ISTAK Beer Halal???




I've never heard bout this kind of beverages product before. Tapi, lepas salah sorang dari kawan saya upload gambar this drinks, saya tengok tin dia memang macam tin arak. Harga pun boleh tahan! sampai rm6 setin. Mahal kan? Standard beer la.

Saya mula tertanya2, halalkah minuman ni yang kawan saya kagumi sangat dengan rasanya tu. Saya mulakan pencarian saya di internet. Nyata dan jelas pada lebel ISTAK, "non-alcohol beer". It's still a kind of beer,ok. Beer tu kan arak. arak kan nyata HARAM!

Dah nampak kan lagi satu cara orang kafir cuba memesongkan aqidah umat Islam? Menghalalkan yang haram. Bila adanya ISTAK, pihak Carlsberg pulak cuba untuk mencipta minuman yang sama iaitu beer halal.



Bagi saya, tak ada bezanya ISTAK ni dengan Carlsberg. Adakah bukti bahawa ISTAK ni halal? Kalau setakat ni company Islam, dapat masuk MIHAS, dapat sijil halal, masih tak dapat ubah pendirian saya. Company Islam. Sejauh mana yakinnya kita manusia yang menggunakan nama muslim itu benar2 muslim? Sejauh mana yakinnya kita syarikat Islam tu benar2 mengeluarkan produk halal? Sejauh manakah kebenaran kesahihan satu sijil halal sdangkan kat Mesia ni banyak sijil halal boleh dibeli?

Saya pasti, ramai lagi rakan2 saya di luar sana yang dah cuba minuman ni ataupun dah memang jadi pebret agaknya. Dan saya akui, ada jugak rakan2 saya yang dah sentuh arak yang sebetul2nya. Zaman sekarang, dunia dah makin hampir dengan penghujungnya. Makin hampir ke penghujung, makin banyak fitnah duniawi timbul. Makin banyak perkara2 lagho yang cuba meresap dalm jiwa anak adam. Makin banyak benda haram yang dihalalkan dan mengabui mata manusia.

Jadi, betul ke ISTAK ni halal? Diskripsi pada botol, "non-alcohol beer". Bila saya cuba cari di internet, saya terbaca, persatuan alkohol mengklasifikasikan ISTAK sebagai low-alcohol beer. Pulak?? Kan tambah mengelirukan. hurmmm.. Saya tahu perkara2 macam ni memang susah dibendung. Semoga Allah melindungi saya serta keluarga dari terpedaya dengan tipu daya kafir. Yang haram tetap haram.

1 comments:

Syawwal said...
May 8, 2012 at 2:15 PM

Bismillahi.. saya nak komen berdasarkan apa yang baru sy tahu & saya sedang belajar course ini: Halal Executive bawah pemantauan JAKIM, HDC etc..

just wanna share someting, based on:

hadith Rasulallah s.a.w, "nanti akan ada segolongan dari ummatku yang menganggap minuman khamar itu halal dengan menamakannya dengan nama-namanya yang lain" - HR Ahmad.

dan JAKIM sgt tidak bersetuju dgn jabatan yg meluluskn ISTAK masuk ke MIHAS.

alasan ISTAK tidak halal:
1. menyerupai arak; botolnya, fizikal airnya wlupun tiada alkohol atau less,
2. ia tetap datang dari production line yg sama dgn arak; which is carlsberg.
3. "apa yg banyaknya memabukkan maka yang sedikitnya pun haram" - HR Abu Daud & an-Nasai'i

Leave a Comment

Back to Home Back to Top Cahaya Pelindung. Converted Blogger Templates by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.