Diet vs. Gain weight
Posted in on 2:45 PM by Nur CahayaRamai kawan2 saya yang nak berdiet. Tapi saya pulak terbalik. Nak gain weight. Hoho.. almaklumlah..badan sekeping..kurus n slim n maintain cenggitu je. Hahah!
Tapi, lepas p beraya umah Kak BB smalam, dengar dorang sembang2 pasal berat badan ni, timbul dah kesedaran dalam diri ni..huhu..
Mula2 sekali, masa Kak BB suh antaq gambaq untuk jadi model Dara.com tu. Saya cakap, saya ni macam xlayak je sebab kurus sangat. Pastu Kak BB dengan semangatnya cakap, jangan duk cakap macam tu sebab model2 karangkraf tu suma badan macam saya. Huhu..ya ka? Pstu Kak BB suh wat photoshoot, wat 2 copy. ! antaq kat karangkraf, satu g bagi kat dia cz nanti dia nak follow up ngn gambaq2 tu. Kak BB cakap memang dorang tengah cari model skang. Kak B nak tolong ke? huhu..Tma kaseh..OK lahh..tu satu.
Yang kedua dan membuatkan saya sedar, ada makcik tu cakap, kadang2 mitos makan malam bleh naik berat badan pun xleh dipakai jugak. Sebabnya makcik tu pun macam saya. Makan je lah apa pun. Makan nasi pukul 11 malam pun badan maintain je. Hohoho..kekadang pikir, even orang slalu cakap saya ni kurus sangat, tapi saya bersyukur. Sebab saya sihat. Dan kadang2 ada yang iri hati dengan saya sebab saya boleh makan sesuka hati saya dan bila2 masa ja yang saya nak. Kuantiti makanan? Hihihihi..jangan disangka saya yang kurus ni makan sikit je,ok. Mama sniri terkejut anak dia yang kecik ni bleh makan sampai tak ingat dunia. huhu.. Tapi memang pun. Kekadang kalau beli makan dengan Nad, ktorang jadi terbalik. Nad makan sikit, saya makan banyak. Ekkadang segan dengan pelanggan kat situ. Nasi saya ja dah macam sorang laki makan! Paham2 la camne laki makan. Huhu..penuh pinggan. Lauk banyak! hihihi..
Sebab tu duet macam air. Banyak habis kat makan. heh.
Then makcik tu cakap, kadang2 naik turun berat badan kita ni bergantung pada Allah jugak. Kalau Allah bagi badan macam tu, macam tu lah. Kita buat apa pun takkan berubah. Bila saya fikir balik, betul jugak. Bukan kah setiap insan itu dijadikan Allah sebagai ciptaan yang paling unik dan istimewa? Ada kelebihan dan kekurangan masing2. Mana ada orang yang ada kelebihan tanpa kekurangan dan mana ada orang yang ada kekurangan tanpa kelebihan. Itu lah kuasa Allah.
Selama ni, masalah berat lah yang merisaukan saya. Risau la konon2 nanti takdak sapa yang nak...hahahhaha! cam bengong ja. huhu..kesitu pulak yang dirisaukan. Ehei! betul lah, Saya kan perempuan..mestilah fikirkan pasal pasangan jugak..hihi..Tapi bila fikir balik, kalau saya dah memang macam ni, kenapa perlu diubah2? Dah la nak kena paksa diri. Tak nak lah. Saya dah hepi macam ni. Kekadang kawan2 pun jeles dorang xbleh pakai baju kecik tapi saya boleh. Without 'spare tyre'. hahaha..dan tambah pulak, bagi saya, biarlah orang nilai saya dari hati. Bukan dari tubuh badan mahupun kecantikan. Suma tu tak menjanjikan kebahagiaan yang abadi. Kecantikan takkan kekal. Bentuk badan bila2 boleh berubah. Tapi hati yang baik, yang suci bersih, yang ikhlas, susah nak cari kan? JAdi, biarlah saya utmakan penjagaan hati dari penjagaan luaran. Tapi jangan diabaikan terus. Penting gak luaran tu pun. First impression start from there. hihi..
Haaa..sebelum ni, disebabkan nak naikkan berat badan jugak, saya amalkan makan telur separuh masak selama sebulan. Sehari sebiji. kekadang dua biji saya telan. huhu.. Last2, alahaiiii..naik sikiiiiiiiiitttttttttt je. Huhu..entah2 kolestrol yang naik banyak dalm badan saya ni. Risau jugak. Kang tak pasal2 dalam usia muda ni dapat penyakit jantung. Tak ke niaya ja. huhu.. Insya Allah..mudah2an tak sakit apa2. Setakat ni sihat alhamdulillah. Sakit dalam perut tu memang dah biasa dah. Risau kalau effect usus. Sebab kalau datang sakit tu, jangan harap dapat bangun. Air mata ja jadi teman. Huhu..Tapi wat masa ni dapat bertahan lagi..hihi..
So, kesimpulannya, saya akan terus macam ni lah. Hidup seperti biasa dan terus berjuang untuk masa depan saya. Wahhhh!! Dah nampak stage nak amek ijazah nanti ni! hohohoho..tak sabo teman! hihi.. Mudah2an ilmu yang ditimba dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Insya Allah..Semoga Allah pelihara saya dari segala perkara keji dan mungkar yg akan merosakkan hidup saya. Amiinnn..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Leave a Comment