i don't know what's wrong with me...ari ni berapa hari bulan? owh! patut lah...

hurmmm...dua tiga ari ni, asik terpikir dia. pelik r...hairan..please3x!!!! xmo pikir dahhh...xdak gunanya pon! apa yang saya dapat? cuma kemurungan dan kesedihan je kan? ehhhh..sedih tu tak. juz murung. murung pun sebab dahi asik berkerut. dahi berkerut sebab asik terpikir. Dah 6 bulan... insya Allah..saya kuat. Aqilah kuat!

kadang2 sebelum tido, mesti pikir, kenapa semua ni jadi? kenapa Allah takdirkan saya bertemu dengan dia kalau akhirnya macam ni? kan best kalau saya dapat pusing balik masa..huhu..

walaupun saya xtau keadaan dia kat sana, tapi saya dapat rasa, banyak perubahan dalam diri dia. Kalau setakat mula masuk univ dulu pun dah berubah, ni kan pulak dah 3 sem dia kat sana. teringat masa dia tak dapat 1st call UPU dulu..sedih sangat tengok keadaan dia. Saya pun buntu nak pujuk dia macam mana xmo bagi dia give up.Usaha pikirkan cara yang terbaik nak tolong dia. huhu..ada jugak sembang pasal mood paling teruk dia ni dengan makcik nora. huhu..macam2..makcik pun cakap benda yang sama.and at last, alhamdulillah dia dapat jugak. automatik air mata deras je mengalir bila dapat berita dia dpat masuk U. kwn2 pun tkejut tengok saya mula2 ok, tetiba nangis depan tibi.hahahah!! tak ley lupa r.. Tapi tu lah. Rasanya skarang, dah banyak sangat perubahan dalam diri dia. Dulu dia risau kalau saya yang berubah bila masuk univ. Tapi dia yang berubah. huhu..jiwa tak kental encik ini. heh. Masa dia masuk univ, perkara yang paling saya risaukan kalau2 dia berubah ke lain..mungkin berubah jadi macam dia yang dulu. Pergaulan tak jaga..akhlak..urmm..akhlak dari segi pertuturan maksud saya. Makin giat merokok. Makin giat dengan muzik. Muzik kadangkala memang dapat menenangkan. Tapi kalau terlalu dihayati dan dikagumi, akan meresap dalam jiwa dan akhirnya, tengoklah pada meter iman tu nanti. Saya cakap sebab saya sendiri punya pengalaman macam tu. huhu..

bila dah terbiasa dengan muzik, tension sikit nak muzik, apa2 nak muzik, jiwa boleh jauh dengan agama. Sedikit demi sedikit. Bila punya pengalaman macam tu, sungguh, makin lama saya tersedar, saya makin lalai. Solat selalu dilewatkan. Astaghfirullahal'aziim.. Rasa diri makin jauh dengan al-Khaliq. Sungguh! Namun, syukur alhamdulillah, masih sempat untuk timbul kesedaran dalam hati. Skarang, hiburan sekadar sampingan. tak obsess dengan apa2 pun. natural saja. hohoho..

so, itulah. Terlalu banyak yang saya risaukan pasal dia yang jadi kenyataan. Bila nak dirisaukan, orang cakap, dia dah besaq. Pandai2 la dia pikiaq. Hurmmm.. tu betul..tapi kadang2 dia perlukan seseorang untuk tegur dia..nasihat dia mana salah mana betul..mudah2an dia akan jumpa seseorang yang layak bergelar sahabat yang akan buat semua tu nanti. Seorang sahabat takkan mahu melihat sahabatnya hanyut dibuai ombak dunia..

saya selalu terfikir. Kenapa saya selalu terfikirkan dia?? Sedangkan kalau kami bertembung di tepi jalan sekalipun, saya yakin dia takkan pandang saya sebelah mata sekalipun. Saya tahu bagaimana perasaan dia pada saya. Satu perasaan seakan benci yg tak dapat ditafsirkan atau mungkin saja memang nyata benci. Tak terlepas dalam doa saya tiap kali fikiran saya berclaru begini, saya doakan, andai dia bukan yang terbaik untuk saya, lenyapkanlah dia dari dalam fikiran serta hati saya selamanya, seperti mana tiada langsung peninggalan saya dalam hidupnya. Tapi, kalau benar dia yang terbaik, satukanlah saya dengannya, temukanlah kami dengan cara yang baik yang diredhai Allah. Namun, saya rasakan, saya tersepit antara kedua2 keadaan tu. Membuatkan fikiran saya bercelaru.

mujur, peperiksaan akhir semester dah berakhir. Kalau tak, mungkin saya akan terganggu dengan semua tu. Macam semester lepas. Sampai kena berubat untuk pulihkan semngat. Cakap pasal berubat, saya teringat kata2nya. "saya xheran la kalau awk nak ubatkan saya skalipun. awk ingat saya takut? buatlah!" Astaghfirullahal'aziim...saya tak sangka sampai macam tu skali dia pikir. Dia ingat, teruk sangatkah iman saya sampai nak buat macam tu?? Bukan xdak yang offer utk ubatkann. Ada! Tapi saya cakap, "Biarlah..Cinta tak boleh dipaksa. Kalau berjaya diubat sekalipun, memang dia akan sayang. Tapi bukan ikhlas dari hatinya. Dia sendiri terseksa, saya sendiri takkan bahagia juga. Lagipun, saya takkan buat semua tu. Sekali buat, syiriklah saya."

Mudah kan dia ubah pandangan dia pada saya sedangkan dia tahu saya ni orang yang macam mana? Sampai sekarang saya akui tak dapat terima hakikat lagi. Masih meletak harapan? Mungkin..tapi saya xnak letak harapan lagi. Untuk apa..? Dia langsung dah tekad dengan keputusan dia. Dia langsung dah berubah. Dia bukan lagi dia. MAsih kenalkah dia dengan saya? Mungkin kenal..tapi bagi dia, mungkin dia kenal saya sebagai perempuan yang memusnahkan hidup dia. Biarlah..Saya takkan ungkit apa yang berlaku dan apa yang dah saya usaha dan cuba berikan padanya untuk kebahagiaan dia.

Saya selalu cakap, mungkin semua ni ada hikmahnya. Bukanlah saya nak berprasangka buruk pada Allah. tak baik tu. tapi..terlalu panjang rasanya ujian berkaitan dia dalam hidup saya..sampai bila???? Sampai bila nak macam ni? Sampai nyawa dah terpisah dari badan? mungkin masa tu dia cuma akan tersenyum puas.Atau mungkin sampai saya dah jumpa pengganti?? Entah..buat masa ni, xdak sapa dapat bukak lagi pintu hati ni..dalam hati, masih ada dia. tetap pegang pada janji untuk setia.

Kadang2, kawan2 slalu cakap, saya ni melucukan. Bila bercerita, ada saja mimik muka saya yang buat kawan2 ketawa. Saya terfikir, saya tak pernah dapat buat dia ketawa sepertimana saya dapat buat kawan2 saya ketawa. Dan kawan2 saya pun tak tahu, dalam saya cuba menghiburkan mereka, tak ada sesiapa pernah hiburkan saya bila saya berduka. Takut untuk bersedih. Bimbang dikata lemah. Namun sebagai seorang perempuan dan manusia biasa, sudah pasti saya perlu luahkan bimbang nanti terganggu hidup saya.
Sekarang, saya cuma bertahan dan terus bertahan. Kawan2 saya ingat saya ada ramai kawan. Tanpa mereka ketahui, saya hidup sendiri..tanpa teman..teman yang boleh dipanggil sahabat. Sunyi..Tapi saya masih teruskan hidup walaupun macam ni. Hidup mesti diteruskan demi buktikan segala kata2nya adalah salah. Kata2nya dulu saya jadiakn penguat semangat saya untuk teruskan perjuangan hidup saya. Terima kasih awk untuk kali keduanya ayat2 tu termuntah dari mulut awak.Sebab ayat2 tu menyedarkan saya siapa saya dan memberi kekuatan pada saya. Terima kasih tak terhingga untuk segalanya...

tengoklah apa yang saya fikir! asik2 dia! asik2 dia! takdak orang len ka??!! Kadang2 sampai rasa nak contact dia tanya khabar. Tapi takut sangat kalau dapat ayat tu lagi..tersa terhina sangat2..hati bagai disentap, tak percaya dia sanggup cakap macam tu. Then, saya pendamkan saja niat tu. Lagipun, mungkin sekarang dia dah bahagia dengan pengganti Shakira..so, saya tak patut ganggu lagi. Lagi pulak, dia tak pernah anggap saya kawan pun. So, takyah lahhh..biarlah..

wahhhhh!!! dah berjela menulis, baru tau kenapa asik bengong2 asik pikir pasal dia lately...ahahahaahahah!!! hadoiiiii....ari ni brapa haribulan?? mao tao r!!!!! wokies! da dapat puncanya.adiossaa!! huhu..

0 comments:

Leave a Comment

Back to Home Back to Top Cahaya Pelindung. Converted Blogger Templates by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.