampai 2 bulan saja lagi, usia saya akan menjangkau 22 tahun. Usia dah makin meningkat. Tapi masih layakkah saya bergelar manusia? atau hamba? atau wanita? Terasa diri ni masih lagi seakan anak2 kecil. Masih lagi manja dengan keluarga. Fikiran mungkiin matang, tapi kadangkala perlakuan tu masih kebudak2kan. Mungkin laa..hehe..Saya harap, ulangtahun saya kali ni akan memberi seribu erti dalam hidup saya. Insya Allah, kali ni saya akan usaha untuk jadi yang lebih baik. Allah tahu niat saya. Allah mendengar doa saya. Saya yakin Allah takkan hampakan hambaNYA yang rajin meminta padanya. Kita tak suka orang selalu meminta2 pada kita. Tapi Allah sayang pada hambaNYA yang selalu menadah tangan padaNYA.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Leave a Comment