Solat Sunat Tahajjud. Antara cara bermonolog dan mendekatkan diri dengan al-Khaliq
Posted in on 8:15 PM by Nur CahayaPenah tak korang wt solat tahajjud? Mesti penah kan? Paling kurang masa qiamullail kat skolah. Ingat lagi masa saya skolah rendah dulu. Setiap minggu mesti ada qiamullail kat skolah. Masa akhir tahun lepas exam UPSR pulak, ada program Perkampungan di Sekolahku. Yang tu berminggu2 jugak lah. Seronok! Ya lah. Masa tu masih kanak2. Suci lagi dari dosa besar mungkin. hoho.. Setiap pagi, skolah ktorang adakan bacaan yassin sebelum kelas mula. Pendek kata, saya pernah buat solat tahajjud.
Tapi, makin lama makin besar, diri makin malas. Mungkin sebab dah makin terpengaruh dengan anasir luar menjadikan iman yang dibina sedari kecil menjadi lemah. Syukur Alhamdulillah, saya temui seorang sahabat ketika awal 16 tahun. Hubungan kami terputus bila dia tiba2 hilangkan diri. Dan bila kami dapat berhubung semula ketika saya berumur 17 tahun, kami menjadi rapat dan dia jugalah sahabat pertama yg mula menyedarkan saya kembali, mengajak saya, serta tak pernah jemu berkongsi ilmu pemantapan rohani dengan saya. Bersamanya, semangat saya kuat. Makin kuat untuk menjadi muslimah sejati. Dia tegas orangnya. Pantang ada yang salah, ditegur. Kadang2 marah jugak. Tak pa..salah saya jugak. Kami sering bergilir2 mengejutkan masing2 di tengah malam utk bangun solat sunat. Seronok masa tu. Sebab ada orang yg sama2 berjuang dengan saya.
Dan tadi petang, dalam perjalanan pulang dari Arau, saya dengar radio IKIM. Isu perbincangan hari ni mengenai arah tuju diri dan berkaitan dengan solat tahjjud. Menarik sangat perbincangan tadi. Sebab saya dapat banyak info berguna.
Mengikut seorang pemanggil, beliau ada terbaca, orang yang sangat lemah untuk bangun tahajjud di tengah malam, kemungkinan disebabkan hatinya dibelenggu dosa di siang hari. Dan disebabkan itu, orang itu sukar untuk bangun di tengah malam. Ada benarnya. Dan bagi saya, bukan setakat dosa di siang hari saja malah sepanjang waktu. Andai diri masih dalam keadaan berdosa dan belum bertaubat ke atas dosa2 tersebut, mana mungkin hati akan tenteram dan suci serta dekat dengan Allah.
Antara petua yang saya peroleh tadi, kalau rasa berat nak bangun, niat dulu seikhlas hati sebelum tidur untuk bangun solat tahjjud. Kemudian, baca surah al-Kahfi ayat 107 sebanyak 3 kali. Kemudian terus tidur tanpa melakukan sebarang kerja lagi.
Masalah yang sebahagian dari kita hadapi adalah niat memang dah niat. Terjaga pun sudah. Cumanya bila dah terjaga, menarik selimut semula. Ada yang melengahkan bangun, asyik snooze alarm, kemudian terbabas. Ada juga yang dah pun bangun serta solat tahajjud, tapi tak merasa nikmat solat itu.
Dari pernyataan pertama, pihak penyampai dan tetamu undangan tersebut memberi cadangan supaya apabila terjaga dari tidur, maka terus lah bangun, baca doa bangun tidur, ucapkan syukur kerana Allah telah memilih kita untuk bermesra dengannya, serta bangun ambil wuduk dan terus solat. Maka dengan itu Insya Allah akan terlaksana niat untuk solat tahajjud.
dari pernyataan kedua, saya pasti ramai yang merasai perkara sebegini. Malah saya akui, kadangkala saya juga turut merasainya. Saya dah niat, dah bangun, dah solat, namun masih tak temui ketenangan. Penjelasan daripada perkara tersebut, mereka katakan bahawa hanya orang2 yang terpilih sahaja yang akan mendapat kenikmatan sebenar itu. Iyakah? mungkin juga. Dan bagi saya, keikhlasan itu juga penting bagi mencapai kenikmatan tersebut.
hurmmm..dah banyak yang saya celotehkan kat sini. Jadi, kat sini saya kongsi perkara asas untuk solat tahajjud, iaitu fadhilat,niat dan doa. Walaupun asas, sikit, tapi mudah2an akan memberi ilmu dan manfaat pada semua. Jom kongsi sama2!
Solat Tahajjud ialah solat apabila terjaga daripada tidur malam. Sebaik-baiknya 1/3 malam yang terakhir iaitu dalam lingkungan jam 3 @ 4 pagi.
Di antara fadhilatnya :
1. Mendapat pengawasan Allah dan menampakkan kesan ketaatan di wajahnya.
2. Dikasihi oleh para ahli ibadah dan org mukmin.
3. Percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana.
4. Dimudahkan hisab ke atasnya.
5. Mendapat catatan amal dari tangan kanan.
Jumlah rakaat sekurang-kurangnya 2 rakaat.
Lafaz Niat Solat Sunnat Tahajjud
Sahaja aku sembahyang sunnat tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta'ala
"Ya Allah, bagiMu segala puji. Engkau penegak langit dan bumi dan segala isinya. BagiMulah segala puji'. Bagimu kerjaan langit dan bumi serta isinya. Dan bagiMulah segala puji cahaya bagi langit dan bumi, Engkaulah yang hak, dan janjiMu adalah hak, dan syurga adalah hak, dan neraka adalah hak, dan nabi-nabi itu adalah hak, dan nabi Muhammad saw, adalah hak, dan saat hari kiamat itu adalah hak, ya Allah, kepadaMulah kami berhukum. Ampunilah kami atas kesalahan yang sudah kami lakukan dan yang belum kami lakukan, baik yang kami sembunyikan mahupun yang kami nyatakan. Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Tuhan yang terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Leave a Comment